Showing posts with label renungan hari jumaat. Show all posts
Showing posts with label renungan hari jumaat. Show all posts

Friday, February 15, 2013

Ada Aku Peduli

Hi Korang,


Renungan di hari Jumaat yang mulia ni



Ada aku peduli isteri dan anak2ku sudah makan atau belum... 

Ada aku peduli jika isteriku tak sempat makan kerana sibuk melayan anak-anak....

 
Ada aku peduli jika isteriku masih di dapur menyediakan keperluan pagi esok ketika aku sedang berdengkur...

Ada aku peduli dah berapa lama isteri aku begitu setia menggosok kain bajuku..

. 
Ada aku peduli bagaimana layanan yg isteriku dambakan dari aku seorang suami... 


Ada aku peduli apa perasaan isteriku bila aku pulang kerumah dengan wajah kusam dan masam..

.
Ada aku peduli adakah wang yang masih bersisa utk isteri dan anakku ketika aku hendak kepergian...


Ada aku peduli apa perasaan isteriku bila aku tidak pernah menelefonnya ketika aku bertugas di luar...


Ada aku peduli berapa harga gincu jika isteriku ingin memerahkan bibir yang pudar ditelan masa...


Ada aku peduli bilakah kali terakhir aku menghadiahkan minyak wangi kepada isteriku... 


Ada aku peduli bila kali terakhir aku membelikan pakaian utk wanita yg rela menjadi isteriku..menjadi ibu anak-anakku...


Ada aku peduli kenapa isteriku terlelap bersama linangan airmata..

.. 
Ada aku peduli jika isteriku terjaga di tengah malam kerana dengkurku......dan aku terus 
nyenyak tidur dibuai mimpi indah seorang lelaki.... 



Tiba-tiba aku MENJADI PEDULI dan MENGAMBIL PEDULI 



Ketika telefon isteriku berdering di malam hari.

.. 
Ketika isteriku mula belajar ber sms..dan berchatting... 


Ketika isteriku kembali berhias seperti ketika aku mula jatuh hati padanya..

. 
Ketika isteriku sanggup tidak makan malam kerana mahu menjaga badan...


Ketika isteriku tidak meminta lagi aku menjadi imamnya.... 


Ketika isteriku memilih tidur bersama anak-anakku.....


Ketika dia tidak lagi mencium tanganku ketika aku hendak pergi ..

. 
Kini,
aku baru ingin bertanya kenapa isteri aku dah tak peduli kat aku? 





Kesimpulannya :-

Tidak ada manusia yang sempurna baik suami ataupun isteri.Jangan mengharap

dilayan seperti raja jika kita tidak pernah anggap isteri itu permaisuri hati kita. Jangan 

diharap bunga yang indah jika kita tidak pernah membajanya. Dan selalulah ingat,bila 

hati seorang wanita telah retak, dia boleh menjadi lebih keras daripada seorang lelaki. 


Cilok dari FB kengkawan aku semalam...