Showing posts with label reka badminton court milo. Show all posts
Showing posts with label reka badminton court milo. Show all posts

Tuesday, May 12, 2015

Gelanggang Badminton Luar Biasa di MILO® CANS NEXT GAMES Event

Hi Korang,


Dulu aku pernah citer yang aku attend Milo event untuk contest MILO® Cans Next Games tu kan.


Hah dah ada pemenang pun untuk contest yang special lagi unik tuh.


Last week aku sempat attend majlis penyampaian hadiahnya yang berlangsung di Piazza The Curve. Nasib baik sampai on time kalau tidak melepas ooo hehehhe


Gelanggang badminton yang menang direka cipta oleh Aziyah Dahaman, yang menewaskan beribu-ribu peserta lain untuk memenangi hadiah utama peraduan berupa wang tunai RM5,000 dan 10 karton minuman tin MILO® di samping peluang untuk menyaksikan gelanggang yang diilhamkan menjadi kenyataan. 


Sepuluh pemenang telah dipilih setiap minggu peraduan untuk memenangi Peti Sejuk Mudah Alih MILO® Cans Edisi Terhad dan dua karton minuman tin MILO®. Semua pemenang mingguan ini kemudian berpeluang memenangi hadiah utama, atau satu daripada 10 hadiah sagu hati berupa wang tunai RM800 dan lima karton minuman tin MILO®. 

Pengurus Eksekutif Perniagaan bagi Minuman Cecair Nestlé, NESTLÉ (Malaysia) Berhad, Jasmmine Wong, menyampaikan hadiah kepada Aziyah dan pemenang hadiah sagu hati di acara akhir yang diadakan di piazza pusat beli-belah the Curve, Mutiara Damansara pada pagi ini. 


Wong turut diiringi oleh Ketua Perhubungan Pembeli dan Pengguna NESTLÉ (Malaysia) Berhad, Lester Kahn, dan Pengarah Komunikasi, Khoo Kar Khoon dan juga pemain badminton negara, Muhd Hafiz Hashim.

“MILO® Cans percaya bahawa pendekatan berbeza kepada sukan dan mentakrifkan semula sesuatu yang sudah dikenali umum akan membolehkan remaja kita melihat permainan ini dari kaca mata berbeza. Mereka yang sudah biasa dengan sukan ini berpeluang menguji kemahiran mereka manakala mereka yang baru hendak mencuba akan dapat menikmati sesuatu yang unik,” kata Wong.


Pemain badminton veteran Hafiz, yang menguji gelanggang yang terpilih berkata: “Saya rasa MILO® Cans Next Games telah mencetus keseronokan dalam sukan badminton. Gelanggang baru ini ternyata unik dan membawakan beberapa cabaran menarik.”





Memang badminton court berpusing tau 360 lagi. Aku sendiri pun naik pening bila tengok game tuh. Ramai gak yang cuba but memasing cam payah nak pukul ke nak smash ke kan. Maybe sebab baru lagi kot, lelama nanti kalau gelanggang ni diperkenalkan kat memana mesti yang dah expert.

selfie jap dengan Hafiz Hashim

Aku? Mana reti main badminton. Pukul gituh-gituh boleh lah. Main petang-petang ikut Mr Big pi main badminton pun fail... hahahahahhaha

Cik Lily Terfikir : Rezeki kakak tulah kan, terrer tuh




Tuesday, January 20, 2015

Reka Badminton Court Unik Boleh Menang Wang Tunai Dengan MILO® Cans Next Games

Hi Korang,

Lama pulak tak main badminton ek.

Tulah kan

ktorang nak mula ni

ok abis dah game. penipu tak sampai 2 minit pun pegang raket tu ek

Masalahnya reti ke main badminton tuh? Padahal pegang raket pun cam belor-belor je. Huahauhauahua ini akibat malas nak amik tau. Sudahnya semua tak tau.

makan lagi baik

alah ayu control macho plak, makan jelah

Korang sama cam aku gak ke? Kalau sama, mohlah kita ni reka badminton court jelah, senang sket cuma guna computer je. Klik sana sini trus siap kan.

ini rupanya Talent Lounge ni

Kenapa tup-tup citer pasal badminton ek? La bukan apa. Ni aku nak citer sket pasal online contest yang di anjurkan oleh Milo baru-baru ni di Talent Lounge PJ of courselah aku sempat pi sebab kebetulan cuti ½ hari kan.


Dengan kempen terbaru MILO® Cans Next Games, rakyat Malaysia bakal melihat dimensi baru dalam permainan badminton. Seperti yang kita semua tahu, badminton adalah permainan menggunakan raket di gelanggang segi empat tepat yang dipisahkan oleh jaring di tengah. Tunggulah kejutan yang akan dibawakan oleh kempen MILO® Cans Next Games untuk permainan kegemaran rakyat Malaysia ini.


Kempen MILO® Cans Next Games memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk mencipta gelanggang badminton mereka sendiri dan juga peluang untuk memenangi wang tunai RM5,000 dan melihat gelanggang ciptaan mereka menjadi kenyataan. 


"Minuman Tin MILO® telah merombak sempadan sukan tertentu sejak tahun 2012, untuk memberi cabaran baru dan positif yang boleh dialami oleh belia Malaysia," kata Jasmmine Wong, Pengurus Eksekutif Perniagaan, Nestle Products Sdn Bhd.


Peraduan "Reimagine Badminton" akan diadakan dari 19 Januari hingga 1Mac 2015 dan peserta yang berminat perlu ke Iaman www.milo.com.my/nextgames untuk mendaftar dan mencipta gelanggang unik mereka. Aplikasi MILO® Cans Next Games yang mesra pengguna mudah alih ini boleh diakses dari komputer dan alat mudah alih yang membolehkan mereka mencipta dan menamakan gelanggang badminton mereka sendiri.


Mereka akan dapat menentukan jenis gelanggang, jaring dan tekstur serta menyelitkan elemen khusus yang boleh diperolehi dengan pembelian varian Minuman Tin MILO® yang berlainan. Peraduan MILO® Cans Next Games "Reimagine Badminton" dibuka kepada rakyat Malaysia berumur 16 tahun dan ke atas.

cantikkan dia ni ek..

Pihak Penganjur MILO® Cans Next Games akan memilih 10 pemenang mingguan untuk selama enam minggu, dengan setiap seorang pemenang bakal menerima Peti Sejuk Mudah Alih Minuman Tin MILO® Edisi Terhad dan dua karton Minuman Tin MILO®. 


Para pemenang mingguan ini secara automatik layak bersaing untuk memenangi Hadiah Utama RM5,000 tunai dan 10 karton Minuman Tin MILO®, atau satu daripada 10 hadiah sagu hati berupa wang tunai RM800 dan lima karton Minuman Tin MILO®.


Untuk maklumat lanjut tentang kempen MILO® Cans Next Games dan "Reimagine Badminton" Minuman Tin MILO®, sila ke www.milo.eom.my/nextgames atau hubungi NESTLE di 1-800-88-3433 antara 9 pagi dan 5 petang dari lsnin hingga Jumaat.