Showing posts with label rancangan realiti. Show all posts
Showing posts with label rancangan realiti. Show all posts

Wednesday, November 30, 2016

‘CABARAN RUNNING MAN’ Di Malaysia Bersama Lee Kwang Soo

Hi Korang,

Sabtu lepas ermmm ahli Running Man yang kat Korea tuh datang ke Malaysia untuk ‘CABARAN RUNNING MAN’ Di Malaysia iaitu siapa lagi kalau tak bukan Lee Kwang Soo.


Siapa yang tak kenal dengan dia ni ek!!

Zirafah, Prince Of Asia, pembelot yang terkenal sekali dalam rancangan realiti tuh kan hehehehhe



So aku berkesempatan untuk mengikut rakaman rancangan tersebut di Paradigm Mall hari tuh, ya ampun ramai giler yang hadir. Rasanya lebih 10,000 orang tau peminat si Kwang Soo ni.

Thanks to 100PLUS yang bawak si Zirafah ni datang ke Malaysia..


Mengandingkan gaya hidup aktif dan juga keseronokan dalam menjalankan aktivti harian, 100PLUS membawakan anda program hiburan popular Korea yang paling mengemparkan ke Malaysia iaitu RUNNINGMAN CHALLENGE HYDRATED BY 100PLUS.

Ujibakat dalam memilih perserta telah diadakan di Kuantan, Putrajaya dan Johor Bahru sejak bulan Oktober yang lepas di mana 10 peserta terbaik telah dipilih melalui sesi ujibakat yang menyaksikan persaingan sengit antara peserta-peserta dari segi mental & fizikal untuk melayakkan diri ke pusingan akhir program RUNNING MAN CHALLENGE HYDRATED BY100PLUS bersama ONE HD.

Peserta-peserta yang bakal berentap dan diketuai oleh selebriti yang terkenal iaitu - Pelawak, Ajak Shiro menerusi “Team Original”. Ayda Jebat pula bakal memaparkan kuasa wanitanya menerusi “Team Berry”.

Manakala pelakon Hairul Azreen pula akan beraksi bersama “Team Orange” dan pelakon popular Shahrul Ridzwan akan mengetuai “Team Lemon Lime.” Mereka akan beraksi dan mencabar tahap kecergasan mereka pada 26 Nov 2016 di Paradigm Mall sebelum muncul sebagai juara 100PLUS Running Man Challenge yang pertama di Malaysia.




Menarik lagi, juara cabaran ini akan berentap dengan penampilan tetamu khas dari program Running Man itu sendiri - Lee Kwang Soo! Dikenali sebagai, Asia Prince ataupun Giraffe - Lee yang akan menjadi pemain misteri.

Acara ini akan direkod oleh ASTRO dan bakal disiarkan di saluran ONE HD - saluran ASTRO 393 pada 1hb Januari 2017, jam 4.45 petang sebagai episod “Running Man Challenge” yang pertama di Malaysia.


Untuk maklumat lanjut, anda boleh melayari laman sesawang 100PLUS - www.100plus.com.my atau melalui laman media sosial @my100plus di Facebook, Instagram & juga Twitter! Tonton episod terbaru Running Man di saluran ONE HD - saluran ASTRO 393. Episode baru Running Man bakal temui peminat seminggu selepas ia ditayangkan di Korea, setiap hari Jumaat pada jam 11 malam .

Hashtag rasmi program ini ialah: 

#100PLUSRUNNINGMAN16
#100PLUSSTAYTHIRSTY

Monday, March 2, 2015

Mampu Ke Korang Nak Jadi MASTERCHEF Asia Yang Pertama?

Hi Korang,

2-3 hari aku memang perasan je iklan pasal ujibakat MASTERCHEF Asia ni. 

Alah kat tv lah, channel Astro Lifetime (Ch 709) mana lagi kan.


Lifetime® membawakan MasterChef Asia – siri 15 episod dengan 3 juri bersama peserta-peserta dari seluruh Asia! Peserta amatur yang suka memasak yang ingin menjadi MasterChef Asia yang pertama bolehlah menghantarkan video uji bakat di masterchefasia.com dari sekarang hingga 9 Mac! 

Klik 
atau 
untuk maklumat selanjutnya. 

MasterChef Asia disampaikan oleh Singapore Tourism Board dan Knorr, dengan kerjasama Panasonic dan Changi Airport Group. Lifetime (Astro Ch 709) adalah saluran Pay TV di Asia yang khas untuk versi MasterChef dari Australia, New Zealand dan Canada. 


Hah korang yang talented bab masak-masak ni dan tak malu bila berhadapan dengan kamera baik join. Mana tau terpilih plak kan, wakil Malaysia wokeh. Satu pencapaian yang membanggakan. Menang atau kalah itu biasalah adat bertanding, tapi yang penting satu Malaysia akan kenal ko nanti hehehehe

Aku?

Ermm setakat main masak-masak kat dapur sendiri boleh lah, itu je yang pandai. Nak cakap dengan kamera pun gagap-gagap, inikan pulak masuk tv. Lagipun aku dah penuh untuk event sampai raya nanti. Kang bila masuk Masterchef Asia ni dah lari schedule ooo

Ishk budget artis plak dah Cik Lily ni ek!





Sunday, January 13, 2013

Fear Factor Selebriti Malaysia, Confirm Aku Tak Boleh Buat

Hi Korang,

Baru je abis tengok Fear Factor Selebriti Malaysia tadi kat Ch 134 Mustika HD ni.


Cemas + geli pun ada


Ermm untuk minggu ketiga ni task diaorg kena bukak kunci dengan combination nombor yang ada dalam balang berisi ulat yang busuk, siput, ntah apa-apa lagi keladak yang aku sendiri pun tak sure itu apa.


Untuk second task, diorg kena pukul penanda sambil di tarik dengan kereta kuda. Alah nampak cam senang tapi bila dah tengok mak ai susah gak tuh

Bayangkan kalau aku yang kena buat kedua-dua tuh?

Memang la buat jugak but dalam hati ni mesti menjerit-jerit takut punyalah. Bukan apa takut ulat-ulat tu masuk dalam mulut terus termuntah nanti. Lagi pulak aku kan pakai lens, kang masuk mata oooo

Tapi bab pukul tiang tu aku suka coz rasanya boleh buat kot but bukan pukul tiang la, just tukang pegang tali tu boleh la.

Tapi personally speaking kalau Mr Big ajak masuk game-game cam ni memang aku tak nak. Rasanya fear aku belum lagi boleh dihilangkan kot

Kalau korang plak cam ne, BERANI ke PENAKUT cam aku?

Anway happy weekend korang...





Saturday, April 7, 2012

Super Spontan 'LIVE'

Hi Korang,

Ktorg layan Super Spontan secara LIVE malam tadi kat Finas.


Best coz semuanya LIVE. Tengok cara diorg keje kan. Memang bukan di buat2 pun.

Yang paling best bila, semua orang SMS, FB, Tweet, Call, BBM yang ktorg masuk tv dan paling kuat gelak.. kahkahakhka memang malu tak ingat lah..

Ok ok nanti sambung citer lagi

Chow..


Monday, March 7, 2011

Aznil Nawawi Confirm Pengacara Akademi Fantasia 9

Hi Korang,

Dari pagi tadi aku dengan Mr Big duk berteka-teki sapa yang bakal jadi pengacara Akademi Fantasia ke 9 ni. Bila dengar radio Era.FM buat interview dengan bakal pengacara AF9 ktorg dah boleh agak dah mesti Pak Nil lah sebab the way that dia jawab soalan2 tu lebih kurang cam Pak Nil je.


So masa on the way balik tadi, aku dengar radio memang dah confirm lah Pak Nil pengacara AF9.

Anyway congrats to Aznil Nawawi a.k.a Pak Nil kerana kembali menyandang title Pengacara AF. Aku rasa pas ni mesti lebih ramai lagi akan kembali menonton AF9 kan macam AF masa dulu-dulu.

Ermm tak dapat nak pi konsert Hore-hore coz ada outing dengan family time tu... jelessss.....