Hi Korang,
Ini Giveaway entry, sila scroll down untuk entries terkini..
Ini Giveaway entry, sila scroll down untuk entries terkini..
Ermm rambut, mahkota untuk semua wanita kan..
Ada yang rambut tebal, rambut panjang, rambut rontok, rambut dawai (sedap aku je cakap rambut dawai ek) hehehhe rambut cantik dan memacam lagi kan
Cam ne plak dengan orang yang rambutnya nipis..
Cian jugak kat diorang ni, alas sikat rambut je jadi cam tuh flat se flatnya. Langsung rambut tu cam tak bernyawa leper je kan. Nipis tu satu hal, takut lelama jadi botak kang arghh sudah payah wei. Aku rasa satu gaya rambut pun leceh nak buat kan.
Nak tahu tak?
Nak tau?
Nak ke tak ni?
Dove membawakan teknologi mereka ke peringkat lebih tinggi dengan menyuburkan rambut serta menjadikan ia kelihatan tebal menerusi Syampu dan Perapi Dove Volume & Nourishment yang baru dilancarkan. Rangkaian penjagaan rambut Dove Volume & Nourishment merupakan satu rangkaian ciptaan baru daripada Dove menggunakan Teknologi Oxyfusion di mana formulasinya mengandungi gabungan unsur oksigen. Rumusannya menyerap ke dalam rambut dengan segera, memberikan kelembapan mendalam di samping menjadikan rambut kelihatan lebih tebal dan bermaya sehingga 95%* tanpa membuatkan rambut terasa berat. Teknologi Oxyfusion ini terdapat di dalam syampu dan perapi.
Nampak tak?
Kemain lagi Dove ek
haruslah sapukan shampoo dulu kan
kemudian lepas cuci barulah letak conditioner
Dirumus dengan Teknologi Oxyfusion, produk rangkaian rambut Dove Volume & Nourishment telah dicipta khusus untuk menjadikan rambut kelihatan lebih tebal dan bermaya sehingga 95%* serta memberikan khasiat supaya rambut kelihatan cantik dan sihat. Produk rangkaian rambut Dove Volume & Nourishment yang baru ini merupakan keluaran yang unik dan inovatif – ia merupakan penyelamat untuk rambut kering dan nipis yang memerlukan penjagaan khusus. Digabungkan dengan Teknologi Oxyfusion yang melembutkan rambut tanpa membuatkannya terasa berat, ditambah pula dengan haruman bertenaga serta tekstur yang lembut - Dove Volume & Nourishment membolehkan anda memperoleh rambut kelihatan tebal yang anda inginkan dan segala khasiat yang rambut anda perlukan daripada Dove Volume & Nourishment.
Apa lagi aku pun tak lepaskan peluang nak cuba gak la kan
Tengoklah rambut aku memang nampak nipis bila lepas guna shampoo biasa kan, merudum je gituh ek (aik apsal mata cam sebelah beso, sebelah kecik ek huhuhu)
Tengok lepas guna Dove Volume & Nourishment.. wow meletopsss.. ayuh berpestaaa...
Ini kira baru beberapa hari aku gunakan shampoo Dove ni, cuba bayangkan kalau sebulan ermm bertambah wow wow dibuatnya kan hehehhehe. Tapi wangi je rambut tau dan nampak lebih lively lagi ek so boleh libas-libas rambut dengan bangganya ek
Ok ok untuk korang yang teringin nak cuba dan mempunyai masalah rambut nipis ni kan, jeng jeng jeng aku nak buat GIVEAWAY untuk korang ni ek
Mudah sangat kan? Jom ramai-ramai join okey.
Isi Rafflecopter dan jawab soalan dibawah ni :
Soalan 1: Berapa peratuskah jumlah rambut korang kelihatan bermaya setelah menggunakan Dove Volume & Nourishment jika di bandingkan dengan rambut nipis?
Soalan 2: Bagaimana Teknologi Oxyfusion berfungsi?
Terms and conditions:
1. Terbuka kepada seluruh penduduk Malaysia.
2. Giveaway berlangsung dari 24 Oktober 2015 - 7 November 2015.
3. Anda perlu menjawap dua (2) soalan mudah tentang DOVE di ruangan komen entry ini.
4. Lima (5) entri yang bertuah akan dipilih melalui system rafflecopter dan memenangi hamper barangan DOVE bernilai RM100.
5. Lima (5) pemenang bertuah akan diumumkan dalam masa 7 hari selepas tamat tarikh giveaway.
sekali aku sendiri yang hantar hamper ni ke rumah korang, nak tak?
Ok itu dan selamat mencuba ek….