Showing posts with label ramadan. Show all posts
Showing posts with label ramadan. Show all posts

Tuesday, August 10, 2010

Tarikh Melihat Anak Bulan Ramadan 2010

Korang,


Sedikit informasi aku nak citer kat korang nie.
Ala mesti dah tau bila date nak tengok anak bulan ramadan kan. La apsal plak ada yang tak tau lagi nie ? Meh sini aku bagi tau.

Tarikh melihat anak bulan ramadan 2010 (1431H) iaitu:

Petang Selasa, 10 Ogos bersamaan 29 Syaaban 1431 Hijrah

Tempat Melihat Plak :


Kuala Lumpur
Menara Kuala Lumpur (Kuala Lumpur); Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya


Selatan Tanahair
Pontian Kecil di Johor; Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu (Melaka); Teluk Kemang (Negeri Sembilan); Bukit Melawati (Selangor); Pulau Angsa (Selangor); Bukit Jugra (Selangor)


Utara Tanahair
Pantai Pasir Panjang (Perak); Pantai Aceh (Pulau Pinang); Kampung Pulau Sayak (Kedah); Pemandangan Indah, Pulau Langkawi (Kedah); Menara Alor Setar (Kedah). Kuala Sungai Baru, Simpang Empat (Perlis).


Pantai Timur
Bukit Besar, Kuala Terengganu (Terengganu); Bukit Kemuning (Terengganu); Pulau Perhentian (Terengganu); Balai Cerap KUSZA, Bukit Peraksi, Pasir Puteh (Kelantan); Bukit Kampong Tembeling, Kuala Krai (Kelantan); Menara Bangunan SEDC, Kota Bharu (Kelantan). Bukit Tanjong Batu, Nenasi (Pahang); Gunung Berincang, Cameron Highlands (Pahang); Bukit Pelindong, Kuantan (Pahang).


Sabah & Sarawak
Tanjong Lubang, Miri (Sarawak); Teluk Bandung, Kuching (Sarawak), Tanjung Batu, Bintulu (Sarawak); Balai Cerap Al-Biruni, Putatan, Sabah. Menara Universiti Malaysia Sabah (Labuan)

Majlis Raja-Raja mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan Rukyah serta Hisab, dan pengisytiharan tarikh permulaan puasa akan dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia melalui Radio dan Televisyen, menurut kenyataan itu.

Sumber : BERNAMA dan KulanzSalleh

Mesti best dapat pi tengok anak bulan kan. Tapi korang ingat senang ke nak join group2 yang tengok anak bulan nie. Mesti orang2 yang bijak pandai je. Tapi kalau nak tengok bulan, tiap2 malam pun boleh kan.