Showing posts with label rahsia kek jadi sedap. Show all posts
Showing posts with label rahsia kek jadi sedap. Show all posts

Thursday, May 7, 2015

Belajar Buat Kuih & Kek Dengan Mentega Golden Churn

Hi Korang,


Buat kuih buat kek korang selalu pakai butter apa?

Mak aku pakai butter Golden Churn ni, biarpun mahal tapi hasilnya awesome. Aku? buat kuih pun tak reti, buat kek coklat lembap boleh lah sebab senang sangat kan. Hehehehehe

Ni aku nak citer sket kesedapan Golden Churn butter ni ek


Ianya sangat terkenal dengan kelebihannya dalam pembuatan kek dan masakan selama lebih dari 70 tahun, kini membawakan evolusi dalam arena masakan tempatan dan rumah dengan memperkenalkan pengubahsuaian pada resipi-resipi klasik sambil mengekalkan rasa lazat mentega yang menjadi kebanggannya.


Mentega Golden Churn dalam tin merupakan produk keluaran Australia dan New Zealand yang berasal dari lembu yang diberi makan rumput. Ia terkenal dengan jangka hayat simpan yang lama. Bebas daripada perisa dan pewarna tiruan, mentega ini telah disahkan Halal dan boleh digunakan oleh pengguna Muslim tanpa was-was bagi memenuhi setiap keperluan masakan mereka.

Mentega dalam tin Golden Churn mendapat pengiktirafan Halal dari NZIDT (New Zealand Islamic Development Trust), manakala mentega beku Golden Churn mendapat pengiktirafan Halal dari ICCV (Islamic Co-ordinating Council Of Victoria P/L). Kedua-dua badan pelesenan Halal tersebut diiktiraf oleh JAKIM.


Aku dapat invitation ke media workshop bersama Dato‘ Fazley ni di The Cooking House Bangsar. Ktorang para media dapat belajar 2 resipi iaitu Kek Marble Golden Churn Berempah dan Golden Churn Puff Krim Kaya

Sambil tengok demo tuh, Dato’ Fazley kongsikan la tips untuk mendapat biskut dan kek yang sedap. Memacam menda yang aku tak tau jadi tau lah pasal bakar-membakar ni.







Seronok tengok Dato’ Fazley masak, rasa cam sekejap je. Sambil bual-bual sambil tu lah tangan dia berjalan untuk siapkan 2 resipi ni kan. 

Kek Marble Golden Churn Berempah

Golden Churn Puff Krim Kaya

Umum sedia maklum tentang kelebihan mentega dari segi rasa dan keenakannya di dalam mulut. Kini, mentega juga mendapat semula status sebagai bahan tambahan yang menyihatkan kepada pemakanan seimbang kerana ia kaya dengan vitamin larut lemak, terutama sekali Vitamin K2 yang membantu badan kita menyerap kalsium. Kalsium penting untuk kesihatan tulang dan mencegah penyakit kardiovaskular, kanser dan osteoporosis.


Mentega mengandungi lemak tepu yang meningkatkan kadar ‘kolestrol baik’ di dalam darah kita yang juga dikenali sebagai HDL. Mentega membuatkan anda rasa lebih kenyang kerana kehadiran lemak ‘short chain’ dan ‘medium chain’ dan membantu anda membakar lemak dengan lebih baik.

Mentega merupakan sumber butirat,sejenis asid lemak yang penting untuk penghadaman. Mentega kaya dengan CLA yang memberi kesan yang besar terhadap kadar metabolisma. Kajian menunjukkan CLA mempunyai sifat antikanser dan mampu menurunkan peratusan lemak didalam badan manusia. Mentega dikaitkan dapat merendahkan risiko obesiti walaupun kandungan kalori dalam mentega lebih tinggi, memakan produk tenusu yang tinggi kandungan lemak juga tidak mempunyai kaitan dengan obesiti.


“Mentega merupakan tambahan yang menyihatkan kepada pemakanan seimbang kerana mentega merupakan makanan yang kurang diproses, tambahan pula Golden Churn tidak mengandungi bahan kimia tambahan. Mentega sentiasa menjadi pilihan utama chef profesional seperti Chef Dato’ Fazley dan mereka yang selalu memasak di rumah kerana tekstur, rasa dan aromanya yang membangkitkan selera” kata Encik Alagappar, Pengurus Besar GBA Corporation Sdn Bhd


Sementara menanti kek dan cream puff siap, ktorang para media ada cupcakes decorating challenge. Tengoklah ahli kumpulan aku semua kepala gila. Ikut suka je nak deco apa pun kan, yang penting happy.



Campur warna sana, hias situ, hias sini so jadilah cupcakenya. Kumpulan GCB – Golden Cheerful Blogger katanya hahahahahaa. Alah tak menang pun, group lain menang tapi tak perlah suka-suka je pun hehhehe. Ist fun tau..

ok tu je nak citer ek..

Golden Churn boleh didapati di semua pasaraya besar dan pasaraya terkemuka. Untuk maklumat lanjut, layari http://goldenchurn.com.au/ atau http://www.gbaglobal.com/

Cik Lily Terfikir : berapa banyak kuih raya yang aku kene buat untuk habiskan Golden Churn butter 2kg ni ek.. Itulah hadiah lucky draw tuh