Hi Korang,
Citer outing kat Lumut tu tak abis lagi tau. Ni ada sket lagi sambungannya.
Mahu berkenalan? kena tanye abang saya dulu ek Mr Big dan citamok ye
Ramai yang tau kalau pi Pangkor or lepak kat Lumut je, tak sah kalau tak beli hasil-hasil laut diorg ni kan. Ktorg pun tak ketinggalan gak, maklumlah murah katanya.
mana satu nak pilih ni ek
Meh tengok sini
abalone original, mahal tu
ikan bilis banyak jenis
keropok sotong
keropok warna-warni
perut ikan
sotong kering
udang kering
Ini plak jajan yang ktorg beli buat kudap-kudapan dalam kereta on the way balik KL harituh.
jajan ikan
murah-murah ooo
Betul tak apa aku cakap ? Daripada nak beli sket je, ntah apa-apa yang aku beli. Naik angin Mr Big asyik duk bawak kuar masuk wallet dia kan. Alah dia gak yang makan semua ni nanti. Aku tukang masak je.
boleh rasa secara FREE lagi tau
Korang pun kalau ke sini memang boleh tergoda dibuatnya. Dah lah murah boleh dapat dalam kuantiti banyak plak tu, siap boleh tawar harga lagi.
Cuti-cuti sekolah ni confirm ramai ke sini lah.