Showing posts with label pudarkan kesan jerawat. Show all posts
Showing posts with label pudarkan kesan jerawat. Show all posts

Sunday, August 2, 2015

DERMABLEND Corrective Cosmetic

Hi Korang,

Ada jenama baru untuk si kaki make-up mencuba ek

Sesiapa yang mahukan solekan yang tampil sempurna, semula jadi untuk melitupi apa saja pada kulit sama ada daripada kecelaan, bekas jerawat dan tatu sehinggalah kesan terbakar dan masalah perubatan, kini mampu bergembira kerana Kosmetik Korektif Dermablend boleh didapati di Malaysia.


Peneraju dunia dalam solekan korektif, Dermablend memberikan litupan kulit menyeluruh dan mampu melindungi secara menyeluruh pelbagai ketidaksempurnaan kulit menerusi asas lilin lebah semula jadi, memberikan solekan yang tampil semula jadi untuk wajah dan tubuh.

Diciptakan oleh pakar dermatologi, produk Dermablend bersifat bukan komedogenik dan sehubungan itu, tidak menyebabkan cela kerana ia membolehkan kulit untuk bernafas.

Kalis air dan tahan lama biarpun dalam cuaca lembap, Dermablend mudah digunakan dan sesuai untuk kegunaan setiap hari meskipun dalam iklim tropika.

“Kecelaan dan ketidaksempurnaan kulit boleh menjadi sesuatu yang sangat merunsingkan, terutama apabila ia berada pada wajah. Parut, kesan terbakar atau bekas jerawat boleh benar-benar menjejaskan keyakinan anda dan dalam sesetengah kes ekstrem, menyebabkan seseorang enggan meninggalkan rumah masing-masing. Produk Dermablend direka untuk melindungi dan melitupi ketidaksempurnaan kulit, memang sesuai meskipun untuk kulit paling sensitif dan sering disarankan oleh pakar dermatologi dan pakar kulit,” kata Diong Sing Peng, Pengarah Urusan Sibro (Malaysia) Sdn Bhd, pengedar rasmi Dermablend di Malaysia.

Pada asalnya dirumus bagi bidang separa perubatan untuk membantu menutup ketidaksempurnaan yang serius, Dermablend kini diiktiraf kerana sifatnya yang versatil dalam pelbagai bidang yang secara umumnya termasuk fesyen, televisyen, seni dan pengguna. Malah ia juga sesuai untuk majlis perkahwinan dan acara khas kerana ia memberikan penampilan tanpa sebarang cela berjam-jam lamanya. 

“Rangkaian Dermablend sesuai untuk sesiapa saja sama ada mereka mempunyai masalah ketidaksempurnaan kulit atau sebaliknya. Bedak asas yang begitu legap (tidak ditembusi cahaya) ini boleh digunakan sebagai bedak asas harian untuk mereka yang mahukan solekan yang tampil unggul, sempurna dan semula jadi untuk menutup jeragat atau tanda lahir dengan solekan yang kekal sepanjang hari,” tambah Diong.

Rangkaian Kosmetik Korektif Dermablend boleh didapati menerusi pelbagai pilihan warna untuk disesuaikan dengan semua ton kulit daripada kulit cerah sehinggalah keperangan, dan boleh didapati di klinik estetik dan dermatologi terkemuka. Untuk maklumat lanjut, layari www.dermablend.com.my atau Dermablend Malaysia di Facebook. 


Dermablend Cover Crème (RM 183)

Dermablend Cover Creme merupakan krim bedak asas yang memberikan litupan menyeluruh, sesuai untuk menutup kecelaan kulit bersifat sederhana hingga masalah cela yang utama seperti parut, tanda lahir, hyperpigmentasi, vitiligo, kesan selepas pembedahan, lebam dan kesan terbakar.

Formula krim ringan ini mengandungi pigmen tulen yang tinggi untuk memberikan litupan penuh yang diyakini dengan sapuan akhir selembut baldu untuk penampilan tanpa cela yang tidak merekah.

Dengan spektrum meluas SPF30, bedak asas ini juga menyediakan perlindungan daripada sinaran matahari dan kalis air, menjadikannya sesuai untuk iklim di Malaysia dan di pantai.

Serlahkan penampilan dengan Dermablend Loose Setting Powder (RM 138) untuk mengekalkan litupan tanpa cela selama 16 jam. Ia juga tidak comot jadi anda dapat melakukan aktiviti anda dengan yakin dari pagi hingga ke malam. 

Dermablend Intense Powder Camo Foundation (RM 165)

Dermablend Intense Powder Camo Foundation menyediakan solekan dengan litupan sederhana hingga sepenuhnya dengan sapuan akhir yang lembut dan semula jadi. Bedak kompak semua-dalam-satu yang mudah digunakan ini mengurangkan kesan minyak pada muka dan meninggalkan kulit kelihatan lebih gebu dan lembut secara semula jadi. 

Tekstur yang boleh disapu berulang kali ini menjanjikan litupan sepanjang hari untuk kulit yang kemerahan, warna kulit tidak sekata, jerawat, tanda lahir dan jeragat. 

Dermablend Leg & Body Cover (RM 150)

Dermablend Leg & Body Cover merupakan bedak asas untuk badan yang menyediakan litupan solekan yang sangat legap dan menyeluruh, menjadikannya sesuai untuk menutup warna kulit tidak sekata, tatu, tanda regangan, urat varikos dan labah-labah, kesan terbakar dan parut. Rumusan ringan melembap yang dipertingkatkan dengan SPF 15 ini menghasilkan sapuan yang mudah dan sekata, menyerlahkan penampilan tanpa cela yang lembut selama 16 jam apabila ia digunakan bersama Dermablend Loose Setting Powder.