Hi Korang,
Perasan tak aku dah lama tak citer pasal tips menjaga kereta?
Ermm itulah, aku pun windu gak
Mehlah aku citer sket. Waja kesayangan aku tu dah lama tak de dah. Bukan sebab aku gatal-gatal nak tukar baru tapi sebab terpaksa.
Kata orang its time..
Wei banyak berjasa tu si kelabu aku tuh. Yelah ko sejak dari belum kawin sampai la ni. Masa beli dulu pun, aku baru je kenal-kenal Mr Big kan. Kira kereta tu sama umur dengan perkenalan ktorang.
Jasanya ermm tak terkira, melimpah ruah. Dengan si kelabu nilah aku keliling satu semenanjung. Pergi Sg Petani, Terengganu, Perak. Kalau setakat Melaka dan JB rasanya tiap-tiap pegi, bawak mak aku pi tengok cucu dia. Pernah sekali tu, tiap-tiap minggu pi Penang sebab outstation selama sebulan. Giler kan, cam ne aku penat cam tu lah kereta tu lagi penat.
Cuma dalam 2 tahun terakhir ni dia start meragam. Memula yang kecik-kecik je lepas makin beso. Yang paling besar sekali aku kena tukar gearbox. Memula tukar recon tapi dek sebab aku tak berapa cerdik kena tipu dengan workshop tuh. Tapi tak per aku dah buat report pun kat Tribunal Pengguna. 2nd time kena refurbish balik gearbox tu, tukar lagi sekali apa yang patut.
Ermm its about time…
Ayah aku dah muka bising, dia suruh je tukar sebab makin lama makin banyak ragamnya. Ishk ko dalam hati siapa yang tau kan. Aku memang sayang dengan si Waja ni. Yelah banyak memori sangat.
Pendek citer,
Mr Big malas nak kecoh-kecoh. Dia tukarkan si Waja ni dengan kereta lain plak, which is aku tak berapa nak plan pun. So semuanya dia settlekan sendiri, cari buyer, survey kereta. Dia cuma tanya aku nak warna apa je.
Dan akhirnya tukar gaklah.
Masa nak tinggalkan si Waja tu kat owner baru, bukan main sedih dibuatnya. Yelah ko, dah bertahun-tahun berjasa tup-tup aku tinggalkan dia cam tu je lah. Mana tak sedih. Kalau dia manusia mesti dia cakap aku kejam huhuhuhu
Apa-apa jasamu tetap ku kenang sampai bila-bila..
Anyway aku mula tulis balik tips menjaga kereta tak lama lagi ek, so tunggu…
Still mood sedih masa tulis entry ni uuuuuhuhuhu :-(