Showing posts with label produk ephyra. Show all posts
Showing posts with label produk ephyra. Show all posts

Monday, March 28, 2016

EPHYRA Skin NANO Advanced Repair Serum, Ermm Berbaloi Cuba Lah!

Hi Korang,


Citer pasal nak cantik lagi ek hehehehe

Bukan nak cantic macam Erra Fazira pun lah tapi nak kulit nampak muda je selalu, biar tak jemu Mr Big memandang je kan hauhauhauahuahau


Memang banyak serum di pasaran tempatan ni dan aku memang senantiasa mencuba dan terus mencuba untuk mecari serum yang mana sesuai dengan kulit muka aku ni. Payah gak ada kulit muka cam Cik Lily Putih ni rasa esklusif sangat.

Kebetulan plak, serum muka pun dah abis but nak pi beli belum ada masa lagi tup-tup dapat parcel dari Miss IA yang di dalamnya ada E EPHYRA Skin NANO Advanced Repair Serum. Wah pucuk di cita ulam mendatang plak ek.

Ok meh kita check it out this serum ek!


Keistimewaan Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum

Banyak keistimewaan atau kelebihan Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum. Antaranya, ia menggunakan teknologi nano yang dipatenkan di Switzerland. Seperti yang kita tahu, Switzerland merupakan Negara maju yang kaya dengan teknologinya. Dengan teknologi nano, serum senang meresap ke dalam kulit kerana partikel yang bersaiz kecil(nano). Yang terbaik mengenai Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum adalah ia bebas daripada sebarang jenis bahan kimia, merkuri dan hydroquinone. Ia mampu mencerahkan dan menaikkan seri wajah kerana adanya gabungan formulasi bahan antioksida iaitu Arbutin semulajadi, Gluthathione, Vitamin C, dan Vitamin E.

Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum adalah serum pertama keluaran Oceanlife Marketing Sdn Bhd dibawah jenama Ephyra. Dengan menggunakan Teknologi Nano yang dipatenkan di Switzerland, serum ini telah teruji dan terbukti secara klinikal dapat memulihkan kulit yang rosak dan mengembalikan kulit yang cantik berseri.


10 Kesan Nyata Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum

1. Mengecutkan jerawat

2. Menghilangkam parut jerawat dan jeragat

3. Menganjalkan dan menegangkan kulit wajah yang kendur

4. Menghilangkan bintik-bintik hitam

5. Mencerahkan kulit kusam

6. Memperbaiki tona kulit yang tidak sekata

7. Mengekalkan kelembapan wajah

8. Menghilang lebam bawah mata

9. Merawat kulit terbakar (sunburn)

10. Memberikan kesan kilauan pada wajah.

Bagaimana Teknologi Nano Bertindak Dalam 3 in 1

1. Memulihkan

Mengembalikan dan memulihkan keanjalan kulit secara luaran dan dalaman bagi menghasilkan kulit wajah yang lembut, cerah dan sihat berkilau serta bersinar. Malah, ia turut memperbaiki kulit agar tampil lebih bersih, tegang dan muda.

2. Memperbaharui

Menyerap jauh ke dalam sel kulit menjadikan proses pembaharuan sel kepada tahap maksimum, untuk menghasilkan kulit yang anjal, lembut dan tampak bermaya. Kulit akan menjadi lebih cantik, cerah dan sempurna.

3. Melindungi

Melindungi kulit wajah dari kerosakan akibat sinaran radiasi UV dengan cara meneutralisasi proses oksidasi. Serum ini turut mengurangkan radikal bebas dan melawan tanda penuaan dengan menjadi agen antioksida yang sangat berkesan. Ia mampu mengembalikan Vitamin E kepada kulit.

Cara Penggunaan Ephyra Serum ni



Alah sehari 2 kali pagi dan malam sebelum korang sapu moisturizer cream yang lelain ek. Tapi aku just guna malam sebelum tidur coz aku nak tengok sendiri keberkesanan serum ni kan. Itulah nampak perubahannya tapi sedikit demi sedikit, takkan baru pakai 1 malam dah cantik cam Memey Suhaiza plak kann hehehhe

Kalau di jadikan amalan memang cantik terus aku ni nanti ek…


Kalau berangan tu ada je idea yelah

Oh ye, harga untuk


EPHYRA SKIN NANO ADVANCED REPAIR SERUM
15ml

Harga: 

RM 88 (Sem.Malaysia)
RM 92 (Sabah/Sarawak) 

Harga Promosi : 

RM 68 (Sem. Malaysia)
RM 72 (Sabah/Sarawak) 

Sesuai untuk semua jenis kulit.


Untuk maklumat lanjut boleh layari :


Atau 


Atau 


Atau

Whatsapp : 019-737 3770 / 019-380 0779

Ok itu je yang aku nak citer dengan korang, yang sibuk cari serum muka tuh baiklah korang cuba dulu kan mana tau kot kot korang lagi cantik dari artis yang meletop-letop sekarang ni kan


Thursday, May 29, 2014

EPHYRA TREASURE HUNT 2014 Terbaek!!

Hi Korang,


Perasan tak social media aku macam nak giler hari sabtu lepas? Ermm itulah rasanya lebih dari 40 gambar aku update untuk hari tu je sempena EPHYRA Treasure Hunt 2014.


Actually tak de plan pun nak join, tup-tup Shakiddo duk tanya so aku pun join jelah dengan harapan dapatlah berkenalan dengan blogger lain sambil buang-buang masa di hari sabtu tu memandangkan Mr Big ada project dengan team Alza dia kan.





Ktorang berkumpul di Dewan Puspanita Presint 10 Putrajaya ni, seramai 27 orang blogger lain turut serta, ermm ada plak yg last minute cancel, sangat no attitude at all. Cian kat team yang cuma bertiga tuh. 



Ktorang di bahagikan kepada 7 kumpulan yang consist of 4 orang. Aku team 5 sama dengan blogger EjamOthman, Nannie Isa dan Emilly Tang.

Once dapat group je terus ktorang kena buat Task 1 iaitu buat istavideo tentang cara minum Ephyra ni ek. Hehehe memang kelakar-kelakar video yang aku tengok tapi yang paling kelakar video aku lah, dengan suara hilang gambar kelam. Tapi heheheh best!




Pn Amiza Amiruddin selaku tuan punya produk Ephyra ni juga turun padang untuk merasmikan Ephyra Treasure Hunt 2014 ni. Ini first time aku jumpa dia, walaupun dah banyak kali bekerjasama dengan team Oceanlife Marketing ni.

Orite untuk Task 2, ktorang kena ke Taman Botani Putrajaya ni. Memula lagi dah terlepas simpang untuk masuk ke taman ni. Nasib baik driver berhemah ktorang Ejam buat big circle satu Putrajaya ni dan masuk balik ke sini.





Sesampai je Kidd dah tunggu untuk berikan task. Rupanya ktorang kena mengenali beberapa jenis pokok yang terdapat di perkarangan Taman Botani ni. Hah ko yang panjat pagar, yang pijak lecak semua ada demi untuk siapkan task. Aku kan payah nak melangkah pagar tuh so aku cari nama-nama pokok kat sebelah atas je. Penat oo lari sket dah nak semput, walaupun berzumba banyak tapi still stamina kurang gak.

Settle terus ke Task 3.


Ini memang best, ktorang kena selfie kat billboard Ephyra di PLUS Highway ni. Ermm nasib baik aku familiar tempat ni so tak jadi hal lah. Guide je Ejam drive ke tempat yang dituju kan, park tepi jalan. Nasib baik jugak aku bawak monopod ni, so dapatlah ktorang selfie berempat kat billboard ni.


Tengah syiok selfie, ramai plak kereta-kereta hon ktorang kan. Mesti fikir yang bukan-bukan punya, apalah yang ktorang baut tengah panas mencarak bagai ni.


Ok settle, jom ke lokasi Task 4. Yeah!! KLIA2 #EphyraTreasure5Tomato datang…


Kat sini memang menduga akal betul. Once masuk ke area parking KLIA2 cam dah pening-pening sket. Ok nasib baik signboard ada so cepat-cepat ktorang cari mana plak Starbucks ni kan, sempat tanya kakak petugas kat information counter tuh ok sambung berlari ke kepi kopi favourite aku ni.


Task yang ktorang kena buat kat sini:-

1. Jawab soalan yang diorang dah sediakan



2. Selfie dengan signboard KLIA2, dalam 1 group, dengan pelancong asing

3. Buat penerangan sket mengenai EPHYRA kepada lelaki yang pakai baju biru

4. Buat penerangan sket mengenai EPHYRA kepada perempuan rambut panjang dan pakai baju turquoise.


5. Buat cheer tagline untuk group TOMATO di hadapan pelancong asing.


6. Bawakan makanan paling pedas untuk urusetia makan.



Hah apmacam? Kalau korang sanggup tak, ermm belum tentu lagi kan. Tapi ktorang Berjaya menyiapkan kesemua tugasan ni dalam masa yang ditetapkan sampai ada masa terlebih 1/2jam lagi untuk rehat-rehat. Kena tebalkan muka, confident level yang tinggi baru boleh siapkan tugasan ni.


Abis semua task, ktorang ke Petronas di KLIA ni untuk makan tengahari. So timelah amik kesempatan untuk upload kesemua social media sharing tu, yelah setiap kumpulan kena siapkan 100 social media sharing. Ermm dengan internet cam siput dengan masa yang tak cukupkan maka siapkan la jugak.



Untuk beberapa task terakhir ni, ktorang kena ke booth EPHYRA di Jom Heboh Presint 2 Putrajaya. Kalau ikut arahan kena park kereta dan ambil shuttle bus ke tapak pesta ni namun disebabkan tak de parking, so ktorang dibenarkan drive terus ke karnival Jom Heboh ni.



Ermm gagah jugaklah ktorang berempat berjalan dari Jambatan kat Presint 9 tu ke Istana Kehakiman. Ma koi dengan jauhnya, dengan ramainya orang, dengan hujannya dapat jugak diharungi jua. Letih wei…



Finally sampai jugak, rupanya tak abis lagi task. Ktorang kena main bola ‘blind futsal’ dan buat cheering di hadapan duta EPHYRA iaitu Norman Hakim dan Memey Suhaiza. Ya ampun, ni lagi tergelak-gelak, dahlah tak reti main bola kena plak tutup mata lagi. Memang sangat kelakar, abis semua task ni barulah boleh rilek-rileks sampai makan-makan kan.



Tibalah masa yang di tunggu-tunggu, penyampaian hadiah. Yeah…

Team ktorang berjaya mendapat tempat ketiga, hehehhehe rasa berbaloi jugak lah berpenat lelah daripada pagi sampai ke petang kan. Semua lebar memasing sebab menang.

Tempat pertama – Team Glutathione

Tempat kedua – Team Acai Berry

Tempat ketiga – Team Tomato

Memang seronok betullah.


Ermm terima kasih kat EPHYRA kerana sudi menganjurkan Treasure Hunt untuk bloggers ni dan juga kepada team Denaihati Network yang berpenat lelah menguruskan kami dari segala segi kan.


Ni aku letakkan beberapa blogger blog link yang korang boleh singgah dan baca gak pengalaman mereka gak tau.


















Yelah setiap orang pengalamannya berbeza kan.


Bagi korang yang masih belum merasakan perubahan Ephyra, bolehlah mencubanya hari ini dengan tawaran harga yang cukup berpatutan untuk kesihatan yang optimum.

Apa itu Ephyra?

EPHYRA adalah minuman supplemen yang didatangkan dalam kombinasi hebat yang mengandungi 9 bahan dari alam semulajadi yang berkualiti dan bergred super AAA. Gabungan mantap seperti kolagen terhidrolisis ikan laut dalam, L-Glutathione, Astaxanthin, Acai Berri, Acerolla Ceri, Marigold Flower Extract, Acacia Gum, Superberi dan Serbuk Tomato yang merawat dirumuskan dalam satu rumusan terunggul menjadikan Ephyra berpotensi tinggi menyerlahkan lagi kesihatan dan kecantikan dalaman dan luaran kita.
EPHYRA bukan sekadar menjaga kesihatan kulit kita, malah ia turut membantu dalam mengawal berat badan dan meningkatkan kadar metabolisme tubuh. Selain itu, ia juga meningkatkan sistem imunisasi badan dan melegakan artritis dan sakit-sakit sendi.


Kelebihan EPHYRA

Memperbaiki keanjalan kulit, melembutkan dan menyinarkan
Memperbaiki keadaan kulit yang berjeragat dan bintik-bintik hitam
Mencegah kedutan dan mengurangkan kesan garisan di kulit
Memperbaiki kualiti rambut supaya lebih sihat, lembut dan bersinar
Memperbaiki sistem penghadaman
Membantu mengurangkan kadar kolestrol
Meningkatkan tenaga dan konsentrasi
Meningkatkan sistem imunisasi tubuh
Mengawal berat badan dan membantu meningkatkan kadar metabolisme tubuh
Melegakan artritis dan sakit-sakit sendi

Siapa Yang Memerlukan EPHYRA?

Berumur 25 tahun dan keatas
Mempunyai kulit yang kering dan kusam
Mempunyai kulit yang pucat dan kendur
Pigmentasi dan masalah jerawat
Mengalami proses penyembuhan yang perlahan
Mudah berasa letih
Sukar mengingati sesuatu
Sakit-sakit badan/ sendi
Kadar metabolisme tubuh yang rendah

Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan set Ephyra, bolehlah mendapatkannya dengan harga promosi RM180/1 premium pack (30 sachets).

Untuk maklumat lanjut, anda boleh dapatkan di :

Official Website : www.oceanlife2u.com
Instagram : ephyra2u

Telefon : 03 4141 7889
SMS : 019 3999 238






Tuesday, April 22, 2014

Promosi EPHYRA Sempena 2nd Anniversary MEGA SALE Dan Karnival di Putrajaya & Perak



Hi Korang,


La siapa yang tak kenal dengan produk EPHYRA kan, even mak aku pun dah pandai minum EPHYRA lately ni. Katanya bukan apa selain daripada kebaikan yang terkandung di dalam minuman kesihatan ni, rasanya tu yang sedap sekali perisa oren tak berapa manis

Hehehe omak omak..


Kalau korang nak tau EPHYRA ni, minuman antioksida berasaskan kolagen dalam bentuk sachet yang dihasilkan daripada gabungan mantap rumusan terunggul dari alam semula jadi di seluruh dunia, (L-Glutathione, Astaxanthin, Acai Berri, Acerolla Ceri, Marigold Flower Extract, Acacia Gum, Superberi dan Serbuk Tomato) yang merawat, memperbaharui dan seterusnya menyerlahkan lagi keserian dan kesihatan dalaman dan luaran.

Lagi plak EPHYRA ini HALAL dan selamat untuk diminum. Ada sijil halal tau. 

Aku sendiri ni pun dah berkotak-kotak minum EPHYRA ni, korang boleh baca testimonial aku di entry 3 Minggu Lepas Minum dan Minuman Kolagen.




Memang terasa perubahannya, kita boleh nampak walaupun sedikit demi sedikit kan. Meh tengok testimonial pengguna EPHYRA yang lain ni ek. 



Kalau korang rasa cam tak berapa nak percaya lagi dengan kehebatan EPHYRA ni terutamanya kepada orang Putrajaya dan orang Perak, korang dijemput hadir ke Booth EPHYRA di


Karnival UTUSAN Putrajaya 
pada 25hb - 27 April 2014 

Karnival JOM HEBOH Perak 
pada 26hb - 27hb April 2014 


Ada harga promosi bagi korang yang nak baru-baru berjinak mencuba EPHYRA ni, selain harga promosi siap ada free gift sekali tau. Eh ada lagi, Duta EPHYRA iaitu Memey dan Norman juga akan turun padang ke kedua-dua karnival ni. So korang bolehlah beramah mesra dengan mereka berdua ni, nak tanya pasal kebaikkan ke, kesan ke, cara nak minum dan memacam lagi lah. 

Alah korang yang tak dapat ke karnival tuh, janganlah sedih hati plak. Ishkk nak nangis plak. Don’t worry, ada lagi cara untuk korang nak dapatkan EPHYRA dengan harga rendah ni.


Sempena dengan ulangtahun kedua, EPHYRA akan mengadakan MEGA SALE yang akan bermula daripada 28hb April 2014. Bagi aku sangat-sangat berbaloi kalau korang beli time ni, sebab harga asalnya RM197 kan, now cuma RM180 sahaja untuk 30 sachet. Hah, berbaloi ke tak? Ermm haruslah berbaloi kan. Dengan banyak feedback dan testimoni dari pengguna, memang 100% berkesanlah produk EPHYRA ni. 


Eh tak abis lagi ni, korang boleh dapatkan T-SHIRT eksklusif EPYHRA yang berharga RM15 je sehelai, sangat selesa tau. Tapi yang ni limited edition je, yelah sempena 2nd anniversary EPYHRA ni.

Untuk pembelian dan maklumat lanjut, boleh layari : 

1)website official – www.oceanlife2u.com


3)instagram- ephyra2u

Untuk info @ pembelian boleh email pada mereka di info@oceanlife2u.com

OCEANLIFE MARKETING SDB BHD
Co. No. 975208P 

73a-3, 3rd Floor Block J,
Platinum Walk,
No. 2 Jalan Langkawi,
Danau Kota Setapak,
53300 Kuala Lumpur. 

Tel: +603-4142 1786
Fax: +603-4142 1776