Showing posts with label produk antarabangsa. Show all posts
Showing posts with label produk antarabangsa. Show all posts

Wednesday, June 6, 2018

Ramadan Bersama Volkswagen TIGUAN

Hi Korang, 


Selain daripada puasa di bulan yang mulia ni, ramai ambil kesempatan pulang ke kampung di hujung minggu untuk berbuka puasa bersama keluarga dan sanak saudara tercinta. 



Kak lily tak ketinggalan jugak lah, terasa hilang nikmat kalau tak berbuka bersama keluarga. 






The best part is kami balik kampung dengan Volkswagen Tiguan tau. Haruslah happy 23 kali ek hehehe memang teringin lama dah bawak kereta ni so bila ada peluang ni janganlah di lepaskan. 



Kami pulang ke Johor Bahru dan Melaka last weekend. 


Bergerak lepas solat jumaat gituh, memasing ambil ½ day leave. Top up minyak dan reload touch n go sesiap then terus bergerak. So far hari jumaat tuh tak delah jem sangat nak ke selatan cuma banyak kereta dan lori je 



Perjalanan memakan masa dalam 3 jam lebih sahaja, maklumlah Volkswagen Tiguan ini di lengkapi dengan 1.4L TSI engine4-cynlinder petrol engine dan turbocharger serta DSG 6-speed (direct shift gearbox) wet clutch. Corak pemanduan sangat smooth je, bila nak potong kereta lelain tuh, secara automatik gear akan bertukar dari D1 hingga D6. So kalau nak potong kat bukit ke apa ke langsung tak de masalah. 




comel kan meter volkswagen Tiguan

Yang best tuh, bila naik je kereta ni suasana senyap je dalam kereta. Langsung tak dengar bunyi enjin dan bunyi air con. Yang dengar bunyi kereta dan lori lalu lalang kat luar je hah.

Kalau korang nak tau Volkswagen Tiguan ini di lengkapi dengan Active Info Display. Bukan semua kereta ada features sebegini tau, hanya kereta Volkswagen sahaja wokeh. Di antara yang terdapat di sini seperti, Navigation, Radio, Speaker phone, Connect App for Apple, Traffic Report dan pelbagai lagi.


Hah betulkan cakap kak lily banyak features yang best-best wokeh. Itu yang menambahkan lagi kegembiraan di dalam hati ni ek.


Disebabkan perjalanan jauh dan tak boleh singgah makan sebab puasa huhuhu, kami hiburkan hati dengan entertainment centre yang terdapat di Volkswagen Tiguan ni. Sound systemnya sangat power, ada USB, ipod, SD card slot, AUX-IN, bluebooth and ada 8 speakers tau.


Nak navigate pun senang sebab ada Navigation apps built it di Volkswagen Tiguan ni, so jimat sket data guna Waze kan hauhauhaua


kami check in di Puteri Pan Pacific Hotel 2 malam

Sampai Johor Bahru sebelum puasa cam tuh, so check in hotel. Ingatkan sempat nak ke bazaar Ramadan ermm tak rupanya so berbuka puasa je dengan apa yang ada di JBCC ni then baru keluar berjalan ke Kilang Bateri untuk berjumpa dengan kengkawan lama. 

Nasib ada navigation dalam Volkswagen Tiguan ni so tak delah rasa sesat barat kan hahehehehe. Sampai sana apa lagi menyembanglah, seronok betul banyak perkara yang di catch up kan Yelah jumpa sekali sekala cam ni lah, banyak citer-citer panas yang nak di bawangkan hehhehee.. Balik hotel sahur je kat cafe then terus naik tidur. 

suka betul Mr big ambil gambar si Tiguan ni ek

kak lily as usual nak pastikan keselamatan kereta dulu tau

cantik ek stadium kelab bolasepak Johor ni ek

nak masuk tapi pak guard tak bagi

On second day tuh, tak de banyak aktiviti sangat pun. Kami just chill jalan-jalan di sekitar bandar Johor Bahru. Meninjau keadaan Stulang Laut cam ne, membeli belah di Plaza Angsana, singgah ambil kuih raya untuk di bawa balik ke kampung nanti dan pi berbuka puasa bersama cousin sekeluarga. 

pilih kuih raya

hah happy dapat kuih raya banyak

hah pi amik kuih raya lagi

Singgah ambil kuih raya sampai 2 tempat sekali ek, ishkk bukan apa kuih raya yang akak ni buat sedap-sedap belakang tau.

singgah Angsana nak beli kurta sambil Mr Big pi bayar zakat sekali

Malamnya kami berbuka puasa bersama-sama sepupu kitorang yang duduk di Johor Bahru ni. Alah sekali sekali makan sedap sket untuk berbuka kan apa salahnya. Kami berbuka di Crab Factory Austin Height, not bad sedaplah

kena pakai apron dulu dear, kang kena baju plak

dah dah makan dulu kang baru main phone tuh

hah amik ko sedapnya tapi pedas sket

tengoklah anak sedara kak lily ni ek

Kemudiannya, kami berdua ke Bazaar Karat di Jalan Segget, JB ni. Alah bazaar jual pelbagai jenis benda yang unik, dari makanan sampai ke helmet, kasut, baju, permainan dan memacam lagi lah.

tengoklah laki akak ni ek

park Tiguan kat tepi jalan besar ni hah, sebab putih dari jauh dah nampak

hah ramainya orang kan

Inilah sungai seggetnya, satu ketika dulu tempat ni merupakan tempat makan 'street food' yang terbesar di JB ni.

Walaupun jem sana sini but Volkswagen Tiguan amat-amat selesa di pandu, berjam duduk dalam kereta sebab jem pun tak pe sebab selesa dan tenang je, maklumlah senyap je kan. 

Hari ketiga kami pulang ke Melaka untuk menziarahi kedua orang tua. 

tengoklah barang yang di bawak balik nak bagi kat mak, kemain banyak ek. mostly barangan  untuk persiapan hari raya hah

Perjalanan dari Johor Bahru ke Melaka sangat menenangkan, kereta tak banyak, lori tak banyak tapi hujan sekejap-sekejap tapi itu bukan menjadi halangan untuk kami pulang ke kampung. 

pagi tuh sekejap-sekejap hujan masa on the way balik

walaupun hujan, wiper kemain besar lagi di lapnya, senang nak tengok depan

Hah rehat jap hah,


Untuk hilangkan penat, kami singgah di RnR Pagoh tapi bukan untuk makan lah, sekadar luruskan pinggang yang seget tuh hehehehe kalau korang nak tau tempat duduk pemandu Volkswagen Tiguan ni boleh di gayakan sehingga 12 posisi yang menyelesakan korang. Nak naik ke atas, nak kedepan, nak ke belakang malah ada button untuk menyokong belakang korang ketika memandu, tak ke seronok tuh kan. 

memula berhenti kat masjid daerah Cincin ni untuk solat pun pintu masjid berkunci plak, so tak jadi nak singgah

kemudian singgah kat masjid di daerah Jasin ni, sempat solat sekejap kat sini

Separuh jalan kami ikut jalan lama, ada sekadar nak uji prestasi Volkswagen Tiguan ni, nampaknya kadar pecutan tetap best walaupun berselisih dengan banyak kereta. Sistem pemotongan nampak jitu, smooth je rasa confident bila hendak memotong terutamanya lori. 

Sampai rumah mak, terus rasa nak terbaring je hehhehe 

singgah pi bazaar pi beli juadah berbuka hah

Tapi tanggungjawab harus di selesaikan dulu, tolong mak masak, bawak mak pi beli barangan dapur, singgah bazaar ramadan untuk membeli juadah berbuka puasa. Dalam kereta sempat mak cakap, wah kemain besar betul kereta ni, tempat duduk belakang kemain empuk benau. Ini boleh ditidur ni dibuatnyalah. Hehehhehe kami duk bantai gelak jelah kann 


Lepas buka rehat sekejap dan teruskan perjalanan untuk pulang ke rumah. Hanya mengambil masa 1 jam lebih untuk sampai ke Bangi. Naik-naik kereta je terus tertidur sampai rumah hahahha 


Itulah caranya kami habiskan masa hujung minggu kami dengan Volkswagen Tiguan. Dengan adanya Tiguan ni dapatlah kami berjumpa keluarga, sanak saudara, rakan taulan, yang jauh dapat di dekatkan walaupun hanya seketika.. 

Ermm nanti kak lily sambung citer pasal Volkswagen Tiguan lagi ek



Meh sini layan video kak lily yang tak seberapa ni ek, so selamat menonton dan jangan gelak-gelak tau...

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Korang tentu rasa excited lebih bila baca entry kak lily ni kan, so why not korang pandu uji kereta Volkswagen Tiguan ni sendiri. Alah datang je ke mana showroom Volkswagen yang berdekatan dengan korang so barulah korang tau kehebatan kereta SUV ni ek 


Untuk pengetahuan korang, sekarang ini Volkswagen Malaysia sedang membuat kempen “Fuel Up You Gaya”. Bolehlah korang bergaya di musim perayaan nanti bersama kereta idaman korang. Banyak tawaran istimewa yang di beri. 

Inilah peluang keemasan korang untuk dapatkan satu kereta yang hebat untuk musim perayaan ini. Nikmati penjimatan sehingga RM10,000 dengan penyelenggaran percuma selama 3 tahun dan kad petrol bernilai RM1,188 keatas model yang di tempah dan di daftarkan mulai sekarang hingga 30 Jun 2018.
Eh untuk Volkswagen Tiguan ada rebate RM2,000 tau.

Penjimatan lebih lanjut dengan 0% GST bermula 1 Jun 2018 dan seterusnya. 

*Harga baru akan terus berkuat kuasa, sementara menunggu pelaksanaan semula Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) oleh Kerajaan. 

Untuk info lanjut, korang juga boleh layari : https://www.volkswagen.com.my/