Showing posts with label prince court medical centre. Show all posts
Showing posts with label prince court medical centre. Show all posts

Saturday, June 16, 2012

Aku Nak Kurus Dengan Kevin Zahri


Hi Korang,
Biasalah dah nama pun blogger kan, event-event yang menarik mesti di kongsi bersama so baru hidup ceria.
Alah PuanBeedotcom akan selalu ajak geng-geng blogger ke event-event yang best dan hot, so aku pun haruslah join sekaki kan. Kali ini event untuk kurus ooo. Haruslah lah join, kurus tu memang ada dalam wishlist aku kan.
Seminar jom kurus untuk blogger secara percuma dengan kerjasana dari KevinZahri Puanbeedotcom dan Prince Court Medical Centre.
jom kurus percuma bloggers 485x297 Projek Seminar Jom Kurus Percuma Untuk Blogger Tips kesihatan seminar kevin zahri Seminar Jom Kurus Percuma Untuk Blogger jom kurus event blogger
PERHATIAN : Jom Join Small Contest Ni
  • Topik: Jom Kurus bersama Kevin Zahri (maklumat lanjut)
  • Tarikh: 8hb Julai 2012
  • Masa: 2-5pm
  • Lokasi: Prince Court Medical Centre, Kuala Lumpur
  • Speaker: Kevin Zahri
  • Bilangan Peserta: 40 sahaja
Penyertaan percuma , selain dari itu blogger yang hadir akan mendapat eBook percuma selepas sesi seminar.
Syarat Penyertaan : Untuk menyertai sessi percuma Jom Kurus ini, anda mesti memenuhi syarat-syarat berikut:
  • Mesti mempunyai blog yang aktif
  • Create satu blog post tentang: 1) kenapa anda ingin join seminar ini dan 2) kenapa rasanya ramai yang mengalami masalah berat badan berlebihan. (simple2 je )
  • Include logo Jom Kurus (klik di sini) dalam blog post tersebut.
  • Penting! Sila email link blog post anda kepada PuanBee di puanbeedotcom@gmail.com
Kriteria Pemilihan
  1. Ada blog
  2. Buat blog post
  3. Submit url ke email puanbee
  4. Sebelum mencukupi 40 peserta penyertaan di terima
Sekian , harap dapat jumpa korang di sana nanti.

Alah sesaje je aku ni nak memeriahkan majlis kan. Bukannya boleh kurus dalam satu hari tapi keazaman tu yang penting tau...

Sudah hantar email cepat ke puanbeedotcom@gmail.com

Hah, cepat lah buat duk nganga mulut plak buat apa kan


Monday, June 28, 2010

Kegel With Poise Fair - Knowledgeable For Women

Hi Korang,

Last Saturday aku ke The Saujana Hotel kerana dapat jemputan untuk Kegel with Poise Fair sempena Minggu Kontinen Sedunia 2010.

Dengan Hanz dan Nia

Registration Counter & Poise Counter

Event ini dianjurkan oleh Poise dengan kerjasama Pfizer Malaysia dan Pusat Perubatan Prince Court. Acara kesihatan awam ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan mengajar cara terbaik untuk menangani masalah kawalan kencing. Ia juga bertujuan untuk menggalakkan lebih banyak open discussion di kalangan wanita Malaysia.


Diantara speaker yang turut serta dalam event ini adalah :-
En. Nathan Kandapper,Pengarah Urusan Kimberly-Clark Malaysia.
Dr Peter Ng, Presiden Yayasan Kontinens Malaysia dan juga Perunding Urologis
Ms Low Ngai Yuen, Celebriti Tanahair yang famous dengan rancangan 3R.
Dr Seri Suniza Sufian, Pakar Sakit Puan dari Prince Court Medical Centre

Mereka2 ini berkongsi dengan para hadirin berkenaan asas pundi kencing yang terlalu aktif dan kesannya terhadap kualiti hidup. Eventho ia bukan masalah yang boleh membawa maut tapi ianya boleh menjejaskan keadaan fizikal, psikologi dan sosial seseorang wanita.

Hah, apa macam takut tak korang? Bila diorg nie cakap je, terus aku jadi takut. Yelah benda2 yang kecik macam nie bahaya gak tau untuk masa depan kita. Masa sekarang nie memang tak nampak tapi tunggulah lagi 3-4 tahun kan. Bila tengok slaid2 yang dipertontonkan, Nia terus tutup muka sebab dia tak sanggup nak tengok.

Dek terlalu asyik mendengar cerita2 diorg nie, tetiba event direhatkan (agaknya speaker dah penat kot) selama 20 minit sebab ada hi tea. Apalagi, makan lah kan.
Di antara refreshment sebelum exercise. Sedap betul dimsum nie. Dahlah payah nak dapat. Bila dah dapat bedal bersungguh2 lah kan.

Bersungguh2 diorg nie makan kan.Maklumlah dalam hall tadi sejuk sangat. Itu yang terus jadi lapo tuh.


So acara yang ditunggu2 oleh semua peserta adalah bersenam Kegel beramai-ramai yang diketuai oleh ahli fisioterapi dari Prince Court MC, Cik Neng Shahidah Sabullah.

Tengoklah ramai kan yang join event nie.Aku sangat suka duduk di pilates mat nie. Sedap!

Sempat lagi bergambar dengan Atilia lepas exercise.

Di antara goodies bag yang dibawak balik.

Yang penting, dapat jugak bawak balik pilates mat nie. So senanglah nak exercise kat umah kan. Tapi boleh ke aku exercise nie ek? ermm...

Thanks Poise sebab telah menambahkan ilmu aku lagi dalam hal-ehwal kesihatan wanita nie. Untuk korang tak dapat join event nie, bolehlah kalau nak tau lebih lanjut tentang masalah lemah kawalan kencing di www.poise.com.my. Pegi check it out tau, banyak info okeh!.