Showing posts with label pomade SWAG. Show all posts
Showing posts with label pomade SWAG. Show all posts

Monday, February 3, 2020

Produk Tempatan MISMIS, SWAG Dan BLOSSOM Kini Boleh Di Dapati Di TESCO

Hi Korang, 

Biasa dengan produk tempatan?? 

Ermm tak biasalah tuh kan, kak lily pun sama. Cuma ade certain-certain item je yang kita prefer local macam rempah ratus masakan, makanan segera sebab adanya tanda HALAL kan. 

Cam ner plak dengan produk lain macam produk penjagaan diri, penjagaan rumah?? Kita for sure akan pilih produk yang sudah ada nama. Yelah sebab jenama orang dah kenal dan percaya. 

So cam ner plak dengan produk tempatan yang baru-baru muncul nieh?? MEsti orang cam ragu-ragu nak cuba yelah belum ada nama kengkonon takut ada kesan-kesan negatif plak kan. 

Janganlah cam tuh geng!! 

Tak baek wokeh, why not kita cuba dulu untuk kepastian. Lepas tuh baru kita boleh tahu kesannya pada kita. 

Eh bukan apa ahkak ko membebel ni hah, citernya cam nie.


Kalau korang nak tau yang Kempen Beli Barangan Malaysia bersama usahawan tempatan IKS dalah salah satu program untuk membantu usahawan Industri Kecil Sederhana (IKS) yang disokong oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) yang diterajui oleh Menteri, Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail. 

Matlamat Kempen Beli Barangan Malaysia ini adalah untuk membantu usahawan IKS untuk lebih berdaya saing dengan produk antarabangsa yang lain di pasaran. Peluang yang diberikan ini bukan sahaja dapat membantu usahawan untuk mencari tempat yang sesuai untuk memasarkan produk keluaran syarikat tetapi juga untuk mencari peluang baru bagi menghasilkan produk yang lebih bermutu dan mematuhi standard bagi memasarkan produk di pasaraya besar lain di seluruh Negara. Produk usahawan IKS yang dipasarkan bukan sahaja berpeluang untuk dipasarkan di peringkat Domestik tetapi juga di peringkat Antrabangsa. Ini adalah pengiktirafan kepada usahawan IKS dan usahawan juga dapat menjalankan perniagaan dengan beretika. Dengan adanya program ini, pengguna akan mempunyai lebih banyak pilihan dengan harga yang berpatutan.


Kebetulan jugak kak lily berkesempatan ke roadshow Kempen Beli Barangan Malaysia di Tesco Extra Kajang baru-baru ini bersama rakan-rakan yang lain. Eh kita as consumer memang patut kena ambil tahu hal-hal sebegini. Yelah kalau elok kita boleh bagitau pada orang-orang lain kan, kalau tak elok kita kenalah kasi ‘constructive feedback’ pada tuan punya produk tuh hehhee 

Ada 3 jenama produk penjagaan diri yang kak lily rasa boleh pergi jauh lagi pasaran asing iaitu MISMIS, SWAG dan BLOSSOM ASIANIC

Ubat gigi jenama MISMIS, perapi rambut SWAG dan penjagaan diri Asianic dan Blossom adalah antara jenama tempatan yang berjaya menempusi pasaraya besar seluruh negara. Produk jenama tempatan ini boleh didapati diseluruh pasaraya besar di semua pasaraya besar Tesco di seluruh Negara. Produk jenama MISMIS, SWAG dan BLOSSOM ini bukan sahaja mempunyai kualiti dan pembungkusan yang setanding dengan produk antarabangsa yang lain di pasaran, jenama tempatan ini juga telah melepasi piawaian produk bermutu untuk pasaran pasaraya besar dalam dan luar Negara. 

UBAT GIGI - MISMIS 


NFA Technologies Sdn Bhd ditubuhkan sejak 2014 sebagai syarikat untuk menyelidik, mengeluar dan memasarkan ubat gigi dan produk penjagaan mulut yang berasaskan polifenol koko yang pertama seumpanya bersama bahan herba semulajadi dari cengkih dan minyak zaitun.


Ianya mensasarkan pasaran komersial untuk dalam dan luar negara bagi memenuhi permintaan ubat gigi Halal bagi semua segmen umur untuk seisi keluarga, untuk semua peringkat umur dari kanak kanak sehingga dewasa. Telah bekerjasama dengan Lembaga Koko Malaysia untuk penyelidikan, pemprosesan dan penyelenggaraan bagi menggunakan polifenol koko sebagai bahan mentah utama yang berkualiti tinggi dalam pembuatan ubat gigi natural jenama MISMIS. Memiliki sijil Halal dan Good manufacturing Practice - GMP (Praktis Penghasilan Produk Berstandard). Matlamat syarikat adalah untuk menjadi syarikat yang bersaing maju dalam mengeluarkan produk yang bermutu tinggi dan standing dengan produk antarabangsa selain menjadi syarikat yang kompetitif dan inovatif di Malaysia.


Menurut Puan Noormawarni Nordin selaku Pengarah Syarikat “Ubat gigi MISMIS tanpa fluorida dari Polifenol koko premium terpilih dengan campuran ramuan herba semulajadi seperti cengkih dan minyak zaitun ini akan mengekalkan anda senyuman manis dan nafas yang segar sepanjang hayat. Jenama MISMIS adalah pilihan yang bijak bagi pengguna yang inginkan produk 99.9% dari bahan semulajadi.” 

Ubat Gigi Semulajadi Premium MISMIS Pudina Koko | 100g

Ubat Gigi Semulajadi MISMIS Ekstra Pudina Segar | 200g | 85g | 60g

Jenama MISMIS terdiri dari ubat gigi MISMIS Ekstra Pudina Segar (Extra Cool Mint) dan Pudina koko premium yang mengandungi bahan aktif polifenol - tannin terbukti berkesan membunuh bakteria utama di dalam mulut iaitu Streptococus Mutan, penyebab nafas berbau dan menyebaran karies gigi. Dengan penggunaan bahan aktif ini ia juga dapat menghindarkan permulaan gigi berlubang dan pembentukan karies gigi. 

BLOSSOM - LOSYEN PENJAGAAN TANGAN dan BADAN DAN KRIM TANGAN 


Produk Jenama Blossom terdiri daripada 4 variasi losyen tangan dan badan bersaiz 500ml iaitu limau tangerin (Tangerine), Betik (Papaya), Buah Zaiton (Olive Oil) dan juga Ros (Rose).


Diformulasikan dari bahan bahan terpilih dan bermutu tinggi bagi memberikan kesan yang optima pada kulit. Diformulasikan dari bahan bahan semulajadi ianya juga sesuai untuk kesihatan kulit. Juga terdapat krim khas tangan Blossom 50ml yang mudah dibawa kemana-kemana kerana sizenya compak dan kecil.


“Blossom adalah produk tempatan yang setanding dengan produk antarabangsa yang lain dipasaran. Dengan harga yang berpatutan dan dengan pembuatan yang diformulasikan dari ekstrak yang berkualiti tinggi, pasti para pengguna akan mendapat manfaat untuk kecantikan dan kesihatan kulit. Dengan Blossom, kini kulit akan lebih sihat, cantik dan muda sentiasa” kata Puan Leny Adam selaku Pengarah Syarikat Wonderland Primary Sdn Bhd.


Setiap manusia lahir dengan berbagai bagai jenis kulit. Ada kulit kering, berminyak dan tidak sekata. Wanita terutanya amat gemar untuk menjaga dan mastikan kulit sentiasa cantik, mulus dan sihat. Bagi menambah kecantikan tersebut, Blossom adalah salah satu jenama yang diformulasikan khas bagi yang mementingkan penjagaan kulit. Blossom adalah pilihan yang terbaik bagi wanita.


Bukan sahaja dapat melembutkan kulit, tetapi aromanya yang semulajadi dan tekstur lembut pembuatan Blossom pasti akan membuat anda merasa sentiasa segar dan berkeyakinan sepanjang hari. 

SWAG – PERAPI RAMBUT 


Untuk memastikan kaum lelaki juga tampil bergaya dan kemas, Sakura Industries memperkenalkan pomade dalam bentuk gel dan cecair dan juga clay dari jenama Swag. Jenama Swag diformulasikan dari bahan bahan semulajadi seperti Argan Oil, Olive Oil bagi membantu menyubur dan menyihatkan lagi rambut selain ianya amat selesa digunakan sepanjang hari. Ianya juga diformulasikan berasaskan air (waterbase) bagi memberi sentuhan semulajadi pada rambut.


Pengarah Urusan Sakura Industries, Mohd Rozailmee Zulkeply berkata, jenama Swag kini telah menjadi pilihan bagi lelaki yang mementingkan pengayaan rambut. Selain itu jenama Swag juga sesuai untuk semula lapisan umur terutamanya anak muda dari sekolah rendah dan menengah yang sentiasa ingin kelihatan rapi dan bergaya mengikut citarasa pengayaan rambut terkini.

‘Boss’ dan ‘Focus’

‘Energy’ dan ‘Million’

Terdapat empat jenis pilihan, iaitu ‘Boss’, ‘Focus’, ‘Energy’ dan ‘Million’. Setiap jenis mempunyai fungsi dan bahan berbeza mengikut gaya dan citarasa pengguna. 

Terdapat dua pilihan sama ada untuk gaya sentuhan sederhana atau tambahan kekuatan bagi mereka yang gemarkan aktiviti lasak. Swag bukan sekadar produk menata rias rambut lelaki, malah turut berfungsi sebagai perapi rambut agar lebih sihat dan subur kerana dilengkapi unsur-unsur semulajadi.

yang produk terbaru SWAG ni, kak lilu cuba ari tuh. Sapu je kat rambut wangi tuh. Lantaklah lelaki pompuan boleh je nak guna kan

Pembuatan Jenama Swag tidak menggunakan bahan kimia berbahaya, malah ramuan semulajadinya menjadi asas kepada keunikan jenama ini. Baunya juga menyenangkan dan wangian lebih maskulin. Produk Swag mudah digayakan mengikut citarasa, ia juga mudah dibilas dan tidak menyakitkan kepala ketika menggayakannya dan membesihkan selepas sehari menggunakannya.


Dengan berat bersih 120g bagi produk pomade berharga RM28.00, ianya adalah antara harga yg murah dan mampu milik untuk semua. Manakala bagi produk clay 80g dijual pada harga RM19.90 dan Liquid Pomade 200g hanya berharga RM19.90 sahaja. Dengan penggunaan normal setiap produk mampu bertahan selama 4 minggu dan ianya amat berbaloi untuk dimiliki oleh jejaka hebat diluar sana. Ayuh dapatkan produk-produk SWAG hari ini hanya di seluruh outlet Tesco Malaysia. 

Program seumpama ini adalah salah satu platform untuk membantu Usahawan IKS untuk memasarkan produk mereka di parasara besar diseluruh negara. Produk yang terpilih bukan sahaja mempunyai perlabelan dan rekabentuk yang sesuai untuk dijual di pasaraya besar, tetapi juga telah mempunyai sijil KKM dan Halal. Usahawan terpilih juga telah mematuhi syarat pengeluaran produk untuk pasaraya besar. Usaha ini adalah sokongan dan kepada usahawan IKS untuk lebih berdaya saing dan proaktif dalam bidang perniagaan. Ada juga Usahawan IKS ini telah mendapat pasaran luar Negara.

So camne??

Apa pilihan korang??

Dengan adanya kempen-kempen sebegini, kak lily rasa makin lebih ramai orang ramai akan sedar kewujudan produk-produk tempatan yang bermutu tinggi ni.

Kami supot local!! 

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi: 

MISMIS 

Pn.Wanie Nordin 

+60 12-941 0528 



SWAG

En. Rozailmee 

+60 12-435 6003 




Blossom 

Pn. Leny Adam 

+6019 265 6687