Showing posts with label pertandingan memasak. Show all posts
Showing posts with label pertandingan memasak. Show all posts

Monday, July 17, 2017

'Peraduan Setulus Hati' Planta berkongsi kasih sayang melalui air tangan seorang ibu.

Hi Korang, 

Lama rasanya tak ke event Planta, even last year pun diorang hantar raya gift je time-time raya ni. This time merasa jugak pi event Planta ek


Planta, jenama marjerin Malaysia yang dipercayai sejak turun temurun, hari ini meraikan penutup kempen 'Peraduan Setulus Hati' Hari Raya selama sebulan yang menyaksikan 12 peserta akhir terpilih bertemu dalam pertandingan masakan amal yang menyentuh hati. 

Dirancang untuk mencetuskan rasa keriangan Hari Raya kepada kalangan golongan kurang bernasib baik, kempen tersebut mencabar dan mengajak masyarakat merebut peluang agar biskut ciptaan mereka diedarkan oleh pihak Planta untuk membahagiakan lebih 400 orang kanak-kanak di Selangor dan Kuala Lumpur, di samping menawarkan banyak hadiah menarik untuk para peserta sendiri. 

Bertujuan untuk berkongsi hasil air tangan ibu dengan golongan kurang bernasib baik supaya anak-anak yatim dapat menikmati kasih sayang seorang ibu menerusi kuih-muih serba lazat, pertandingan masakan selama 90 minit itu menyaksikan salah seorang peserta akhir muncul sebagai pemenang dan lebih 5,000 biskut yang menyelerakan berjaya dihasilkan untuk amal. 

Antara badan penerimanya ialah Yayasan Anak-Anak Yatim Pinggir Taman Tun Dr Ismail, Pertubuhan Kebajikan Pusat Jagaan Suci Rohani, Rumah Anak Yatim AI-Munirah, Rumah Anak Yatim Limpahan Kasih, dan Rumah Anak Yatim Nur Hidayah. Lebih 400 kanak-kanak, pengendali rumah amal serta ibu tunggal menerima derma berupa lebih 5,000 keping biskut. 


Menurut Tim VanEs, Ketua Kategori Makanan Unilever Malaysia, "Kami mempercayai makanan memainkan peranan yang penting dalam mengeratkan ikatan keluarga, terutama semasa perayaan seperti Hari Raya. Malahan, ia juga masa untuk renungan kembali, kemurahan hati dan kerendahan budi, bahkan juga masa mempamerkan empati dan mengungkapkan kasih sayang tanpa syarat dengan cara menyediakan makanan serba lazat." 

"Berkongsi hasil air tangan ibu dengan anak-anak yatim menerusi 'Peraduan Setulus Hati' akan menyemaikan rasa kegembiraan tak terperi di hati mereka kerana melalui pertandingan ini, mereka memperoleh peluang nyata dan dapat merasai kasih sayang ibu daripada kuih-muih serba lazat buatan tangan semasa Hari Raya," kata VanEs lagi. 

Menghakimi pertandingan masakan dan berkongsi kemeriahan suasana ialah Tim VanEs, Ketua Kategori Makanan dari Unilever Malaysia dan Mohd Hadzrin, Sous Chef Kanan (Kuisin Asia) Unilever Food Solutions Malaysia.






Kriteria penghakiman adalah berdasarkan 70% pada rasa Planta yang paling menonjol dan 30% pada cara persembahan biskut.

Pemenang hadiah utama mendapat penghormatan dimana resipi biskutnya yang menang itu dibuat oleh Planta dan kemudiannya dibahagi-bahagikan kepada lima rumah amal. Beliau juga memenangi baucar hadiah Seng Heng bernilai RM1,500 serta produk-produk Planta.


Naib juara dan 10 pemenang hadiah sagu hati membawa pulang baucar hadiah Seng Heng di samping produk-produk Planta bernilai RM10,000.

Sebagai penutup Encik VanEs berkata: "Sejak lama Planta sentiasa berkongsi jalinan ikatan yang erat dengan ibu-ibu dan anak-anak mereka, dan menerusi inisiatif CSR seperti 'Peraduan Setulus Hati', pihak kami berharap dapat sentiasa menggalakkan ibu-ibu untuk berkongsi pengetahuan dan "air tangan" melalui resipi-resipi biskut buat generasi-generasi akan datang."

Kaki Bebel,


LILY



Monday, April 3, 2017

Cabaran Raja Kuah Knorr 2017

Hi Korang,

Untuk korang yang terrer masak sedap-sedap tuh ermm patut join pertandingan anjuran KNORR ni lah


Cabaran Raja Kuah Knorr 2017 bersiap sedia menghayatkan penghargaan baru untuk hidangan berkuah Melayu yang digemari oleh ramai rakyat Malaysia. 

Sejak diperkenalkan buat kali pertama tahun lalu, acara anjuran Unilever Food Solutions akan berfokus pada hidangan berkuah yang mewakili sehingga 70% daripada hidangan pengendali makanan Melayu terutamanya sebagai kari, dihidangkan dengan kicap, kunyit dan rempah lain.


Pengarah Urusan UFS Malaysia Nusrat Perveen berkata: "Oleh kerana kini terdapat satu trend menggunakan perasa ayam juga untuk menggelitik selera, Unilever Food Solutions memberi pengiktirafan terhadap usaha masakan menggunakan Serbuk Ayam Knorr. 

"Tahun lepas, kami telah mengadakan buat kali pertama satu cabaran khas yang melibatkan pertandingan berantau di kesemua empat penjuru Semenanjung Malaysia, iaitu Cabaran Raja Kuah Knorr 2016 di mana pemenangnya dinobatkan yang terbaik daripada yang terbaik dalam kecemerlangan makanan Melayu di seluruh negara." 

Harry Brouwer, Naib Presiden Eksekutif Unilever Food Solutions yang hadir sebagai tetamu kehormat di acara pelancaran berkata: "Unilever Food Solutions ingin berkembang untuk masa depan dan kita menyentuh 800 juta pengguna setiap tahun. Kami berhasrat mencapai matlamat ini dengan cara yang mampan dan menumpukan kepada empat bidang di mana kami boleh membuat perbezaan: memperbaiki kesihatan dan kesejahteraan, meningkatkan keselamatan makanan, mengurangkan pembaziran makanan dan mencari sumber yang mampan. 


"Makanan hebat harus menjangkaui sempadan geografik dan perbezaan budaya. Makanan merupakan penyatu besar dan kenyataan ini jelas sekali di sebuah negara berbilang budaya seperti Malaysia di mana semua di sini, daripada penduduk tempatan pelbagai kaum dan juga warga asing yang menginap atau melawat, menikmati hidangan yang ditawarkan dalam suasana citarasa berharmoni yang berbeza!


"Unilever Food Solutions Malaysia terus berada di barisan hadapan dalam arena makanan tempatan, berkongsi kepakaran dan terus membuat inovasi untuk memberikan kandungan makanan terbaik untuk rakan perniagaan dan pelanggan kami," katanya.


Para juri yang mengadil tahun lalu termasuk cef selebriti Mohd Johari Edris (lebih dikenali sebagai Chef Jo), Cef Profesional UFS Mohd Hadzrin Mohd Din dan bloger tempatan yang bersama menentukan pemenang berdasarkan kriteria seperti kebersihan, penampilan dan citarasa hidangan.



Pemenang dari Kawasan Utara iaitu Budiman Bistari Mohamed dinobatkan sebagai Raja Kuah Knorr 2016, diikuti dengan naib johan Mohd Hilmi Mohamad Alias Ahmad dari Pantai Timur, pemenang ketiga Mohd Salehzarin Mohd Saleh dari Kawasan Selatan dan pemenang keempat Raiei Mahidin dari Kawasan Sentral.

Penyertaan 2017 dibuka kepada semua rakyat Malaysia dan sungguh mudah sekali dengan menampilkan 3 jenis resepi hidangan berkuah menggunakan Stok Ayam Knorr. Seramai 20 penyerta akan dipilih untuk bertanding dalam peringkat akhir di Lembah Klang.

ini hidangan yang menang tau, tengok pun terus lapar ek

Hadiah Cabaran Raja Kuah Knorr 2017 bertambah menarik dengan:

Hadiah utama berupa pakej umrah untuk dua orang bernilai RM25,000 serta wang tunai sebanyak RM15,000 dan hamper

Naib johan menerima tunai RM10,000 beserta hamper

Pemenang ketiga mendapat tunai RM6,000 dan hamper

Pemenang saguhati dari 13 tempat teratas yang berikutan menerima tunai RM500 beserta hamper.

Monday, October 24, 2016

Jom Airfry Bersama PHILIPS Grand Finale Cook-off

Hi Korang,

Last 2 week, aku sempat ke pertandingan memasak menggunakan airfryer anjuran Philips dan Institut Jantung Negara (IJN) bagi program FATCHECK For A Healthy Heart yang berlangsung di Tropicana Shopping Mall. 

Alah aku tak masuk pun lah just jadi jemputan media je hhehehehhe


Pertandingan Jom Airfry dan Menang dianjurkan bagi menyokong keraian Hari Jantung Sedunia oleh Persekutuan Jantung Sedunia, yang bermatlamat meningkatkan kesedaran mengenai penyakit kardiovaskular (CVD). Sejajar dengan kempen ‘Power Your Life’ oleh Persekutuan Jantung Sedunia, Philips mensasar untuk menggalakkan orang ramai menyandang tanggungjawab peribadi dalam mengamalkan gaya hidup mesra-jantung, bermula dengan pemakanan yang sihat. Untuk pertandingan ini, peserta dalam pasukan berpasangan perlu menghantar resipi rendah-lemak untuk hidangan mesra-jantung yang disediakan menggunakan airfryer bagi melayakkan diri. Pasukan finalis kemudian dipilih berdasarkan betapa sihatnya dan cara penyampaian hidangan mereka, cara kreatif menggunakan airfryer selain kisah peribadi peserta mengenai penggunaan airfryer. 


“Fokus Philips dalam kesihatan jantung merangkumi pencegahan, diagnosis dan rawatan. Kerjasama baru kami dengan Persekutuan Jantung Sedunia adalah elemen penting dalam komitmen kami untuk memacu pencegahan CVD dengan mengutarakan faktor risiko yang dikaitkan dengan CVD dan membantu orang ramai membuat pilihan lebih baik dan mengamalkan tabiat lebih sihat seumur hidup,” kata En Muhammad Ali Jaleel, Ketua Pegawai Eksekutif bagi Kumpulan Syarikat Philips di Malaysia. “Ini juga tahun kedua kami bekerjasama dengan IJN bagi program pendidikan masyarakat FATCHECK For A Healthy Heart kerana ia adalah misi bersama kami untuk mewujudkan pemahaman yang lebih mendalam di kalangan orang ramai mengenai pemakanan mesra-jantung.”


“Tahun ini, kami gembira melihat penyertaan daripada mereka yang gemar menghidangkan makanan airfry dan sedar mengenai pengamalan gaya hidup sihat menerusi hidangan yang mesra-jantung. Dengan alatan dapur seperti Philips Airfryer Turbostar, Philips mahu terus membaiki kehidupan dengan menawarkan produk serba inovatif,” tambah Encik Ali. “Philips Airfryer Turbostar adalah alatan terbaru dalam rangkaian alatan dapur kami. Dengan alat ini, kami menawarkan pilihan menikmati masakan mesra-jantung dan rendah-lemak yang mudah dan tidak renyah tanpa mengetepikan rasanya. Hidangan yang disediakan hari ini oleh para finalis dengan minat mendalam mereka terhadap teknik airfry adalah contoh yang baik untuk menunjukkan kebolehan Airfryer dengan menggunakan sedikit atau tiada langsung minyak,” tambah Encik Ali.


Sebelum acara Grand Finale Cook-off, kelima-lima pasukan finalis menghadiri sesi masterclass di mana mereka berpeluang belajar daripada Chef Selebriti Zamzani Wahab dan Puan Mary Easaw, ketua pakar diet daripada IJN, masing-masing mengenai memasak semasa tertekan dan keperluan nutrisi yang disyorkan. Kesemua pasukan dapat mempraktikkan pengetahuan mereka daripada masterclass ini dalam pertandingan peringkat akhir hari ini. 






Untuk menambah cabaran pada para finalis, pertandingan akhir memaparkan sebuah kotak misteri yang mengandungi bahan rahsia yang perlu digunakan di dalam hidangan akhir. Dalam masa sejam, para peserta perlu memasak dua hidangan untuk dua orang membabitkan hidangan utama bernutrisi dan rendah lemak serta pencuci mulut, menggunakan Philips Airfryer. 

“Mengurangkan pengambilan lemak telah menjadi antara cabaran terbesar untuk penduduk di Malaysia. Malah, Tinjauan Nutrisi Dewasa Malaysia pada 2014 mendapati kebanyakan kita makan terlalu banyak lemak, dan pengambilan median 46.43 gram sehari. Pemerhatian ini amat signifikan kerana pengambilan lemak berlebihan meningkatkan risiko serangan jantung. Tambahan lagi, Tinjauan Kesihatan & Morbiditi Kebangsaan 2015 mendapati 30% rakyat Malaysia berlebihan berat badan dan 17.7% daripada mereka adalah obes. 47.7% juga mempunyai kolesterol tinggi. Ini amat menggusarkan bagi Malaysia. Hakikatnya, lebih 90% pesakit jantung mempunyai sekurang-kurangnya satu faktor risiko kardiovaskular – yang turut diberi penekanan oleh inisiatif Pangkalan Data Penyakit Kardiovaskular Kebangsaan Malaysia – Sindrom Koronari Akut (NCVD-ACS),” kata Dato’ Seri Dr Mohd Azhari Yakub, Ketua Pegawai Eksekutif IJN.

Peringkat akhir pertandingan telah diadili oleh Dato’ Seri Dr Mohd Azhari Yakub, Puan Mary Easaw, Chef Selebriti dan penulis buku resipi Marina Mustafa dan Encik Muhammad Ali Jaleel. Hidangan telah diadili berdasarkan rasa, persembahan dan nilai nutrisi. 


Pasukan yang menang membawa pulang hadiah yang berikut:
  • Pemenang Utama – Produk Philips bernilai RM10,000 dan Pakej IJN Men and Women Wellness bernilai RM3,000
  • Pemenang Tempat Kedua – Produk Philips bernilai RM7,000 dan Pakej IJN Essential Wellness bernilai RM1,900
  • Pemenang Tempat Ketiga – Produk Philips bernilai RM5,000 dan Pakej IJN Essential Wellness bernilai RM1,900
  • Pemenang hadiah saguhati – Pakej IJN Fitness and Wellness bernilai RM1,500

Selain daripada pertandingan akhir Jom Airfry dan Menang, siri jelajah hujung minggu di Tropicana City Mall bersempena pertandingan akhir ini menawarkan pemeriksaan kesihatan percuma kepada 100 pengunjung pertama oleh IJN, promosi pakej IJN Wellness dan pameran produk Philips. 

Untuk informasi lanjut mengenai program dan pertandingan FATCHECK For A Healthy Heart, layari www.fatcheck.my atau www.facebook.com/MyFatCheck

Wednesday, June 3, 2015

PHILIPS ‘FATCHECK For A Healthy Heart’ Cook-Off Di Aeon Big Mid Valley

Hi Korang, 

Philips ni selalu nau buat event yang syiok-syiok yang buat aku tempting. 

Last week aku berkesempatan ke Philips FATCHECK Cook-Off anjuran Philips dan Institut Jantung Negara bertempat di AEON Big Mid Valley


Pepagi dah sampai uolls so sempatlah singgah beli barang dapur kejap sebelum event start. Senang jimat masa sket so tak yah aku singgah kedai Mael Save tu lagi kan.



Pertandingan masak ni rupanya kena masak menu yang berkhasiat bersesuaian dengan keperluan jantung kita. Kurang berminyak, lemak tak de, kukus ke, grill ke goreng minyak sket ke kan. 


Seramai 6 kumpulan bertanding yang terdiri daripada 2 orang peserta bagi setiap kumpulan. Lepas je diorang membeli belah di Aeon Big membeli bahan-bahan terus je diaorang kena masak di dalam jangkamasa yang diberikan. 






Tengoklah memasing kemain penuh bertenaga memasak di hadapan khalayak ramai kan

Ini adalah hasil air tangan bagi setiap kumpulan. 







Pertandingan masak ini di adili oleh Mary Easaw, IJN Chief Dietitian, Foong Pui Hing, IJN Principal Dietitian, Chef Marina Mustafa cookbook author & food stylist dan Muhammad Ali Jaleel, Muhammad Ali Jaleel, Country Manager for Philips Group of Companies in Malaysia and General Manager, Consumer Lifestyle for Philips Malaysia.
 


Mereka di adili dari segi nilai nutrisi, rasa, kebersihan, kreativiti dan cara makanan di persembahkan.

Yang menang adalah Team SAFRON yang menghidangkan pasta berserta spinach gravy yeahh



Ada demostrasi masakan daripada Chef Marina jugak, dia menyediakan 2 jenis hidangan menggunakan Philips Airfryer, senang benau aku tengoklah.

Hadiah-hadiah bagi:


Grand prize - Philips Viva Collection Digital AirFryer (worth RM1,699) dan Philips Electric Pressure Cooker (worth RM649) setiap seorang


Tempat kedua - Philips Viva Collection Digital AirFryer (worth RM1,499) dan Philips Electric Pressure Cooker (worth RM529) setiap seorang

Tempat ketiga - Philips Viva Collection AirFryer (worth RM1,499) setiap seorang

Finalist lain - Philips Soymilk Maker (worth RM529) setiap seorang


Seronok dapat join event cam nie, walaupun kita tak masak but at least kita ada idea dan dapat tahu cara memasak makanan yang berkhasiat kan. 

Thanks Philips for inviting me, dapat jugak bawak balik blender Philips yang comey ni tau..


Untuk info lanjut boleh check it out di https://www.facebook.com/MyFatCheck