Showing posts with label penyanyi Afgan. Show all posts
Showing posts with label penyanyi Afgan. Show all posts

Sunday, November 11, 2018

Konsert 'DEKADE' Afgan Live In Kuala Lumpur 2018

Hi Korang,

2minggu lepas kak lily berkesempatan ke Konsert DEKADE Afgan Live in Kuala Lumpur di Plenary Hall, KL Convention Centre.

Ya ampun sesungguh kawan kak lily yang hadiahkan sepasang tiket tuh tau.


Haruslah kak lily tak lepaskan peluang, padahal pagi tuh kak lily kat kampung Melaka so lepas je lunch terus je balik KL tau semangat nak tengok Afgan yelah ingat senang nak dapat tiket konsert Afgan ni, asyik sold out manjang je lah.

Sempat bergambar dengan Sasha Saidin, tinggi betul dia ni lah

Sesampai tuh, dah ramai betul orang especially perempuan lah kan, termasuk ahkak ko ni. Dapat bergambar di board Afgan pun jadilah daripada tak de, nak ambil gambar dengan dia ni memang payahlah coz bodyguardnya sekeliling tuh. Ingat ada sekali kak lily launching produk dan kebetulan Afgan dutanya ermmm selang 2-3 tapak je dari Afgan but still tak dapat nak ambil gambar dia sebab securitynya very tight. 

So tengok dari jauh jelah ek...

Ok gambar tak berapa nak sharp ye coz kak lily duduk jauh dari stage, yelah tiket orang biasa kan hahaha tapi puas jugaklah sebab clear pemandangan

sekejapan seat belakang tuh penuh tau


Konsert Afgan kali ini ternyata berbeza dari semua konsert yang pernah diadakan di Malaysia sebelum ini. "Konsert ini begitu peribadi bagi saya kerana ia adalah sebagai tanda penghargaan saya kepada semua peminat yang setia menyokong selama ini. Saya ingin membawa penonton secara peribadi mengikuti perjalanan karier saya di dalam industri dan berkongsi perasaan dan pengalaman selama 10 tahun bergelar anak seni. Berada begitu dekat dan intim ialah sesuatu yang belum pernah saya lakukan sebelum ini" kata Afgan. 

kecik nau plak Afgan ni ek, yelah dari jauh kan

Konsert DEKADE Live in Kuala Lumpur 2018 berlangsung selama hampir 3 jam dan dimulakan dengan lagu Jalan Terus yang memperlihatkan kemampuan vokal Afgan yang tersendiri. Kelainan susunan muzik serta persembahan vokal yang memukau berjaya membuai peminat ke dalam suasana begitu intim dan romantis dan menyaksikan rangkuman perjalanan karier Afgan bermula dari album pertama, Confession No. 1 pada 2008 hingga album terkini beliau berjudul, DEKADE. 


Momentum konsert diteruskan dengan persembahan Afgan menerusi lagu-lagu hits beliau sejak 2008 yang membuat penonton mula menari mengikut rentak lagu. Lebih 20 buah lagu dipersembahkan pada konsert ini menyaksikan rata-rata peminat menyanyi hampir kesemua lagu yang dipersembahkan. Sebaik konsert berakhir, seramai 100 orang pembeli tiket WIP dibawa ke sesi Meet and Greet bersama Afgan.


Seriously memang tak sedar 3 jam lebih berlalu sebab asyik duk nyanyi je kan, eh of courselah kak lily ni fans no. 1 Afgan. Most of the songs semua kak lily tau tapi yang english song tuh kak lily tak berapa gemar lah so yang tuh tak delah nyanyi-nyanyi.

Ruffedge pun ada gak, sedap wei lagu Bila Rindu tuhhh

Afgan yang diiringi The Gandarianz menyampaian seleksi lagu hits seperti Pesan Cinta, Love Again, Kunci Hati, Jodoh Pasti Bertemu, Sudah dan juga duet bersama kumpulan Hip Hop dan R and B Malaysia, Ruffedge menerusi lagu I'll Make Love to You. Gandingan Afgan dan Ruffedge cukup menyegarkan halwa telinga dan penonton terasa dibuai dengan kemerduan gandingan magis tersebut. Di samping penampilan yang cukup segar, kumpulan yang telah ditubuhkan lebih 20 tahun lalu turut mempersembahkan lagu Bila Rindu. 

Ketua Pegawai Eksekutif Nizra Production Sdn Bhd, Nik lruwan Nik lzani menyifatkan kejayaan konsert ini menyuntik semangat beliau untuk terus menghasilkan lebih banyak konsert antarabangsa yang berskala besar. Beliau juga amat menghargai sokongan peminat muzik di Malaysia khususnya peminat setia Afgan terhadap konsert ini. Konsert ini turut menyaksikan kehadiran Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin yang berkenan mencemar duli berangkat ke konsert ini dan para selebriti yang turut hadir adalah seperti Fazura, Fattah Amin, Zahirah McWilson dan ramai lagi. 

Konsert DEKADE Live in Kuala Lumpur 2018 turut mendapat sokongan Maybank, Hot FM dan Kool FM, Turkish Airlines, Redbox, E&O Residences dan Hamza Motors.

tq sebab temankan ek, walaupun tak minat hahahaha

Kalau ada lagi konsert Afgan, mestiah kak lily cepat-cepat dapatkan tiket ek. 












Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com


Monday, September 24, 2018

Soft Launch Konsert AFGAN Dekade LIVE In KUALA LUMPUR 2018

Hi Korang,

Penyanyi dan penulis lagu terkemuka Indonesia, Afgan akan kembali ke Malaysia untuk meraikan sambutan ulang tahun sedekad dalam industri muzik melalui Konsert DEKADE Live in Kuala Lumpur 2018 pada 3 November 2018 (Sabtu) bertempat di Plenary Hall, KL Convention Centre. 


Dianjurkan oleh Nizra Production Sdn Bhd, konsert ini merupakan hadiah istimewa dari Afgan buat peminat setia beliau sepanjang 10 tahun pembabitan dalam industri muzik. Konsert intim ini akan membawa penonton menyaksikan rangkuman perjalanan karier Afgan bermula dari album pertama, Confession No.1 pada 2008 hingga album terkini beliau berjudul, DEKADE. 

From Left : Ms. Jeannie Ng, Partnership Management Marketing Cards, Group CFS Maybank, Ms. Vichelle Woon, Vice President Marketing Cards, Group CFS Maybank, Mr. Nik Iruwan Datuk Nik Izani, CEO Nizra Production and Datuk Nik Izani Nik Ibrahim

Ketua Pegawai Operasi Nizra Production Sdn Bhd, Nik Iruwan Datuk Nik Izani berkata “Konsert ini begitu istimewa kerana Malaysia telah dipilih sebagai lokasi pertama sambutan ulang tahun ke-10 Afgan dalam industri muzik.” Dewan Plenary di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur telah dipilih sebagai lokasi rasmi konsert dimana ia mampu memberi suasana intim bersesuaian dengan objektif konsert. “Dengan mempunyai kapasiti untuk memuatkan hampir dua ribu lima ratus orang (2500) beserta kekuatan populariti Afgan di Malaysia, kita menjangkakan sebuah konsert yang sold-out”, kata Nik. Selain Nizra Production, turut sama hadir ialah Maybank selaku penaja rasmi konsert.


Jejaka kelahiran Jakarta, Afgansyah Reza atau lebih dikenali sebagai Afgan, telah memenangi lebih 50 buah anugerah termasuk Album Terbaik dan Artis Lelaki Terbaik di Anugerah Planet Muzik, sebuah majlis yang mengiktiraf kejayaan artis di rantau Asia. Penyanyi bersuara emas ini juga pernah berkolaborasi dengan artis seperti Shiela Majid, Rossa, Raisa, SonaOne dan terkini bersama Isyana Sarasvati dan Rendy Pandugo. Beliau juga pernah membintangi beberapa buah filem seperti Cinta 2 Hati dan Refrain dan program TV, termasuk menjadi juri bagi X Factor Indonesia. 

Album terbaru Afgan berjudul DEKADE telah dilancarkan baru-baru ini mengandungi 14 buah lagu termasuk 3 buah lagu dari album terdahulu. Pasti ramai peminat mengingati lagu-lagu hit beliau seperti Jodoh Pasti Bertemu, Panah Asmara, Bukan Cinta Biasa, Pesan Cinta, Knock Me Out, X (duet bersama SonaOne), dan terkini dari album DEKADE, berjudul Sudah. 

Terkenal dengan kekuatan vokal yang tersendiri, konsert ini pastinya akan membuai perasaan peminat Afgan sambil melihat perjalanan dan transformasi beliau bukan sahaja sebagai penyanyi malah perkembangan muzik Afgan sendiri. Konsert ini dianggap begitu dekat dan bermakna buat Afgan kerana ia akan memperlihatkan rangkuman pengaruh muzik yang membentuk kematangan beliau dalam industri hari ini. 


Tiket konsert boleh didapati bermula 21 September 2018 (Jumaat) dan dijual pada harga RM288 (Silver), RM588 (Gold), RM888 (Platinum) dan RM1288 (Diamond VVIP). Bagi pembeli tiket Diamond VVIP, akan menerima pas Meet and Greet berserta CD dan poster yang ditandatangani oleh Afgan. Manakala, berita baik buat pemegang kad debit dan kad kredit Maybank, sebanyak 10% diskaun ditawarkan untuk setiap pembelian tiket bagi semua kategori. Sebarang pertanyaan lanjut, sila layari https://premier.ticketcharge.com.my atau hubungi Hotline di talian 03-9222 8811. 

Diiktiraf sebagai salah satu artis lelaki terbaik di Indonesia, peminat Afgan akan dijanjikan dengan sebuah persembahan yang intim, berbeza dari sebelum ini dan yang paling utama sekali, membawa penonton menikmati sebuah perjalanan muzik yang indah dan menghiburkan.












Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com