Showing posts with label penyakit masa kini. Show all posts
Showing posts with label penyakit masa kini. Show all posts

Thursday, October 22, 2015

Deman Kepialu Pulak

Hi Korang,

Memacam penyakit pulak sekarang ni ek, ni yang terbaru pulak kan. Aku sendiri pun tak tau kan so better aku google dan sharekan info ni kat korang ek


Apakah itu Demam Kepialu?

Demam Kepialu adalah satu jangkitan bawaan makanan disebabkan oleh bakteria Salmonella typhi (S. typhi).

Seseorang yang dijangkiti oleh demam kepialu, membawa bakteria ini di dalam darah dan usus. Mereka boleh mencemari makanan dan minuman melalui penyediaannya dan boleh menjangkiti orang lain.

Di Malaysia, sejumlah 785 kes- kes demam kepialu telah dilapurkan pada tahun 2003 ( Kadar insiden 3.13 /100,000 penduduk )


Apakah jenis-jenis makanan yang biasa di kaitkan ?
Makanan yang tidak di bersihkan dengan sempurna
Makanan bercengkerang ( Etok, kerang, kepah, kupang, lala dan tiram )
Sayuran mentah (ulam dan salad)
Cendol
Susu mentah

Apakah tanda-tanda dan gejala ?

Kebiasaannya gejala akan muncul selepas 1 - 2 minggu tetapi ia juga boleh berlaku dari 3 hari hingga 3 bulan selepas pendedahan.

Gejala :
Demam berterusan dan berpanjangan, suhu melebihi 40 ˚C
Cirit birit
Sembelit
Sakit perut
Sakit kepala
Sakit badan / lemah / letih lesu
Kurang selera makan
Batuk tanpa kahak
Denyutan jantung perlahan ( bradycardia )
Ruam (bintik merah pada bahagian atas badan)
Bengkak limpa dan hati

Bagaimanakah penyakit ini merebak ?

1. Melalui makanan dan minuman yang tercemar oleh tinja (najis ) manusia yang mengandungi bakteria salmonella typhi.
2. Melalui makanan dan minuman yang di sediakan oleh pembawa bakteria (typhoid carrier)
3. Komplikasi Penyakit
Menyebabkan kematian jika tidak mendapat rawatan awal dan secukupnya

Seorang yang tiada tanda / simptom atau sembuh dari demam kepialu boleh menjadi pembawa bakteria kepialu (Pembawa Typhoid).

Rawatan

Perlu berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan awal.
Rawatan dengan antibiotik seperti chloramphenicol , ampicilin, ciprofloxacin biasanya diberikan


Bagaimanakah untuk mencegah Demam Kepialu ?

1. Basuh tangan dengan menggunakan sabun dan air selepas ke tandas dan juga sebelum menyediakan makanan
2. Hanya makan makanan yang telah masak sepenuhnya
3. Elakkan makanan dan minuman berisiko seperti sayuran mentah / ulam, buahan, makanan dari penjaja, ais semasa berlakunya wabak.
4. Minum air yang telah dimasak atau air yang telah dibotolkan.
5. Elakkan ais kecuali ais yang di buat dari air yang telah dimasak atau air yang telah dibotolkan
6. Mendapatkan Pelalian Vaksin Demam Kepialu
7. Kekalkan kebersihan dan sistem pembuangan tinja najis yang sesuai terutama salepas banjir atau bencana alam
8. Hanya gunakan air bersih untuk penyediaan makanan

So hopefully info ni dapat membantu kita semua kan daripada terkena, orang kata lebih baik mencegah daripada merawat.