Hi Korang,
King’s Potong, aiskrim yang digemari generasi demi generasi rakyat Malaysia telah kembali dengan pelancaran dua perisa baru yang sedap. Kali ini, King’s Potong juga mengambil kesempatan untuk mengemukakan wajah baru yang moden dan menarik. “Aiskrim Potong” merupakan pencuci mulut kita sejak zaman kanak-kanak lagi. Tanpa keraguan, perisa Kacang Merah, Pulut Hitam dan Durian adalah kegemaran tempatan sejak dulu lagi. Kini, King’s Potong telah melancarkan perisa Bijan Hitam dan Mangga Thai (Signature range).
Secara tradisinya, bijan hitam dihidangkan sebagai pencuci mulut panas yang berasal dari negara Jepun. Pencuci mulut ini merupakan perisa tradisi yang diturunkan sejak generasi dulu. King’s Potong menganjurkan perisa Bijan Hitam yang enak dinikmati tanpa sebarang kebimbangan dari segi gaya hidup yang sihat.
Bijan hitam lazim ditambah ke dalam pemakanan kalangan rakyat Asia atas sebab manfaat kesihatan seperti membantu dalam merendahkan tahap kolesterol, mengandungi sodium, sumber pembekal kalsium, besi, magnesium dan fosforus. King’s Potong Bijan Hitam menggunakan bijan hitam yang taraf tinggi dan menggunakan teknik memanggang untuk membekalkan aroma unik.
Kelazatan and kemanisan unik buah tropika mangga bukan sahaja sedap dimakan secara terus, malah ia juga amat sesuai untuk dijadikan perisa istimewa dalam bentuk aiskrim King’s Potong! Spesis buah mangga yang dipilih adalah Oak-Rong, ia merupakan mangga terkenal dari negara Thailand. Rasa mangga Thai ini yang memberikan rasa manis dan masam semulajadi merupakan faktor utama buah mangga ni digemari oleh orang ramai.
Sempena pelancaran kedua-dua perisa yang menakjubkan ini, King’s juga telah mengubahsuai penampilan dan warna King’s Potong dengan warna yang terang serasi dan penuh moden dengan perisa aiskrim Potong. King’s sentiasa memastikan wajah produk adalah mengikut trend terkini di pasaran dan pasa masa yang sama, mengekalkan inti pati aiskrim tradisional King’s Potong.
King’s Potong boleh didapati dalam beberapa saiz hidangan:
· Normal Range – RM1.40/batang, RM7.29/pek
· Signature Range – RM2.00/ batang, RM11.40/ pek
· Gold Range – RM5.30/ batang, RM29.80/ pek
· Twin Pack – RM13.90/pek
· Foampack – RM9.90/pek
Selamat makan korang!!!