Showing posts with label pencinta kopi. Show all posts
Showing posts with label pencinta kopi. Show all posts

Tuesday, February 20, 2018

Lepak Minum Kopi Di O'Briens

Hi Korang,


Hari tuh sebelum Raya Cina, dapatlah kak lily cuti sehari awal. Itu pun sebab ganti hari sabtu yang cuti tuh kan.

Ingatkan dapatlah berehat-rehat bangun lambat ermm idok lah ye.

Bebudak ni panggil mesyuarat tergempar pulak. Ishkk cuti-cuti pun nak ajak meeting.


Atas rekemen bebudak ni so melepaklah kami di O'Briens Cafe, The Curve ni. Akak lily pun senang gak nak pi, park si Evo tu kat MRT Kajang then naik je train ke Mutiara Damansara. Sempatlah lelap mata kan huahauhauhau

Best plak lepak kat O'Briens ni ek


Breakfastnya ohsem.

Korang pi je nak set breakfast yang mana jadi pilihan korang then order then bayar, kemudian diorang hantar je kat meja korang 




Mudah kan.

nampak perbezaan cawan antara kecik dengan beso

Kak lily hari tuh, siap bertambah-tambah minum kopi, sedap wei kopinya. Daripada cawan saiz kecik terus ke cawan besar.

Borak punye borak sampai tengahari kat situ, seronok wei selain daripada kopinya sedap, wifinya laju ya ampun.

kemain beso cawan sampai muka pun tak nampak


Sekali sekala lepak-lepak ala orang kaya kan hauhauhauhau













Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com

Sunday, August 13, 2017

SF Coffee Kini Tampil Berwajah Baru

Hi Korang,


Bagi peminat kopi sekalian, ada berita baik untuk korang tau..


Selepas menyajikan kopi paling baik selama hampir dua dekad, SF Coffee atau lebih dikenali sebagai San Francisco Coffee, kini hadir dengan wajah baru untuk rangkaian kedainya yang menggabungkan suasana nyaman dengan dekorasi yang diceriakan oleh hasil karya daripada para pelukis tempatan.

“Penjenamaan logo dan nama baru SF Coffee ini walau pun baru, namun ianya tetap tetap dikenali. Ianya merangkumi keseluruhan identiti korporat jenama tersebut, dengan aspek pembaharuan paling ketaranya iaitu kelainan konsep hiasan dalaman bagi setiap kedai juga peningkatan yang baik dalam menyediakan suasana yang lebih menyeronokkan khas untuk para pelanggan kami,” ucap Dato’ Jaya J.B Tan, Pengerusi Envictus International. 

Dato' Jaya and Sue San spill the bean on SF Coffee new look

Kedai baru ini direka sebagai perangsang emosi (Mood Modulator) untuk pelanggan sebaik sahaja mereka melangkah masuk dengan memberi kepuasan kepada lima deria rasa serta mencipta pengalaman yang menyeronokkan buat mereka.

“Rangkaian kedai kami kini menampilkan ciri baru dengan wajah lebih segar dan suasana nyaman lagi mendamaikan untuk para pelanggan menikmati kopi unggul kami, yang merupakan satu-satunya perkara yang kekal konsisten. Kami tidak akan memberi kompromi dengan kualiti kopi yang dihidangkan oleh SF Coffee,“ jelas Cik Koo Sue San, Pengurus Besar SF Coffee Sdn. Bhd. semasa memperkenalkan logo dan konsep kedai barunya, yang terletak di The Envictus di Petaling Jaya.

Cawangan yang berkeluasan kira-kira 1,600 kaki persegi di The Envictus itu dihiasi dengan warna terang yang nyaman dan selesa dengan elemen kayu. Rangkaian kedai SF Coffee lain yang diperbaharui akan menampilkan identitinya yang tersendiri bergantung pada lokasi. 

Thumbs Up to SF Coffee for having Top of the Crop Coffees and has served up freshly brewed look at the new rebranding launch today

Setiap rangkaian baru juga bakal mempunyai ruang bagi memaparkan hasil karya artis tempatan. Cawangan di The Envictus menampilkan hasil karya DuDu de Doodle, seorang penggemar kopi yang melukis gaya lukisan doodle bagi menyebarkan daya positif.

Pada masa ini, SF Coffee memiliki 37 rangkaian kedai bertema yang terletak di seluruh Lembah Klang, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang. Kini jenama ini mula meneroka pasaran Malaysia Timur bagi merancang pembukaan kedai di sana pada tahun 2018.


“SF Coffee telah bertapak di Malaysia selama hampir dua dekad dan transformasi ini adalah bagi memenuhi keperluan para pelanggan kami yang berubah-ubah, dan pelbagai sebab untuk mereka menikmati jenama kami supaya mereka dapat terus menghargai diri mereka sendiri dengan menghirup kopi paling segar, mendapat perkhidmatan terbaik dan pengalaman yang lebih menyeronokkan,” kata Koo.

“Kami mendapatkan biji kopi kami dari ladang kopi terbaik di seluruh dunia dan mencari yang luar biasa. Bagi menyalurkan pengalaman SF Coffee, kami memanggang kopi kami di sini bagi memastikan kesegaran yang paling unggul dan melatih barista kami supaya melambangkan budaya kami secara cemerlang memandangkan kami amat mementingkan proses membru untuk setiap cawan kopi yang bermula dari mendapatkan bekalan, memanggang, hingga ke penuangan ke dalam cawan,” tambah beliau.




Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com







Wednesday, December 9, 2015

Belajar Buat Biskut Halia Di The Coffee Bean & Tea Leaf Sempena Krismas

Hi Korang,

Demi kerana kopi, sanggup ku redah onak dan duri ke The Coffee Bean di Sinaran TTDI sabtu lepas. Betul ooo tak tipu punye, aku kira orang terawal sekali sampai ek hahahaha


Memang pencinta kopi betullah Cik Lily Putih ni oit!

Sebenarnya lah kan ktorang ada bloggers event bersama Coffee Bean tau sempena Krismas ni, eh makan-makan haruslah tidak dilepaskan ek








The Coffee Bean & Tea Leaf® (CB&TL) meraikan musim keriangan “Holiday Specials” dengan sajian lazat yang akan menceriakan lagi musim cuti korang. Raikan keceriaan dengan Toffee Nut Latte, Double Chocolate Peppermint Ice Blended dan Red Velvet Hot Cocoa atau sambut keriangan dengan Christmas Surprise Sampler, German Stollen, Classic Christmas Log, Sugar n’ Chai Cheesecake dan sudah pastinya, pilihan utama menu: Dundee Fruit Cake enak yang diinspirasikan dari Scotland!


“Berbeza dengan musim lain, pada musim keriangan ini, CB&TL ingin meraikannya sebaik mungkin dengan cara kami yang tersendiri – dengan berkongsi rasa kopi dan teh premium tulen yang lazat, ditambah dengan aroma tradisional musim Krismas dari negara-negara di Eropah,” kata Cik Fiona Rodrigues, Pengarah Pemasaran & Pembangunan di The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia. 

Dihasilkan oleh chef pemenang anugerah, Chef Johnny Loh, sajian musim perayaan ini terdiri daripada beberapa pencuci mulut tradisional inspirasi resepi-resepi klasik Eropah.


“Adalah satu penghormatan untuk menghasilkan menu musim perayaan ini berlandaskan idea keriangan – sebagai seorang chef, kegembiraan pelanggan adalah keutamaan saya apatah lagi setelah mereka merasai masakan saya,” kata Chef Johnny. “Ia juga merupakan satu cabaran yang menyeronokkan – hidangan klasik sememangnya sesuatu yang mencabar. Melalui menu istimewa ini, saya percaya saya telah menemui keseimbangan rasa yang tepat dan rakyat Malaysia pastinya akan meraikan musim perayaan ini sambil menikmati hidangan tradisional lazat di The Coffee Bean & Tea Leaf®.”

Part ni memang mak suker ni noks..




Ktorang para bloggers berkesempatan untuk belajar dari membuat gingerman biscuits daripada Chef Johnny. Si Ayu ni memang suker masak-masak ni then terus je volunteer nak jadi assistant Chef. Eleh sebenarnya dia nak glamer kan hahahahaha tipu arrr, saje nak sakitkan ati ko je ayu hehehhe..






Kemudian, ktorang berkesempatan untuk mendeco gingerman biscuit ni. Hah memang rupa ada, yang mata juling, yang pakai baju, yang pakai spender kat luar pun hado gak. Ikut kreativiti memasing katanya. Aku buat simple-simple sudah janji dapat rasa cam proses mendeco tu di lakukan ek.. hehehhehe


Ramai yang buat lagi cantik daripada aku of courselah kan. So pening-pening jugak Chef Johnny nak pilih yang mana paling cantik di antara yang cantik dan akhirnya biskut gingerman milik blogger Bowie yang berjaya menambat hati Chef Johnny..

Selain daripada itu, pelbagai hadiah edisi terhad turut disediakan, antaranya “Holiday Blend” dan “Coffee Duet” serta set-set hadiah yang pastinya dapat menceriakan sesiapa sahaja, kesemua ini boleh dinikmati dalam cawan eksklusif dan bekas minuman yang juga boleh dijadikan hadiah menarik!




Dengan setiap sambutan keriangan, CB&TL terus menyokong Persatuan Systemic Lupus Erythematosus Malaysia melalui hasil jualan Tag Hadiah yang direka khas – dijual dengan harga serendah RM2, setiap hasil jualan akan disalurkan kepada Pusat Sumber Lupus Malaysia persatuan tersebut.

Systemic Lupus Erythematosus (SLE) merupakan penyakit auto imun kronik yang tidak boleh diubati, di mana badan menghasilkan jumlah antibodi yang banyak sehingga memberi tindak balas kepada tisu seseorang, dan ia selalunya dihidapi oleh kaum wanita. Di Malaysia, dianggarkan 10,000 individu telah didiagnosis dengan SLE sejak 30 tahun lalu namun Persatuan ini percaya jumlah sebenar adalah jauh lebih tinggi, dengan banyak individu yang masih tidak didiagnosis. Persatuan ini bergantung kepada sumbangan orang ramai dan sokongan korporat, seperti inisiatif Blue Tiger Tea CB&TL, untuk menjayakan aktiviti-aktiviti mereka.


Untuk lebih maklumat tentang tawaran Krismas CB&TL, berita dan promosi, layari laman Facebook CB&TL, www.facebook.com/CBTLMalaysiaPage atau laman web www.coffeebean.com.my

Selamat makan biskut gingerman korang ek!


Thursday, November 26, 2015

Coffee Legend, Cawan Kopi Beso Bakhang!

Hi Korang,

Aku dah terperasan gerai ni sejak minggu lepas.

Time ktorang lalu tu lah, gerai akak ni mesti dah kemas-kemas nak tutup kan .

So sabtu lepas ktorang lalu lagi dengan harapan bukak lagi lah ermm hampeh tinggal payung gerai jelah yelah masa tuh pun dah pukul 6.30 petang. 

Sudahnya pagi ahad tu, lepas aku abis running event kat Putrajaya ktorang pi pasar tani Bangi. Alah pegi pun dah kul 11 cam tu so apolah yang tinggal kan. Beli barang dapur kering then terus balik. Sekali on the way balik lalu depan gerai Coffee Legend ni. Eh bukak plak... ada rezeki ye nampaknya kan.


Alah kecik je gerainya tepi jalan belakang PKNS tuh.



Ada variety flavour of coffee, ikut korang lah nak pilih yang mana kan. 



Tengok cawannye memang beso bapak giler arghh.. Seronoklah bagi pencinta kopi ni kan. Minum sepuasnya. Nampak cam ais banyak tapi sebenarnya diorang buat lebih pekat dan lebih manis so bile mix dengan ais tu boleh dilute la rasanya so tak delah korang minum kejap je dah rasa tawar leseh kan...



Berbaloi lalu lalang pagi ahad tu ek, nampak muka orang-orang yang happy dapat minum kopi cawan besoooooo