Showing posts with label pearl international hotel kl. Show all posts
Showing posts with label pearl international hotel kl. Show all posts

Wednesday, February 15, 2017

Staycation At Executive Lounge ON 23 @ Pearl International Hotel

Hi Korang,

Ermm tidur hotel di hujung minggu memang membahagiakan jiwa.

Walaupun hanya di sekitar Kuala Lumpur je tapi perasaannya macam bercuti kat oversea yelah dapat layanan istimewa tanpa memikirkan apa nak masak, nak kena basuh baju, kemas rumah bagai kan.


Last 2 weeks, kitaorang bercuti di Executive Lounge ON 23 @ Pearl International Hotel. 

Kalau korang perasan, hotel ni betul-betul terletak di jalan besar iaitu Jalan Klang Lama dan tentu-tentu korang assume yang hotel ni bising yang amat kan but no ye..

Nak tambah lagi best, kitaorang bercuti di Executive Lounge ON 23 ni lah.


Sebenarnya Executive Lounge ON 23 hanyalah untuk para tetamu yang memjadi ahli ‘Platinum Plus Member’ di Pearl International Hotel ni. So secara automatiknya kitaorang dapat guna segala kemudahan yang disediakan untuk ahli ‘Platinum Plus Member’ ni. 

Di antara kemudahan menjadi ahli adalah:-
  • Complimentary 2D1N stay in Pearl Premier Room
  • Complimentary One Bottle of Red / White wine
  • Complimentary birthday cake
  • Complimentary One Tea Time Set at Executive Lounge ON 23
  • Complimentary One Cocktail Hour Set at Executive Lounge ON 23
  • Complimentary International Weekend Hi-Tea for Two at Cafe 5
  • Complimentary Buffet Dinner of your choice for Two at Cafe 5
  • Complimentary Extension of one year membership for any celebration

Yang penting sekali yuran keahlian untuk ‘Platinum Plus Member’ adalah cuma berharga RM500+ setahun. 

Jom aku bawak korang tengok bilik kitaorang ek.

katilnye best, bantal empuk sampai tenggelam di buatnya

selfie sket


bathrope pun hado 


yeah ada kopi sekali.. awesomee


la itik plak tak bawak ek


Nampak!!

sudah dia cakap, nak pi cari sofa ni, selesa benau

Esklusif kan itula.... Mr Big sampai malas nak keluar bilik sebab nak tidur je katanya hahahaa

Tea Time Set at Executive Lounge ON 23



Lepas je tidur baring dalam bilik tup-tup perut rasa lapar pulak. Ishk tak makan saman betul perut ni lah. Tup-tup teringat bila kita duduk Executive Lounge ni dapat compliment Hi Tea kan so apa lagi, jom pi minum. 




ini pusingan pertama, malu-malu nak makan


Wow walaupun simple tapi sedap tak henggat dan terus bertambah-tambah kitaorang makan kat situ, pekena pulak secawan cappuccino lagilah terangkat minum petang kat situ. Sambil borak-borak dengan blogger shakiddo sekali kan. 

Habis hi tea, malas nak keluar drive kitaorang berdua jejalan kat bawah hotel ni je.

jejalan jap kat sini

dah kenape pose cam tu ek.. ishk laki aku ni lah

Rupanya Pearl International Hotel ni ada shopping mall sekali ye Pearl Shopping Mall, memacam ada jual tapi aku tak beli apa pun just cuti mata je. Kemudian kitaorang ke Pearl Shopping Gallery di sebelahnya. Ada linked bridge so tak kena panas langsung la kan, mostly banyak tempat makan kat mall ni. Aku tak makan pun just pi Jaya Groccer beli biji kopi untuk office je. 

Cocktail Hour Set at Executive Lounge ON 23


Naik je bilik lapar balik. So apa lagi pi lepak kat Lounge lagi untuk Cocktail pulak.


Eh dah nama pun complimentary kan so haruslah gunakan segala kemudahan yang ada. Ok makan lagi kerjanya asyik makan jelah hehehehe


muka ceria memasing sebab dapat makan non stop


Sampai dah tak ingat nama semua makanan ni. Yang penting bila habis boleh refill dan menu setiap hari tak sama ye depend on chef. 

Malam tu kitaorang ada BBQ night dinner di swimming pool. BBQ ni sebulan sekali je tau dalam minggu pertama so yang tu aku citer kat entry lain ek, sebab panjang dan banyak nau gambar nanti hehehehee

blogging la sangat, tido lagi baikk

Balik bilik buat keje-keje blogging pulak, walaupun bercuti kerja mesti jalan ye 

Breakfast Set at Executive Lounge ON 23



Pagi ahad tuh, of courselah breakfast pulak di Executive Lounge ON 23 ni ek

View memang cantik dari tingkat 23 tuh. Cantik je pandang area Puchong, Jalan Klang Lama pun kosong je.

nampak makanan je jadi sawan ek





Pilihan spread buffet tak delah banyak macam makan kat Cafe 5 tapi semuanya menyelerakan sambil menikmati keindahan alam.



tak reti nka buat ni kat umah lah


Makan sampai kenyang ye hehehehhe


Balik bilik rehat-rehat je, tak pi swimming pun sebab baju lupa nak bawak huahauhauhaua

Itulah kisah percutian singkat kitaorang di Pearl International Hotel ni, simple but menyeronokkan. Memang berehat sepenuhnya lah.

La tak tau hotel ni kat mane ? ishk korang ni malu i wokehhh

Pearl International Hotel
Batu 5, Jalan Klang Lama,
58000 Kuala Lumpur

Tel: 603-7983 1111
Fax: 603-7983 2211





Aku rasa cam berbaloi pulak harga membership tuh, macam nak join je lah…


Tuesday, January 17, 2017

Makan Kari Kepala Ikan di Pearl International Hotel Kuala Lumpur

Hi Korang,


Kari kepala ikan siapa suka, angkat tangan lekasss!!!

Ye saya saya saya…

Nak masak sendiri? Ermm memang tak lah kan. Korang ingat senang ke nak masak kari kepala ikan yang kaw kaw sedap tuh, unless korang memang kaki masak lah kan. Tapi yang betul-betul authentic ? reti ke masak ek hehehehhe.

Kalau ikut aku senang je, pi Pearl International Hotel kat Jalan Klang Lama tuh dan korang boleh rasai sendiri kesedapannya sebab ianya di masak oleh Chef Narahari yang di terbangkan dari Delhi India tau.


Ermm tengok ni, tempting kan..


Nampaknya kepala ikannya, lapar laparrrrr

Set menu kari kepala ikan ni di datangkan dengan sepinggan nasi putih bersama acar timun dan papadom. Alah nak order nasi extra pun boleh ye


Harga set menu Kari Kepala Ikan ni adalah RM38.00nett untuk seorang makan dan minimum order untuk 2 orang makan ye. So kalau ada orang ketiga tuh just order nasi extra je sebab banyak giler kot portion kari ni tau. Aku hari tuh pun cam tak habis makan dibuatnya


So apa lagi meh singgah ke:

Cafe 5,
Pearl International Hotel, 
Batu 5, Jalan Klang Lama 
58000 Kuala Lumpur Malaysia

PHONE: 603-7983 1111 
FAX : 603-7621 9777








Dah apa lagi tunggu jom menjamu selera ek !!