Showing posts with label pavilion kl food court. Show all posts
Showing posts with label pavilion kl food court. Show all posts

Wednesday, May 8, 2013

Sedap Jugak Makan Di FOOD REPUBLIC Pavilion

Hi Korang,

Aku memang jarang pi makan kat memana food court kecuali KLCC dan PERTAMA Complex. Sebab kat sana ada 2 jenis makanan yang sedap iaitu mee kari kerang lebih dan pan mee untuk orang kurus.

Memang awesome lah!


Last week  masa lepas je shopping barang dapur kat Mercato,tak de menda nak buat ktorg pi cuba makan kat food court ground floor Pavilion ni.

Namanya bukan food court ye but FOOD REPUBLIC.

Barulah nampak high class sket.

Alah bukan makan apa pun, sekadar lepak-lepak je nak hilangkan dahaga bershopping tadi.


Dalam area Food Republic ni ada memacam kedai makan, yelah nama pun food court kan. Korang boleh makan segala jenis makanan baik local food mahupun western food. Ada gak restaurant macam Tony Roma’s, Madam Kwan, JCo Donuts, Ichiban Ramen, Chinese Restaurant, fast food pun ada gak tau.

Mr Big beli KuayToew Goreng dan Rojak Buah . Minum fruit juice dan air kosong je. 

Kuay toew Goreng

Nampak sedap kan. Ternyata memang sedap dan sedikit pedas. Udang beso-beso ada 2-3 ekor. Of course kuayteow lebih banyak dari sayur.

Rojak Buah

Alah sama je cam rojak buah kat tempat lain tapi yang specialnya ada sotong banyak. Rasa macam makan sotong kangkung plak. Kuah rojaknya tak cair dan tak pekat. Ada plak keropok macam papadom 2 keping.


Air order fruit juice dan mineral water. Maklumlah dua-dua minum cam unta kan.




Alah korang tengok jelah Keek aku ni. Kelakar pun aku rasa suara aku cam berdepek je, langsung tak sedap kan. Biasalah aku memang tak reti nak control-control ayu macam kak jem. Dia memang ayu semedang je.  Hkahkahkahakha

Anyway kalau dah nama food court harga boleh kira berpatutan lagi but di Food Republic ni agak pricey sket tapi takde lah mahal sangat. Standard sekeping kuayteow yang aku makan tu dalam RM9.90. Rojak buah tu RM7.90. Rasanya pertambahan harga dalam 2-3 ringgit dari harga asal.

Kira oklah tu, lagipun sedap.

Dah itu je.

Lain kali nak datang ke sini lagi lah, nak cuba makanan lain plak. Nampak stall Little Taiwan tu cam menarik je makanannya.

Selamat Makan Korang!


Info: some photo amik dari google.com