Showing posts with label pasaraya Lulu. Show all posts
Showing posts with label pasaraya Lulu. Show all posts

Saturday, December 29, 2018

5 Hari Jumbo Sale Di LULU Hypermarket Kuala Lumpur

Hi Korang 

Hujung tahun ni bonus dah masuk kan ??? hehehhe 

Apa lagi jom shopping lah kan. Mesti dah terfikir apa yang korang nak beli kan, macam kak lily tak de apa sangat pun just cari baju kerja dan barang-barang rumah je. Apa lagi nak di belikan, cukuplah apa yang ada ni. 

Tapi barang-barang dapur nak kena beli jugak kan. 


So kak lily ke Lulu Hypermarket dan Department Store di Cap Square Kuala Lumpur ni. Yelah lama benau tak pi kan, tukar angin lah sket. Tengok barang-barang segar di pasaraya Lulu ni. 

Rupa-rupanya Lulu Hypermarket sedang mengadakan promosi JUMBO SALE tau. Jualan murah ini bermula dari semalam 28 Disember 2018 hingga tahun baru nanti iaitu 1 Januari 2019. Hanya lima hari sahaja sale ini yang korang boleh beli dengan harga diskaun lebih daripada 50%. 

Potongan Rata 50% 

Ada 2 promosi jualan murah dalam JUMBO SALE ini dimana yang satu ni potongan rata 50%. 








Untuk ini hanya terpakai pada semua barangan fesyen khas untuk wanita, lelaki dan kanak-kanak serta bayi. Ada beberapa jenama yang korang boleh dapat untuk promosi 50% ini iaitu seperti John Louis, Arezzo, Eten, Puppet, Sunnex, Allen Solly, Ruff, Cortigiani, Twills, Lero, Xemberg, Marco Donateli, Tag Basic, Louis Philippe, Pravo, De Backers dan Tag Rider.  




Kebanyakan jenama ni kita jarang dengar kerana ia jenama in house mereka yang berkualiti dan juga menghasilkan produk mampu milik. Macam-macam design terkini dan juga rekaan yang memenuhi kehendak rakyat Malaysia. Kak lily pun pening wei sebab banyak nau barangan murah yang kak lily minat ni hah 





Bila sampai ke bahagian wanita ni, mulalah menggila kan sebab murah dan cantik-cantik belaka. Kita orang perempuan suka lah kalau ada jualan murah macam ni untuk pakaian wanita dan juga untuk barang seperti beg tangan wanita dan kasut. Sila naik ke tingkat satu tau untuk dapatkan semua ini. 

Potongan Sehingga 50% 

Promosi yang ni adalah potongan harga sehingga 50% untuk beberapa barang terpilih. 






Yang ini merangkumi barangan di bahagian Supermarket. Masuk-masuk dari pintu depan tuh dah nampak tag-tag kuning yang tergantung menandakan harga-harga murah yang ditawarkan. Lagi kedalam korang berjalan, lagi banyak tag kuning ni tau

Promosi Barangan Elektrik dan Home Style, Tingkat 2 

Selain itu juga, promosi ini untuk berangan keperluan elektrik/elektronik, noon-food, barangan kelengkapan rumah, perabot rumah, telefon, produk IT, mainan, bagasi, peralatan sukan dan alat tulis. 










Ni kak lily tunjukkan beberapa gambar promosi di Home Style plak ek









Selain daripada JUMBO SALE ini kat LuLu Hypermarket juga ada promosi Back to School Saver. Khas kepada ibu bapa yang buat persiapan saat akhir untuk keperluan anak-anak nak masuk sekolah tahun baru ini. Masih sempat lagi nak beli dan dapatkan harga murah sangat dan tak perlu bebelanja lebih. 

Promosi Lulu Celebrate 




Ada jugak promosi saree di bahagian LuLu Celebrate. Kak lily suka department ni sebab kat sinilah kita boleh mendapatkan seperti Indian Saree, Churidars dan Lehangas. Promosi ni pun tempoh sama juga lima hari sahaja dengan potongan sehingga 40%. 

Ni kak lily sharekan beberapa barangan lain lagi yang dipromosi tau. 







Dah lah tuh apa tunggu lagi, harga tengah murah ni so baiklah korang pi borong kan sementara duit bonus masih melambak-lambak tuh kah hehehhe 


Jom ke : 

LuLu Hypermarket, 
Lot 159, 
Persiaran CapSquare, 
Off Jalan Munshi Abdullah 
50100 Kuala Lumpur 

Keterangan lanjut mengenai promosi di Lulu Hypermarket boleh layari, 

Website : 

Mari LIKE dan FOLLOW mereka di social medie berikut : 

Facebook Page : 

Instagram Link : 


Wednesday, October 24, 2018

Majlis Penyampaian Hadiah Sempena 2nd Anniversary Shop & Win Serta Promosi Hebat Deepavali Di Lulu Hypermarket

Hi Korang, 


Dah lama betul tak ke Lulu ek!! 

Eh bukan apa, jarang lalu ke sana so tak delah singgah so tup-tup last weekend ada kerja kat sana so singgahlah shopping kan hehehehe 

Rupa-rupanya Lulu Hypermarket and Department Store sudah 2 tahun beroperasi di Malaysia sebagai sebuah pasaraya pilihan ramai. Seriously kak lily memang gemar membeli belah kat sini kerana semua keperluan ada di sini dari keperluan diri hingga ke barangan rumah. 


Kalau korang nak tau yang Lulu Hypermarket ni beribupejabat di Abu Dhabi dan mempunyai 45,000 pekerja di 154 cawangan serata dunia termasuklah di Malaysia. 

Inilah cawangan pertama di Malaysia iaitu di Jalan Munshi Abdullah, Kuala Lumpur. 

Kak lily dengar cerita tahun depan Lulu akan buka lebih banyak cawangan di 1 Shamelin, Setia City Mall, Bangi Gateway dan Perling Mall Johor Bahru. Jadi lepas ni lebih meriah nak shopping banyak-banyak di Lulu. Ermm Bangi Gateway, hebatlah tuh ek setiap minggulah kak lily ke sana nanti. 

Acara Penyampaian Hadiah Shop and Win 2nd Anniversary Contest. 

Kak lily sempat ke majlis penyampaian hadiah peraduan Shop & Win 2nd Anniversary sebelum membeli belah hari tuh. 


Peraduan yang telah dianjurkan sejak 4 May tahun ini telah berakhir pada 31 Ogos lalu memperolehi penyertaan lebih daripada 200,000 kupon cabutan daripada pelanggan setia. Cara penyertaan mudah jer mereka perlu bebelanja di Lulu Hypermarket RM50 dalam satu resit dan layak untuk menyertainya. 

Kenapalah kak lily tak join contest ni ek, senang je nak menang… 

Mr Asif Moidu Ahamed Pengarah Serantau Lulu Hypermarket and Department Store 

Datin Hajjah Foziah Gous Pengasas FGWalet 

Hadiah yang ditawarkan juga hebat-hebat iaitu hadiah utama 2 buah kereta Myvi, manakala 4 buah motorsikal Yamaha Lagenda 115z dan juga 10 buah telefon pintar Huawei P10. 

Pemenang hadiah utama 2 buah kereta Myvi

Pemenang kedua, 4 buah motorsikal Yamaha Lagenda 115z

Pemenang tempat ketiga, telefon pintar Huawei P10

Tahniah kepada semua pemenang kalau korang nak tahu senarai pemenang boleh ker laman web mereka. 



Majlis penyampaian hadiah dimeriahkan dengan persembahan beberapa tarian tradisional kaum-kaum di Malaysia dan juga kehadiaran pelakon yang hebat iaitu Datin Hajjah Foziah Gous yang merupakan pengasas produk FGWalet yang boleh dibeli di Lulu tau yang sekarang ni pun tengah ada promosi lagi.


sedaplah kak lily dah rasa dah

Siap ada cabutan bertuah tau bagi para pelanggan Lulu petangnya, hadiah sumbangan FGWalet lagi ek. Ini pun kak lily tak sempat nak join gak… 

Potongan Sehingga 70% Sempena Deepavali 

Kalau korang ke pasaraya Lulu ini, untung wei sebab Lulu Hypermarket sedang mengadakan promosi untuk sambutan perayaan Deepavali yang akan tiba tidak lama lagi. 


Bermula 19 Oktober hingga 6 November 2018 terdapat tawaran hebat pada semua barang keperluan perayaan seperti pakaian, kasut, beg wanita, Churidars dan Sarees sehingga 70% diskaun


Kalau korang naik tingkat 2 di bahagian Lulu CELEBRATE memang banyak sangat pilihan pakaian untuk perayaan cahaya ini. Cantik-cantik dan terkini dengan harga sangat murah. 







kemain ko kak, nak melaram je


Saree sangat cantik-cantik wei, sempat jugak kak lily mencuba wokeh. 

Ini tidak termasuk jualan murah pada item promosi dari produk harian, barangan runcit, produk kesihatan / kecantikan, rumah tangga dan kelengkapan rumah serta IT / Mobile dan barang elektrik. Itulah kena check it out selalu Facebook Page Lulu Hypermarket ni tau. 







Terdapat promosi terpilih dengan potongan sehingga 50% diskaun dari kategori lain termasuk bahagian barangan segar, kedai roti, makanan runcit, keperluan peribadi, isi rumah, perabot rumah, elektrik, mainan, bagasi dan alat tulis. Sudah tentu, ini adalah cara yang sempurna untuk meraikan kedatangan Deepavali yang disambut seluruh rakyat Malaysia pelbagai kaum dan bangsa. 


Nampak inilah hasilnya kalau kitaorang berbelanja kat sini, mesti troli penuh dengan barang-barang melimpah ruah kan 

Jom kita membeli belah di Lulu Hypermarket ek 

LuLu Hypermarket, 
Lot 159, 
Persiaran CapSquare, 
Off Jalan Munshi Abdullah 
50100 Kuala Lumpur 


Keterangan lanjut mengenai promosi di Lulu Hypermarket boleh layari, 

Website : 

Mari LIKE dan FOLLOW mereka di social media berikut : 

Facebook Page : 

Instagram Link : 












Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com