Showing posts with label parking di MAHA. Show all posts
Showing posts with label parking di MAHA. Show all posts

Thursday, November 27, 2014

Gambar | MAHA2014 - Sekitar Pameran Pokok & Buah-Buahan Tempatan

Hi Korang,

Entry ni tak nak citer bebanyak coz nak kasi korang tengok gambar-gambar je.

Aku ke MAHA 2014 ni semalam tengahari time lunch, bos garang tak de pi JB so dapatlah balik lunch lambat sket kan. 


Don't worry parking memang banyak coz dari tempat parking di sediakan shuttle bus untuk ke pintu utama MAHA yang berlangsung di MAEPS ni. 

Aku cuma sempat ke pameran pokok-pokok dan buah-buahan tempatan je sebab masa tak mengizinkan. 

Ni tengoklah sendiri

Ini di bahagian buah-buahan tempatan, alah under FAMA gituh ek

rock melon


limau boom

pisang montel

nenas johor

durian belanda

labu


Ini kat bahagian jualan pokok-pokok plak, daripada anak pokok sampai ke bapak pokok pun ada. Segar je mata bila tengok semua hijau-hijau je depan mata lah.




pokok limau

besarkan buah mangga ni

cam rumput pun ado

besar betul cili hijau ni ek

Ini bahagian bunga orkid plak, ermm kalau mak aku ada ni mesti kereta penuh dengan pokok bungan orkid ni. Yelah ada pelbagai jenis baka. Yang mahal ada, yang murah ada, yang rare pun ada jugak














Ok ni aku nak tunjukkan sket beberapa jenis anak-anak pokok yang aku rasa  korang cam terkejut sket bila baca nama-namanya ek

pokok gajus


durian belanda

kundang

ciku mega vietnam

jambu madu Thailand

kurma Thailand

epal bidara

ceri barbados

nona king

asam gelugor kahwin

durian duri hitam

cempaka putih

pokok kesidang

longan berlian

Hah, rasanya dah banyak benar letak gambar kan. Mesti korang rambang mata dibuatnya.  Sangat-sangat meriah tau. Kalau boleh bawak duit banyak sket coz kat bahagian ni je, aku berjaya habiskan hampir RM60 ringgit membeli-belah buah, sayur dan anak pokok comel-comel. Eh yang pokok tuh untuk mak aku lah.

Orang memang sangat ramai, cuti sekolah kan.


Ini baru suku bahagian yang sempat di cover selama 2 jam, belum naik ke dewan pameran lelain lagi. Seelok-eloknya aku cadangkan datang awal-awal pagi so boleh cover seluruh kawasan pameran MAHA 2014 ni.

Jangan lupa bawak payung sebab standby hujan, guna bagpack sebab senang nak simpan barang, pakai kasut yang selesa untuk berjalan jauh dan please tenaga yang cukup untuk berjalan. 

Selamat mengabiskan duit korang....