Showing posts with label panty liner. Show all posts
Showing posts with label panty liner. Show all posts

Sunday, September 4, 2016

AMEZ Care Panty Liner Boleh Kurangkan Senggugut Period Pain

Hi Korang,


Masalah senggugut memang tak boleh lari dari kita-kita orang perempuan ni. 

Sejak dari kita anak dara sunti lagi hinggalah ke hari ni, kita still kena penyakit bulanan ni ek. Sudahnya untuk hilangkan dan redakan kita sapu minyak panas atau pun tuam dengan anak lesung untuk pecahkan angin-angin dalam perut tuh ek.

So ni aku nak kongsikan sket dengan korang ada satu produk pad yang mampu meredakan sambil menjaga kebersihan ‘private part’ kita tuh. 

Ini dia

Amez Care 

Amez adalah salah satu jenama untuk tuala wanita dan pantyliner berherba. Ada beberapa bahan semula jadi yang diekstrakkan ke dalam tuala wanita ini termasuklah aloe vera, peppermint, tea plant, chamomile dan lavender. Napkin Amez ni dihasilkan melalui teknologi far infrared, nano silver dengan kelebihan ion-ion negatif.



Rangkaian Produk Amez Care 


Terdapat empat jenis rangkaian produk di bawah jenama Amez ini iaitu Amez Care Day Use, Amez Care Night Use, Amez Care Pack dan Amez Care Pantyliner. 

Di antara bahan yang terkandung di dalam Amez Care iaitu:-

1. Aloe Vera - Ini adalah antiseptik yang kuat yang akan melegakan kulit dan membersihkan kawasan sensitif tubuh wanita.

2. Peppermint - Ini melawan jangkitan dan bakteria. Di samping itu, ia berkesan menghilangkan kesakitan dan membantu menghilangkan gejala haid menyusahkan.

3. Tea Extract Plant - Ini alat bantuan bahan dalam peredaran darah dan mengurangkan peluang pembangunan darah beku.

4. Chamomile Oil - Ubat herba melawan jangkitan, memerangi penindasan mental, dan mengurangkan keradangan.

5. Lavender - Ini membantu dalam penghapusan ketegangan saraf, mengurangkan kesakitan, membasmi kuman kulit, dan melegakan kebimbangan dan kemurungan.


Sebab penting kenapa korang kena mencuba Amez Care ini :- 


1. Tuala wanita Amez direka khas dengan cuff kaki 3D yang sangat unik dan selesa 

2. Permukaan atas tuala wanita sangat lembut dan berlubang yang membolehkan untuk penyerapan optimum 

3. Mempunyai lapisan perlindungan di bahagian permukaan tuala wanita yang direka khas untuk melindungi habuk 

4. Kertas gam yang melekat pada bawah permukaan tuala wanita sangat kuat, kalis air dan memberikan keselesaan yang tinggi pada si pemakai 


Pengalaman mencuba Amez Care Panty Liner ni 


Ye aku dah cuba ketiga-ketiga sekali. Memang rasa sangat selesa sepanjang hari masa aku pakai, selalunya kalau guna panty liner biasa lepas 3-4 jam aku dah tukar sebab lembab dan tak selesa tapi tidak dengan Amez Care ni. Even sampai balik pun still kering je aku rasa. 


Harga Amez Care adalah seperti berikut:- 


Amez Care Pantyliner Bio Herbal Sanitary Functional Daily Pantyliner (RM11.90) 

Amez Care Day Use Bio Herbal Sanitary Functional Napkins Pad (RM12.90) 


Amez Care Night Use Bio Herbal Sanitary Functional Napkins Pad (RM12.90) 

Amez Care Pack Bio Herbal Sanitary Functional Napkins Pad (RM9.90)


Untuk sebarang pembelian atau mengetahui produk Amez Care dengan lebih lanjut boleh layari :-

Facebook Amez Care : 

Instagram Amez Care : 

Website Amez Care : 

Belian Online : 

Atau korang boleh beli je terus dekat Aeon Wellness Midvalley.

Thursday, January 2, 2014

SNOWDROP Cloth PAD, Ke Arah Lebih Sihat

Hi Korang,

Untuk tahun baru ni, aku rasa cam nak ubah sket lifestyle aku ke arah back to nature. Kengkonon nak save the earth gituh.

So langkah pertama, memperkenalkan

Snowdrop Cloth pad

Sebagai ganti kepada disposable panty liner dan juga pad.

Ermm apmacam, gaya kan?


Itulah..

Sikit sikit lelama jadi bukit. Tak bolehla sekali rap nak berubahkan. 


Ok nanti review aku ye mengenai Snowdrop Cloth Pad ni


p/s: blog thru iPad je coz dah malam ni, malas nak ON laptop. 

Saturday, June 22, 2013

L.U.L Penyakit Wanita Berumur Masa Kini

Hi Korang,

LUL tak sama dengan LOL ye, its totally different.

Light Urinary Leakage (LUL) atau Lemak Kawalan Kencing memang salah satu daripada penyakit wanita berumur macam aku ni. Kira macam dah jadi trend plak kan penyakit ni. Nampak macam simple tapi ermm payah nak cakap lah.


Wah kelas sungguh ayat kan. Kekonon nak menulis cam wartawan tapi habuk pun tarak. Hehehe..Ok ni aku nak citer sket pasal workshop yang sempat aku hadiri anjuran Poise mengenai L.U.L ni di Aloft Hotel kat KL Sentral tuh.


Cam biasa register dulu, then kemudian main game sementara tunggu orang lain sampai dan event start. Aku main 2 game dan menang hadiah gak lah, apa lagi barangan Poise lah.

Di samping tu dah gak kawan baru, dapat kenal dengan tokeh kek lapis Sarawak best gak, confirm2 aku dah dapat diskaun dah untuk promote product dia hehehe..


Speaker pada hari tu ialah Dr. Seri Suniza Sufian, Consultant Obstetrician and Gynecologist, Dr. Hariyati Shahrima Abdul Majid, Clinical Psychologist and Asst. Professor of Psychology, Neng Shahidah Sabullah, Women’s Health,  Physiotherapist; Jasmine Loh (Asst Brand Manager),  Kimberly-Clark Malaysia, tak ketinggalan juga DUTA Poise, Raja Azura.



Ok meh kita recap sket pasal LUL ni ye

Apa itu Lemah Kawalan Kencing (LUL)?

Ianya merupakan masalah kesukaran mengawal pengeluaran air kencing di mana otot lantai pelvik wanita menjadi lemah sehingga tidak cukup kuat untuk menahan air kencing daripada mengalir keluar.


Bergerak sket je, tup-tup nak ke toilet dengan tak sempat-sempat, itulah dia LUL

Punca terjadinya Lemah Kawalan Kencing ni?

Batuk, ketawa,bersin,  usia meningkat, ketidakseimbangan hormon dan sewaktu mengandung


Ada ubat?

Langsung tak de. Kita kena belajar control pengawalan kencing tuh dengan senaman pelvic floor muscle dan juga menggunakan tuala wanita yang bersesuaian.


Rangkaian Poise yang terbaru ni di perkaya dengan pati semulajadi aloe vera dan vitamin E yang lama diketahui dapat melindungi kulit dari keradangan. Ianya direka dengan teras penyerapan-ultra untuk menyerap 2x ganda lebih cecair dan teknologi nyah bau untuk menghalang 2 masalah terbesar yang dihadapi oleh wanita yang mengalami LUL iaitu kebasahan dan bauan.


Sempat belajar senaman Kegel. Menarik senamannya, sambil duduk pun dah boleh buat.


Terima kasih pada Poise yang sudi menjemput aku ke informative workshop ni, hopefully kalau ada event sebegini dapatlah jemputan lagi ye.

Kita orang pompuan ni kena banyak berjaga-jaga, lebih-lebih bila usia meningkat. Ingat tu tau..