Hi Korang,
Sedikit cerita mengenai Pak Majid, penyokong tegar pasukan Pahang ni
Para penyampai THR Gegar telah berkumpul di Tol Sungai Besi, Kuala Lumpur bagi menyambut kedatangan Pak Majid!
Pak Majid atau nama sebenar, Abd Majid Abd Hamid merupakan seorang penyokong tegar pasukan Pahang yang telah bernazar untuk berjalan kaki mengelilingi semananjung Malaysia atas kemenangan pasukan bola sepak Pahang di perlawanan Piala Malaysia tempoh hari.
Kedatangan Pak Majid di sambut meriah oleh para penyampai THR Gegar dan juga penyokong-penyokong pasukan Pahang yang turut hadir memberikan sokongan kepada Pak Majid untuk meneruskan perjalananya.
Daripada Tol Sungai Besi, Pak Majid telah berjalan kaki di iringi oleh para penyampai THR Gegar ke studio Gegar yang bertempat di Astro, Bukit Jalil. Pak Majid dilihat sangat bersemangat berjalan sambil menyanyikan lagu sorakan negeri Pahang ‘Go Ale Ale’ bersama dengan para penyampai sepanjang perjalanan mereka.
Apabila ditanyakan tentang misinya untuk berjalan mengelilingi semenanjung negara, Pak Majid mengungkapkan rasa bersyukur kepada Allah S.W.A. kerana telah dikurniakan kesihatan dan kekuatan untuk meneruskan perjalanannya dan sekali gus menamatkan misi beliau.
“Antara halangan yang saya hadapi semasa perjalanan adalah keadaan cuaca hujan lebat yang agak menyukarkan perjalanan saya, tetapi saya turut berasa berterima kasih dan sangat berbesar hati kepada mereka yang memberikan sokongan kepada saya untuk meneruskan perjalanan ini”. Tambahan Pak Majid.
Menurut Pengurus Kandungan THR Gegar, Azaari Atan pihak THR Gegar turut mengekori jejak perjalanan Pak Majid dan memberikan maklumat dari masa ke semasa kepada para pendengar siaran THR Gegar. “Kami di THR Gegar sangat berbanga dengan apa yang dilakukan oleh Pak Majid, seorang anak jati Pahang dalam misinya yang sangat bermakna ini”. Tambahannya lagi, misi Pak Majid sekali gus telah mengharungkan nama negeri Pahang dan turut memberi semangat kepada rakyat di Pantai Timur.
Pak Majid telah menjadi tetamu istimewa THR Gegar yang mengadakan temu bual eksklusif bersamanya. Sebelum beliau meneruskan perjalananya.
Dijangkakan perjalanan Pak Majid untuk mengeliling seluruh semenanjung negara akan mengambil masa dalam lingkungan 60 hari. Diharapkan Pak Majid kekal bersemangat dan gigih dalam misinya untuk berjalan kaki mengelilingi semenanjung Malaysia.
Hogoh Pahang hogoh!