Showing posts with label order kek online. Show all posts
Showing posts with label order kek online. Show all posts

Friday, November 3, 2017

Little Collins Mont Kiara, Pelbagai Kek Sedap Ada Di Sini

Hi Korang,


Selalu kalau nak makan kek sedap sket mesti korang pi beli kek kat kedai yang packaging kotaknye merah tuh kan. Lately ni akak lily rasa kedai kek merah tuh semakin mahal harganya dan kualitinya cam dah berkurangan. 

Sebagai alternatifnya akak lily akan beli kek di kedai-kedai ala-ala hipster ni, kalau tak pun tempah dengan orang yang jual secara online tuh. Tapi kena tawakal lah sebab tak boleh rasa dan based on testimoni orang-orang yang dah beli kat situ.


Baru-baru ni akak lily di perkenalkan dengan salah satu cafe di Solaris Mont Kiara ni iaitu Little Colins yang menawarkan pelbagai jenis kek pada harga yang berpatutan. Yelah kek sekarang ni bukan boleh jual murah lagi dah sebab bahan mentan macam tepung, butter pun dah mahal. 

Akak lily pi dengan mr big dan food blogger yang hebat ni siapa lagi kalau bukan Mahamahu. Ermm dengan kalau kerja dengan kengkawan seronok sket tak delah rasa akwards sangat.


Little Colins Cafe di ambil namanya daripada salah satu nama tempat di Melbourne Australia sewaktu pemilik cafe Ms Frances menuntut di sana dan memandangkan beliau adalah pereka grafik, dekorasi cafenya merupakan citarasanya yang tersendiri.


Bila cakap mengenai pelbagai jenis kek, seriously memang ada macam-macam jenis, baik dari segi rasa mahupun rekaannya. Even kak lily pun rasa tempting bila tengok kek-kek ni.

Betulkan!!

Of courselah kami kena rasa kek-kek ni kan, yahooo... bahagianya hidup

Cheese nutella choc

Lemon meringue cheese

Rainbow cheese

Unicorn pop cakes

Kalau korang nak tau, yang kesemua kek-kek rekaan di sini di reka mengikut kehendak para pelanggan. Yelah ada setengah yang macam ni, ada yang nak macam tuh so team Little Colins memenuhi kehendak para pelanggannya. 

Kalau kak lily lah memang pening nak pilih yang mana satu nak di beli kan, yelah rasa semua kita tak tau lagi, so Little Colins ada menyediakan cake-tasting box tau. Di dalam ada 5 jenis best seller cake yang korang boleh rasa sebelum order apa yang korang suka kan. Untung sebenarnya tau, boleh rasa 5 jenis kek dalam satu kotak hehhehehe. Kalau tanya kak lily semuanya akak lily suka..


Selain daripada menjual kek, Little Colins juga menghidangkan menu-menu lain yang boleh di nikmati sepanjang masa, tak kira lah masa sarapan ke, makan tengahari ke even minum petang jugak tau. 

Of courselah, kami dapat cuba beberapa menu tersebut seperti

Triple D Sandwich

Banana French Toast

Cheezy Turkey Pizza 

Cheddar Chicken

Chicken Chop with Hickery BBQ Sauce

Spicy Seafood Olio Spagethi

Chocolate Banana Smoothie


Eh ada lagi ni tau nak show off kat korang.

Assorted Tarts


Yum yum yum acara makan-makan ni diteruskan lagi dengan dessert Tarts pulak, tadi kek ni Tarts pulak. Pelbagai jenis tarts yang ada di Little Colins ni di antaranya adalah Cheese tarts, Chocolate tarts, Crumble tart, Lemon meringue, Banoffee dan banyak lagi. 

Korang memang kena datang ke Little Colins ni untuk mengenjoykan diri merasai pelbagai jenis kek dan menu yang sedap-sedap belaka ni tau.


Untuk korang pembaca setia blog akak lily ada diskaun 10% untuk pembelian Cake Taster Box tuh tau, cubalah dulu sedap la…

Ni kak lily kongsikan alamatnya

Little Colins Cafe
No. 17, Jalan Solaris 4 
Mont Kiara Solaris 
50480 Kuala Lumpur



Ni websitenya untuk korang cuci mata sebelum order kek ek www.littlecollinskl.com

So selamat menjamu selera semuanya...










Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com

Thursday, October 5, 2017

EAT Cake Today, Order Kek Secara Online

Hi Korang,

Apa itu EAT CAKE TODAY?

Kalau nak tahu, Eat Cake Today merupakan servis tempahan kek yang berkualiti dari pembekal kek tempatan dan di hantar terus ke depan pintu rumah korang.


Ewah kemain lagi ek!

Sekarang ni kan, kita ni manusia yang tak de masa nak lakukan perkara-perkara remeh seperti ni so tempah online dan hantar terus menjadi pilihan yang bijak. Selain daripada menyenangkan kita sebagai pelanggan, peniaga kek tempatan juga mendapat keuntungan daripada platform ni. Kira win win situation gituh ek.





Kalau korang nak tau lebih daripada 40 peniaga kek tempatan telah pun menyertai platform ini dengan lebih kurang 300 jenis pilihan kek.


Eat Cake Today menawarkan pelbagai jenis pilihan kek seperti biskut, brownies, bundts, cheesecakes, cookies, cupcakes, eggless cakes, fondant buttercream beauties, gluten-free, loafs, mille crepe, pavlova, pies, tarts, vegan dairy free, customized cake dan juga pastry.

Cuba cakap dengan kak lily siapa yang tak suka makan kek? Cakap lekas ermm cakapppp!!

Milo Dinosaur 7 inch Milo Cheesecake

Kek-kek sempena perayaan seperti Valentine, Hari Ibu, Hari Bapa, Mooncakes, Kek Krismas juga turut boleh di tempeh sekali. Untuk kek sebegini ianya harus di tempeh awal dengan pilihan masa tempahan 4 jam sebelum, 1 hari sebelum, 2 hari sebelum dan 3 hari sebelum. Harga kek bermula dari RM37 hingga RM230 sebijik termasuk dengan harga penghantaran sekali.

The Modern Duke's Pudding 7 inch Oreo CheeseCake

Dari segi penghantaran pula, Eat Cake Today menawarkan perkhidmatan penghantaran di sekitar Kuala Lumpur dan kawasan Petaling Jaya pada harga RM10 bagi setiap penghantaran dan kos penghantaran tambahan untuk kawasan luar Kuala Lumpur seperti Shah Alam, Klang, Bukit Jalil, Kajang, Rawang, Bangi dan lain-lain lagi dan masa penghantaran setiap hari dari 11.00pagi hingga 7.00malam.


Yang penting kak lily nak highlight ni, kesemua peniaga kek menggunakan bahan-bahan kek yang HALAL tau dan ada ada juga peniaga kek yang telah pun mendapat sijil HALAL seperti Cake Sense, Cat & The Fiddle, The Honest Treat dan Just Heavenly.

Cara Menempah Pembelian Kek Secara Online


1. Layari laman web Eat Cake Today’s di www.eatcaketoday.com

2. Pilih kek yang korang nak atau pilih servis penghantaran atau pun cari guna keyword Salted Caramel or Chocolate.

3. Pilih Delivery Date, Delivery Time, Quantity kek yang dikehendaki dan juga isikan mesej pada kek tersebut 

4. Pilih berapa batang lilin dan detailsnya sekali

5. Klik pada ikon “Add to Cart”.

6. Check order korang dalam Shopping Basket dan detailsnya semua dan “tick” I agree with terms of service dan klik ikon “Checkout” 

7. Untuk lengkapkan tempahan, isikan Customer Information, Shipping Method, dan lengkapkan Payment Method.








pastries

Untuk info lanjut boleh layari www.eatcaketoday.com

Careline No.: 017 - 8800 153 (Call / WhatsApp) 


Operating Hours: Daily 9.00 am – 6.00 pm


Instagram: eatcaketoday 
[#eatcaketoday] 







Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com