Showing posts with label open house. Show all posts
Showing posts with label open house. Show all posts

Friday, July 6, 2018

Beraya Bersama Bloggers, Yeah Makan Sedap Lagi

Hi Korang,

Rasanya tahun ni banyak pulak masa kak lily dapat pi beraya rumah kengkawan ek. Maybe rezeki kak lily murah kot tahun ni, ramai benau yang mengajak datang rumah so dapatlah mengeratkan tali silaturrahim sesame kita 

Tapi tak delah kak lily dapat pi semua kan, yelah ada yang jauh ada yang dekat kan. So patut-patutlah ikut yang bersesuaian masa dan keadaan. 

Kebetulan ahad 2 minggu lepas tak de buat apa pun kat rumah, tup-tup ada whatsapp masuk plak. Rupanya dari blogger mak anak 2 Yana Yassin. Lama betul tak jumpa dia ni sejak dah beranak ni, dengan kerja dah jauh dari KL so tak delah jumpa dia. 

hah sama je saiznya, tak berubah hahahaha

Lagi pulak dekat je dengan umah kat kak lily so kitaorang pilah, pergi pun dah lepas kul 2pm cam tuh. Nasib ikut Waze so sampailah, nampak anak si Yana tuh main kat luar then terus masuk. 

Mee kari sedap ibu Yana, ini mangkuk kedua ni tau

sambal jawa dengan meehoon pun makan jugak sebab sedap


Hah haruslah borak tak ingatkan hehehhe sebab lama tak jumpa kebetulan pulak dia ni duduk satu tempat sama dengan Mr Big so kenallah ramai orang. Sembang sambil makan memanglah sedap tambahan pulak mee kari ibu Yana ni memang sedap bak hang!. Kak lily memang suker kuah mee kari ni pekat, siap mintak resipi tuh hehehhe... Sampai petang melepak kat rumah si Yana ni ek 

Itu citer 2 minggu lepas..


Minggu lepas punya ahad pulak, ada jemputan makan-makan di rumah blogger Shakiddo plak, eh orang kuat Denaihati Network ni korang tak kenal pulak kan. 

Kekal bersama dalam #BloggerKakiMakan kan

Ermm tak de apa nak buat lagi so pergi lah, dekat je Bangi dengan Putrajaya ni dalam 10 minit sampai kalau tak jem. Cantik jugak rumah barunya luassss cuma parking as usual kalau rumah bertingkat ni. Siapa cepat dia dapat hehehehe. Dapat jugak jumpa si Farhan comel tuh ek, merengek je nak dukung hehehehe 

mee hoon soto, mangkuk kedua sebab ada begedil kecik-kecik sedap

Well menunya awesome jugak, memang memacam ada. 

dengan Duta social media Jakel, blogger Mahamahu. Pi beraya pakai baju Jakel je tau hebat kan

nampak tak dengan membawang hahahaha

Makan sambil membawang memang lazat, alah bukan ada gossip apa pun just catch up citer-citer lama je. Borak punya borak alih-alilh dah petang camtuh, pulang lah.. 

Itulah aktiviti kak lily sepanjang weekend bulan raya ni, memenuhi jemputan rumah terbuka kengkawan jelah. 


Kenapa kak lily tak buat open house tahun ni? 

Ermm tak terdaya nak masak sendiri tambahan dalam keadaan perut dah kena potong ni kan so kita rehat-rehat je, tak boleh buat kerja berat. Nak angkat periuk isi air pun tak larat ini kan nak masak banyak-banyak hauhauhaua 

Insyallah tahun depan kot….






Thursday, July 21, 2016

U Mobile ‘Makan-Makan Raya’ Open House

Hi Korang,


Last week dapat jemputan ke U Mobile ‘Makan-Makan Raya’ tau. 

Dah lama pun musim raya kan, so dapat jemputan makan sajor lah kan, seronok tuhh…


Actually event makan-makan ni berlangsung selama 2 hari tapi aku kan busy semedang je so aku dapat singgah on first day tuh 2nd outlet iaitu di Fish & Co Pavilion selain daripada as Caffe Bene, Yoshinoya & Hanamaru, Sangkaya dan Sweet Hut.

I know right!!!

best-best kedai makan ni semua tapi apakan daya open house sedara-mara banyak kena attend plak hari tuh ek hehehehe.



So Fish & Co merupakan second pitstop untuk U Mobile ‘Makan-Makan Raya’ Campaign ni. So aku tunggu jelah kat sana sementara tunggu diorang lelain sampai. Ramai jugak bloggers dan influencer yang join tau, dari Ketchup Mobile, Food Ink foodie dan bloggers lain jugak ek.

Selalunya kalau aku pi makan berdua dengan Mr Big kat Fish & Co ni ktorang akan order double set yang kuali beso tuh je so tak de orang yang lain. 

Yang ni plak, istimewa sket ye..

Soup of day
Seafood Chowder

Appetizer
Seafood Platter

Main Course
Signature Fish & Chip 

Nampak cam sket tapi bila dah makan rasa cam banyak plak, selalu makan kongsi-kongsi ni makan sorang sekuali hah amik ko hahahah lotih nak mengabiskan.



Seronok dapat meet up dengan kengkawan ‘foodies’ baru kan, selalu jumpa muka sama je ni special plak ek. 

Terima kasih di ucapkan kepada U Mobile kerana sudi mengadakan aku je event makan-makan dan makan ni ek. Sedih tak dapat join menjelajah ke outlet yang lelain, hopefully ada lagi special event cam ni lagi ek


Ok ada special info baek punya dari U Mobile ni ek

About Makan – Makan Raya Campaign

To mark the Ramadhan and Aidilfitri festive season, U Mobile created a special campaign called ‘Makan-Makan Raya’ that enables customers to enjoy special promotions from the six participating F&B brands which included Caffe Bene, Fish & Co, Yoshinoya & Hanamaru, Sangkaya, and Sweet Hut via the MyUMobile App.

The campaign started on 1st June 2016 and will end on 31st July 2016.

When U Mobile customers use the MyUMobile App to top up or pay bills, apart from redeeming the Makan Makan Raya offers, they also stand a chance to win a 3D2N holiday stay in Penang.

For more information about the promotion, login to www.u.com.my/promo/makan-makan-raya




Monday, August 3, 2015

Kenangan 20 Tahun Terimbas Kembali Gara-Gara Pi Open House

Hi Korang,

Itulah bila time raya-raya ni banyak pulak open house kan, so timelah kita dapat jumpa balik kengkawan lama yang menghilang, menyepikan diri, tak nak jumpe semuanya ada kan.

Aku pun gituh gak kan.

nasi lemak makan panas-panas gituh tau

Since aku ni ala-ala ‘sirih pulang ke gagang' kat JB ni katanya so memang ramailah kengkawan masa sekolah jumpa balik. Kan kawan aku si cikgu Mariana tuh, kaedahnya mengajak aku pi rumah dia last week. Katanya ada makan-makan nasi lemak je, so aku pun haruslah pi sebab rezeki jangan di tolak dan musuh jangan dicari.

walaupun tak satu kelas tapi satu sekolah, kepala ting tong memasing ni tau

Sesampai je kemain bagai khemah depan pintu gate ek, la open house secara besar-besaran rupanya. Masuk-masuk je diorang laki bini tengah sibuk menyiapkan apa yang patut. So aku pun terus sising lengan baju then tolong diorang setup kann meja buffet. Siap import nasi lemak bersama tokeh sekali untuk goreng ayam panas-panas.
ni kawan sekolah SDARY, ingat lagi tau

ok makan untuk second round

Bila lepas maghrib tu, orang makin lama makin ramai datang.

Memang tak menang tangan sunnguh, aku dengan tuan rumah sekali kedepan ke belakang tambah lauk apa yang kurang. Sebab dia ni cikgu so memang ramai benau yang datang, anak murid, cikgu-cikgi, jiran dan kengkawan lama.

sempat selfie sambil tunggu ayam goreng kan

Time kengkawan lama datang nilah paling syiok kan, yelah kengkawan sekolah. Yang memang aku kenal dari kecik, dari hingusan sampai dah tua bangka sekarang ni. Masa nilah ktorang duk korek citer-citer lama, perkembangan terkini dan memacam lagi. Kuarlah balik citer skandal-skandal lama, ex BF kan hauhauhauahua. Memang gelak sakan di buatnya.

geng abang sado, kemain memasing kan

Seronoklah dapat jumpa balik kengkawan lama kan, at least dapat tahu jugak perkembangan memasing. Yelah bila dah berkeluarga ni, nak spend dengan kengkawan agak payah sket so time-time open house ni lah kita kena rebut peluang untuk jumpa diorang ni ek.

Kira macam open house ni ala-ala reunion gituh kan hehehhehehe

Thursday, August 21, 2014

Raya Bersama Kengkawan Lama #UiTMFrens

Hi Korang,

Ni baru ada mood nak citer pasal raya ek. 

letak gambo laksa rumah bobo hari tuh

Sebab weekend lepas, 2 hari berturut-turut pi beraya rumah kengkawan lama. Ye sangat lama, rasanye lebih 10 tahun tak jumpa. Alah kengkawan masa belajar dulu bebudak Ex-CTRP kat ITM Sri Iskandar tuh. Yelah time aku masuk ITM bila graduate jadi UiTM. Hebat kan

gelak sakan kan ko..

Actually tak plan pun event ni, semuanya melalui whatsapp kan. Borak punya borak, so terbukak mulut one of team members ajak jumpa kat rumah kawan ktorang ni.


Abis je open house rumah blogger ruby.my petang sabtu tuh, terus pecut ke Kuang. Nasib baik dari Sri Damansara dah dekat kan, dengan tak tau jalan so ikut Waze jelah. Ermm sampai gak ke rumah Farid ni. Rumah kampong wei, cantik je tepi jalan besar. Mr Big suka keadaan rumah dia ni coz rasa aman je bila lepak kat depan rumah dengar bunyi katak, cengkerik bagai.

Alah tak ramai pun, cuma ktorang berdua, yang tukang ajak berdua, orang kuat Sime Darby dan tuan rumah yang merupakan orang kuat kat JPBD kat KL. Ermm duduk Kuang keje KL, nasib baik merempit dengan motor Roy gila-gila remaja tuh. Cepat sampai…

Makan, borak-borak tak henggat tapi aku balik dulu coz ahad paginya aku ada trip lawatan sambil belajar ke kilang yogurt kan.

geng balik awal, elle, ntah, bujal dan tuan rumah yang diri kat belakang bobo

Balik daripada rombongan tuh, terus ke rumah member lagi satu. Nasib baik dekat je dalam Kajang. Tapi lambat gak ktorang sampai coz dari umah mama. Ada yang dah balik pun masa ktorang sampai, tak perlah jumpa yang mana ada je.

ktorang lagi

gambo banyak gegar, pakai monopod auto beli dari China. thanks faroh yang tolong belikan untuk Z

sedap benau laksa bobo ni, sampai debe makan dok ingat

Sambung lagi sembang-sembang semalamnya yang tak abis. Mengimbau time belajar dulu, makan sampai terik perut ermm memacam lah

kuih raya, makan sambil borak-borak

amik ko, semua ni bobo masak tau

Sangat-sangat seronok.

Inilah dia friends forever…

Walau cam ne jauh, selalu bergaduh, kecik hati, mengutuk namun ikatan persahabatan tu tetap kukuh. I love you Elly, Bobo, Perchill, Debe, Z, Bjal, Farah..

Nanti buat kat umah aku plak, makan-makan ek. Teringin benau bebudak ni nak datang melawat #DakUban kat umah sarang burung merpati aku ni ek..

Monday, September 20, 2010

Bercuti? Not Yet

Hi Korang,


Lepas dapat passport hari jumaat lepas hati tuh, aku terus pi bercuti. Ooo jauh tuh, KL je. Kwang kwang kwang.. aku tipu je lah..

Aku belum bercuti mana2 pun lagi. Nak bercuti mesti kena plan dulu baru gerek, betul tak?

So weekend hari tu, aku tak buat banyak benda pun. Cuma nie je...

Jumaat
Pagi - pergi buat passport, pergi beli setem,pergi transfer duit dari bank yang ada duit ke bank tak de duit.
Petang - tukar langsir, reorganize perabut umah, sapu, mop, isi kuih raya dalam balang yang kononnya kalau ada orang datang bagi je makan kan
Malam - Pi makan kedai auntie kat BB, bedal garlic prawn je sedulang, tidur umah mama (KL)


Sabtu
Tengahari - Pi orang kawin kat KGSAAS, Seksyen 13, Shah Alam
Petang - Pi beraya kat Sungai Buluh, Rawang
Malam - Pi beraya kat Cheras sampai balik basah2 baju sebab dek hujan yang terlampau lebat

Ahad
Pagi - Makan nasi goreng seafood ala warung
Tengahari - Lepak kat Times Square sambil shopping bende2 merepek. Mr Big pi repair kete RC dia
Petang - Lepak kat TGI Friday The Curve dengan The Breakfast Club
Malam - Baru sampai umah. Baring2 depan tv sampai tengok mr Big setting kete kebal yang dia baru beli tadi

Sekarang -  tengah update blog sambil transfer gambo2 model2 terlampau di kelab golf semalam.

Ok nak buat editing kejap, so update lagi later ye.. chow..

Selamat Bekerja...