Showing posts with label online shopping di Zalora Malaysia. Show all posts
Showing posts with label online shopping di Zalora Malaysia. Show all posts

Wednesday, August 5, 2015

Kasut STEVE MADDEN Bakal Jadi Pilihan Saya

Hi Korang,


Kalau bab shopping kemain terbeliak mata memasing kan

Kali ni aku nak citer pasal Steve Madden. Alah fashionista mesti kenallah dengan jenama ni kan


Steve Madden adalah sebuah jenama fesyen antarabangsa yang cukup dikenali terutamanya popularitinya dapat diukur dengan penerimaan terhadap koleksi kasutnya yang dipasarkan ke seluruh dunia!




Jenama ini tidak pernah gagal dalam menghasilkan koleksi kasut wanita terkini Steve Madden dengan pilihan yang cukup meluas. Mereka juga sentiasa memastikan produk mereka menepati cita rasa dan kehendak pelanggan yang mahukan kasut terdiri daripada trend fesyen terkini yang sedang hangat dalam pasaran. Sentiasa memahami permintaan pelanggan itulah yang membuatkan Steve Madden terus mengumpul kelompok peminatnya tersendiri yang sentiasa menantikan koleksi kasut wanita terbaru daripada mereka. Kasut tumit tinggi Steve Madden menjadi pilihan ramai kerana rekaannya yang eksklusif merupakan pilihan terbaik untuk gaya urban seperti high street fashion style.


Tidak keterlaluan jika mengatakan bahawa Steve Madden adalah antara jenama kasut Amerika yang paling berjaya dan diraikan sebagai mogul fesyen moden abad ke-21. Sejak dua dekad yang lalu, Madden bertangguungjawab mereka dan memasarkan kasut mereka yang menjadi kegemaran ramai ke seluruh dunia. Pereka Steve Madden mempunyai visi yang jelas yang mana mahu memberikan wanita muda yang gemarkan fesyen untuk mempunyai cara yang unik menonjolkan cita rasa dan personaliti mereka melalui stail. Visi yang bijak inilah menjadi pendorong untuk mereka mendapatkan jutaan pelanggan dan membawa rekaan yang hebat di pentas fesyen dunia. 


Kini Steve Madden Malaysia telah menjadi antara jenama fesyen paling digemari dalam kalangan pencinta fesyen di Malaysia terutamanya wanita. Ianya adalah satu jenama yang sentiasa berada dalam senarai kegemaran setiap fashionista di Malaysia. Anda boleh dapatkan kasut wanita Steve Madden dan beg mereka untuk kelihatan bergaya sepanjang masa!

So camne, korang pun agak-agak teruja tak? kalau ye, meh check it out di website STEVE MADDEN ni ek


Saturday, December 6, 2014

Rezeki Suami Isteri Bergaduh Kerana ZALORA Malaysia

Hi Korang,

Rasanya kecoh minggu ni di FB pasal mereka berdua ni. 

Yang tak tau meh baca ni ek




ZALORA teruskan membalas maklum kepada pasangan suami isteri berikutan pengakuan suami tersebut kepada ZALORA supaya melarang isterinya dari membeli-belah dalam laman web ZALORA.com.my pada hari Isnin yang lepas. 


Lima anggota pasukan dari Destinasi Talian Fesyen Asia telah melawat pasangan tersebut , Muhamad Radzi Ali dan Nuzaimah Ideris , awal hari ini. Pasangan tersebut telah dikejutkan dengan hadiah khas dari ZALORA di kediaman mereka.



"Kami tidak menyangka kejutan ini . Kami hanya bermain-main," kata si suami, Radzi. Beliau tidak menyangka akan mendapatkan responsi yang baik melalui perkhidmatan pelanggan daripada ZALORA. Nuzaimah, isterinya, pula berkata bahawa dia amat kagum kerana mendapat balasan yang interaktif daripada pihak perkhidmatan pelanggan ZALORA.

"Kami amat berbesar hati untuk melayan pelanggan-pelanggan seperti Radzi dan Nuzaimah di halaman Facebook kami. Maklumlah, membeli-belah dalam talian kekal popular dan terus berkembang di kalangan masyarakat Malaysia. Kami percaya bahawa kenyataan suami dan isteri dalam laman media sosial itu adalah satu refleksi dari masyarakat kita yang sedia dan sanggup memeluk gaya hidup yang lebih digital," kata Pengarah Urusan ZALORA Malaysia , Giulio Xiloyannis . 


Katanya, ZALORA ingin memberikan sokongan penuh kami kepada pasangan ini yang bakal menjadi ibu dan bapa. Pihak ZALORA berasa amat gembira untuk menghadiahkan Radzi dan Nuzaimah dengan hadiah-hadiah yang dipilih khas untuk mereka. "Kami ingin memberi Nuzaimah pengalaman kehamilan yang tidak akan dilupai dengan pakaian dari jenama ZALORA dan ZALIA," tambah Xiloyannis.


Nuzaimah telah menerima bekalan pakaian dan kasut selama setahun dari ZALORA serta baucar bernilai RM400. Baucar ini dapat digunakan untuk memulakan aktiviti membeli-belah dalam talian yang pertama mereka di ZALORA.com.my. ZALORA berharap untuk kekal menghasilkan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan mereka.

Untung ek. Itu namanya rezeki terpijak.

Dengar-dengar plak si suami ni duk kenen-kene kat IKEA plak request shoe rack untuk si isterinya..

Nampak tak permainannya di situ..

Saturday, November 8, 2014

Pelancaran Koleksi PRIDE oleh Jovian Mandagie untuk ZALORA, dibawakan oleh Bank Simpanan Nasional

Hi Korang,

Untuk fashionista, berita baik untuk korang..


ZALORA, Destinasi Fesyen Atas Talian di Asia, melancarkan koleksi eksklusif terbaru semasa majlis pertunjukan tertutup di Black Box MAP, Publika Solaris Dutamas, 4 November. Koleksi PRIDE oleh Jovian Mandagie untuk ZALORA, dibawa kepada anda oleh Bank Simpanan Nasional dengan 18 penampilan yang menggabungkan reben merah jambu sebagai simbolik bagi menyokong kesedaran kanser payudara.


"Ia adalah satu penghormatan kepada ZALORA untuk menjadi tuan rumah pertunjukan fesyen ini. Kami benar-benar mendapat inspirasi daripada mereka yang berjuang melawan kanser dan kami menjangkakan sokongan yang besar daripada orang ramai,’ kata Pengarah Urusan ZALORA Malaysia, Giulio Xiloyannis. Beliau juga menerangkan bahawa semua keuntungan akan disalurkan ke Pink Ribbon Deeds (PRIDE) Foundation untuk membantu dalam usaha-usaha penyelidikan dan rawatan untuk pesakit kanser payudara. ZALORA berharap dapat meningkatkan jumlah lebih daripada RM150,000 untuk acara ini. 

"Baik ZALORA mahupun Jovian Mandagie tidak akan mendapat apa-apa keuntungan daripada pelancaran ini, kerana kami berusaha untuk meningkatkan sebanyak mungkin kesedaran bagi menjayakan acara yang cukup mulia ini dan saya serta Jovian sama-sama berbangga kerana telah diberi peluang untuk melabur masa dan kebolehan kami untuk sesuatu yang lebih penting daripada urusan perniagaan semata-mata," sambung Xiloyannis.


Acara yang gilang-gemilang ini dihadiri oleh selebriti tempatan seperti Megan Tan, Serena C. dan Nadine Ann Thomas, tokoh masyarakat dan juga ahli terhormat media. Acara ini juga mempamerkan dan meraikan beberapa bekas pesakit kanser payudara di bawah naungan PRIDE sebagai tanda penghormatan atas kecekalan dan ketabahan mereka melawan penyakit ini. 

"Koleksi PRIDE oleh Jovian Mandagie untuk ZALORA, dibawa kepada anda oleh Bank Simpanan Nasional ini dianjurkan bertujuan untuk meraikan semangat yang begitu kuat yang wujud pada setiap pesakit kanser. Ia juga sebuah acara yang sempurna untuk menggambarkan penderitaan yang ditanggung oleh seseorang wanita," kata pereka fesyen tempatan, Jovian Mandagie.

Dato' Azrene Abdullah, Pengerusi PRIDE menekankan kepentingan untuk meningkatkan kesedaran kerana "kanser payudara dihidapi oleh 1 wanita dalam setiap 19 wanita yang terpenting dalam hidup kita. Itulah sebabnya sokongan daripada syarikat-syarikat yang mempunyai kesedaran seperti ZALORA, Jovian Mandagie dan Bank Simpanan Nasional adalah penting dalam mewujudkan lebih banyak kesedaran dan pendidikan untuk pengesanan awal, seawal peringkat kolej, bahkan peringkat sekolah menengah," tambah beliau.


Diilhamkan oleh martabat dan kelembutan seorang wanita, koleksi Jovian ini didedikasikan kepada pesakit kanser payudara yang kuat dan tabah. Koleksi ini terdiri dari pelbagai pilihan blaus cantik, skirt dan gaun yang menampilkan reben merah jambu sebagai perincian dan hiasan. Koleksi ini juga mempamerkan penggunaan fabrik chiffon berwarna pastel dan berharga RM 200 hingga RM 400 setiap satu.



Koleksi ini adalah hasil gabungan daripada ZALORA, Jovian Mandagie, PRIDE dan Bank Simparan Nasional. Keempat-empat entiti bekerjasama untuk menjana kesedaran serta meraih dana untuk penyelidikan kanser payudara. Jovian menawarkan bakat yang luar biasa dalam setiap reka bentuk koleksi yang ditawarkan, ZALORA terlibat dengan menanggung sepenuhnya pembiayaan sebanyak ratusan ribu ringgit atau kos pengeluaran dan kos pengedaran dan Bank Simparan Nasional pula membiayai sepenuhnya majlis pelancaran dan pengambilan sesi pengambaran foto untuk dimuatkan dalam look book . Semua yang terlibat adalah bertujuan untuk tidak meraih sebarang keuntungan yang berkaitan dengan koleksi ini, dimana semua keuntungan akan disalurkan ke PRIDE sebagai tanda sokongan perjuangan mereka.

Koleksi PRIDE oleh Jovian Mandagie untuk ZALORA, dibawa kepada anda oleh Bank Simpanan Nasional ini boleh didapati di ZALORA.com.my serta di butik Jovian.

Tuesday, February 4, 2014

Tersuka Plak Dengan ZALORA Maxi Dress

Hi Korang,

Bila citer pasal dress je, korang dah duk bayangkan baju gaun yang labuh-labuh, berkilau-kilauan nak selalu kite nampak pompuan-pompuan elit pakai masa pi dinner ke, party ke kan.

Itulah aku sendiri pun tak sanggup nak pakai wei, coz seganlah. Kang orang ingat aku perasan Diva-Diva plak kan.

Tapi sekarang maxi dress boleh di pakai pada bila-bila masa saja kerana fashion designer sekarang ni dah berani memberikan sentuhan yang lebih chic dan edgy terhadap koleksi dress sedia ada. So now terdapat pelbagai pilihan maxi dress yang ada malah semakin popular wokeh.


Maxi dress menjadi kegemaran wanita muda kerana pilihan terbaik untuk dipakai secara kasual, makan malam, parti malah untuk ke pantai! Ianya juga sangat versatile dan dilihat sebagai pilihan mudah bila korang nak keluar tanpa perlu berfikir panjang.Korang dah tak yah pakai top atau bottom bila memakai dress jenis ini. Oleh itu ianya sentiasa menjadi pilihan dan berguna – sekadar pakai dan terus keluar menikmati hari indah!


Ni tengok meh tengok gaya Kate Hudson mengenakan maxi dress berwarna putih ini. Beliau nampak begitu relax namun ketara cantiknya. Malah beliau menambahkan sedikit aksesori seperti rantai panjang dan sepasang subang besar untuk kelihatan lebih feminine. Anda boleh mencontohi gaya si cantik ini untuk keluar pada hujung minggu.



Yang ni plak, pasangan beliau untuk filem Bride Wars iaitu Anne Hathaway juga kelihatan cukup selesa dengan pilihan maxi dress bercorak bunga-bungaan beliau. Jelas sekali si jelita ini kelihatan cukup menawan dengan persalinan tersebut. Malah beliau begitu bijak untuk tidak terlalu penuh dengan aksesori dan sekadar memilih untuk memakai sepasang sunglasses dan sling bag bersaiz sederhana.

Maxi dress memberikan illusi kepada seseorang untuk kelihatan lebih tinggi dan kurus. Selain itu, korang sentiasa dapat bergantung kepadanya untuk kelihatan girlish. Almari pakaian korang tidak sempurna tanpa sehelai maxi dress.

Terdapat pelbagai jenis maxi dress seperti yang diperbuat daripada chiffon, cotton dan bercorak bunga atau lace. Ianya juga sangat selesa dan begitu flattering untuk dipakai. Malah ianya boleh dipakai oleh hampir sesiapa sahaja dengan bentuk badan serta saiz yang berbeza.

Pilihan 1 - aku suke yang ni sebab coraknya

Pilihan 2 - ni pun cantik gak bunga-bunga

Pilihan 3 - simple but nice


Aku pun rasanya cam teringin je nak pakai maxi dress ni, walaupun saiz aku agak comel-comel kan. Ermm tengah berura-ura gak ni.

Boleh je online shopping murah iaitu Zalora.my korang boleh dapatkan barangan fesyen di sana. Diorang menawarkan koleksi maxi dress yang cukup meluas daripada pelbagai jenama terkenal. Online shopping juga menjadi lebih mudah dengan penghantaran percuma ke seluruh Malaysia seperti yang ditawarkan mereka! Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada mereka di Zalora Twitter juga.

Tengah fikir lagi ni, nak beli ke tak ek. Sebab banyak nau pilihan yang membukak mata aku ni.. ermm..

Korang tolong pilihkan, samada Pilihan 1, pilihan 2 or pilihan 3 ek.. 

Semuanya ada size aku ni. Tolong ek..


Friday, September 13, 2013

Mencari Hadiah Hari Jadi Untuk Diri Sendiri


Hi Korang,

Memandangkan bulan September ni bulan kelahiran aku, rasa-rasanya nak gak cari perfect gift untuk hadiahkan diri sendiri kan. Tak boleh nak harapkan orang lain je bagi hadiah kan, kecuali Mr Big yang mesti kasi aku hadiah tak kira masa ye.

Teruk punya wife ek

So aku mencari sesuatu yang dapat mengembirakan hati dan selesa serta sedap mata memandang. Ewah, macam nak cari kekasih gelap plak. Oit tak terlintas langsung di hati ni tau.

Mungkin aku nak hadiahkan diri aku sendiri, 2-3 helai dress, sepasang kasut, 1 handbag dan 2-3 aksessori gituh tak kiralah rantai ke, earings ke, fancy cincin kan. Bukan apa, lama benau tak bershopping asyik duk sibuk pi event ke hulu hilir je.

Bukan apa segan plak asyik pakai baju recycle kalau pi event kan. Walaupun orang tak perasan tapi aku sendiri rasa malu. Mr Big cakap aku ni bukan artis pun, orang bukan kisah pun. But for me, even t-shirt pun aku memang jarang recycle kalau pi event.

Ishk perangai cam diva sangat, padahal poyo je lebih hahahahaha


Penat dah rasanya berjalan dari satu kedai ke kedai yang lain. Dah bukan 1-2 shopping centre malah lebih dari 3 mall sekali aku berjalan weekend lepas sampai penat kaki mak aku siap dia kata ko pi cari sendiri, biar mak duk minum je dengan laki ko tuh. Sudahnya tak de beli apa pun, setakat belikan baju untuk anak sedara aku yang nak balik next week nanti.

Itulah orang pompuan, memang leceh. Ntah apa yang duk belek pun tak tau lah, kata Mr Big kan. Sebab tu dia malas nak ikut aku lagi berjalan kecuali pi beli barang dapur je.



Then dia duk suggest, why not you buat je online shopping di Zalora Malaysia. Kan senang memacam ada.

Ye tak ye plak. Aku memang jarang membeli belah barangan wanita secara online ni. Yelah takut macam-macam jadi kan.

Tengok baju dan kasut memang cantik-cantik tapi memandangkan saiz badan aku yang sedang-sedang aje dan comel ni, maka tak beranilah aku nak beli kan. Walaupun kita boleh pulangkan balik dalam masa 30 hari but aku malas nak pi pejabat pos tuh.

Ntahlah dah carba marba plak dalam hati aku ni nak beli apa, padahal dah plan bagai. Sudahnya semuanya jadi rambang mata dibuatnya.

Kena fikir dulu sebelum gatal klik kat website Zalora Malaysia ni, check it out budget dulu samaada cukup ke idok nak beli banyak barang ni. Tapi sekali sekala belanja untuk diri sendiri apa salahnya berlebih sket kan.

Korang tunggulah nanti apa pilihan hati aku, jadi ke tak aku online shopping ni ek.