Showing posts with label nuffnang contest. Show all posts
Showing posts with label nuffnang contest. Show all posts

Monday, February 16, 2015

Makan Guna Voucher di TGI Friday's @ Alamanda Putrajaya

Hi Korang,


Kan aku menang food voucher hari tuh, masa join Nuffnang contest kan. Ermm yang tu lah.

Memang hajat hati nak bawak kengkorang bebudak bloggers ni makan tapi rasanya nak arrange time tu payah coz expired date tu dah nak dekat so sudahnya ktorang je yang guna pi makan ek


Petang sabtu tuh, dah tak tau nak makan kat mana so aku suggest dengan Mr Big ke sini je coz expired date dah dekat kan. So start je enjin #DakOren tu terus jalan ke Alamanda.

Orang tak ramai dah petang-petang tuh or may be tengah bulan agaknya but still every section ada je orang duduk makan. Ktorang plak mesti akan dapat table yang ada kusyen sandor tuh bile ke sini. Mesti punyalah, potong jari kaki ayam ek hehehehe

Sebab dah biasa, order yang biasa makan dan yang tengah duk promo time beef ribs. Ini hah aku tunjuk kat korang

Appetizer

Three For All RM42.90

Loaded potato skins, fried mozzarella, spicy buffalo wings, sour cream, marinara sauce, celery sticks. Makan share je, cukup ni share 3-4 orang pun boleh

Main Course

Beef Bacon Crusted Ribs RM59.90

yang merah tu beef bacon yang di goreng garing, di tabur atas beef ribs lembut ni. Sosnye BBQ, tak delah pedas mana pun

Tennessee Steak RM59.90

ya ampun, lembut dagingnya. Masak medium well gituh kan. Sos tennessee ala-ala macam teriyaki sos pun hado aku rasa. Mashed potato awesome, sampai Mr Big mintak sket ek

Dessert

Fridays Sundae RM16.90

inilah dia ais krim sedap sekali. Walapun dah kenyang but still tekak tu teringin jugak nak makan kan. Nasib baik share, kalau sengsorang jenuh nak mengabiskannya

Drinks

Chocolate Milkshakes RM11.90

Ice Lemon Tea Bottomless RM9.90

Hah amik ko, makan sampai lebam. Tadi masa memula sampai tadi semua nak order coz perut lapar kan. Bila masuk main course jelah, memasing dah slow makan. 

ok selfie dulu jap

ini dia daging yang di masak MEDIUM WELL

Dear, nak sket ribs ek

#DakUban pun belum tentu nak makan tulang ni kan heheheh

sedap wei, sampai ke langit ketujuh

Sambil makan sambil borak, sambil tengok tv, sambil perati orang, sambil main tepon ermm semuanya sambil-sambil lah. Itu yangn Berjaya jugak mengabiskan semua makanan.

So far service memang tak jadi masalah bagi kitaorang. Samada staff tuh dah kenal ktorang ataupun memang nasib ktorang baik. Makanan hantar on time, refill air senantiasa, siap Tanya how’s the food?, do you need anything, ermm berbagai soalan lah.

But its ok for us.

Nak cuba lah tu kan, mehlah ke sini

TGI Friday @ Alamanda
Lot P05, Plaza Level, 
The Hub, Alamanda Shopping Centre, 
Putrajaya


Sekali sekala nak makan sedap apa salahnya ke mari kan. Nak meraikan birthday ke, anniversary ke, nak makan suker-suker ke, naik pangkat ke kan. Tak salah de. 

Kira berbaloi jugak aku masuk Instagram contest ari tuh ek.. hehehhe itulah rezeki kalau tak kemana, lagipun rezeki bukan datang dalam bentuk wang ringgit pun kan. 

Ini pun di namakan rezeki jugak..







Friday, January 23, 2015

Dapat TGIF Voucher Dari Nuffnang

Hi Korang,

Kan ada aku join contest baru-baru kat Nuffnang Instagram yang pasal TGIF tuh

Yang ni lah


Tup-tup boleh menang plak kan. Ishk memang rezeki betul lah.

Last week baru je pi collect kat office diorang. Lama betul tak kemari la, sampai majoriti of the staff semua aku tak kenal. Sebab tu singgah kejap je, kalau dengan Nufies lelama haruslah borak-borak dulu kan. hehehehhe


Ok nanti ada free time baru pi makan lah guna voucher ni. Tapi nak ajak sape ek?

Korang nak ikut ke... segan plak nak ajak kan. Maklumlah sapelah kita ni blogger picisan di pinggiran jalan je hahahahhahahahhaha

Selamat hujung minggu korang...

Tuesday, October 30, 2012

Yeah! Menang Tea Tree Cream Dari Nuffnang

Hi Korang,

Aku sesaje je join contest kat twitter Nuffnang ni pasal Tea Tree cream produk dari Thursday Plantation keluaran Australia ni.


Eh, menang plak. Hishkkk..

Dapat email suruh aku pi collect kat office Nuffnang last week. Ingatkan dapat satu rupanya dapat 5 sekali. Hah ko muntah-muntah kering pakai losyen ni nanti kan.


Takla aku nak pakai sampai 5 tiub sekali, so kasi la bebudak opis aku ni kan.




Tengokla muka memasing, happy bebenor. Maklumlah dapat cream mahal dan imported plak tu.

Ini namanya rezeki terpijak.

Anyway, thanks Nuffnang.


Friday, February 17, 2012

Hadiah Comel Dari Nippon Paint

Hi Korang,

Rasanya tahun lepas kot aku join contest Nippon Paints kat Nuffnang punya website nie lah. Walaupun tak menang Top 3 tapi menang lah jugak Top 50. Wah kagum gak tau.


Acara penyampaian hadiah di adakan dekat Cathay Cineleisure, E-Curve ok, jangan nak jeles. Tak lah sebenarnya aku mintak tolong intern Nuffies ni Si Joel amikkan untuk aku coz tak de masa nak ke Office Nuffnang, bukan aku je Si Benjamin pun suruh amikkan gak.  Dah berjalan-jalan dengan toys ni  kehulu hilir, semua orang pandang kan. 


Comel kan, lembut plak tuh. Geram dibuatnya.


So aku dah sediakan tempat untuk si Green Blobby ni, nak tau kat mane? hah sini lah kat kerusi malas ktorg ni. Functionnya untuk di jadikan pengalas belakang time ktorg duduk-duduk tengok tv. Jadi bila sandar tu rasa smooth je, tak de lah tulang berlaga dengan kerusi kan.

Hahahahah zalim tak? 

Anyway thanks to Nuffnang and Nippon Paints for these cute gift.

CLP notes : Banyak dah toys kat umah aku ni, tapi tak de sapo nak main...huhuhuhuh


Friday, September 30, 2011

Pengalaman Menakjubkan Dengan HTC Sensation

Hi Korang,

Sepanjang 2 minggu aku menggunakan HTC Sensation ni, memang tak terkata kepuasannya. 


Dari segi keupayaannya, aku rasa HTC Sensation ini sangat sesuai bagi korang yang menjadi internet sebagai medium perantaraan di dalam kehidupan seharian korang. Segalanya semua di hujung jari korang je.

Charge dekat laptop pun boleh

Selain dari itu, dengan segala shortcut function yang di sediakan lebih memudahkan lagi korang menggunakan HTC Sensation ini.



Korang boleh check it out, segala yang aku cuba, uji, test di entry-entry ini.


1. Jatuh Cinta Pandang Pertama Dengan HTC Sensation.

2. Mari Kenali HTC Sensation Secara Dekat

3. Cantik Bergambar Dengan HTC Sensation 

4. Not Bad Jugak Bervideo Dengan HTC Sensation

5. Surfing Dengan HTC Sensation, Syiok Ooo
http://www.ciklilyputih.com/2011/09/surfing-dengan-htc-sensation-syiok-ooo.html


Ada cermin lagi tau


Rasanya dengan harga dan speksifikasi yang ditawarkan untuk HTC Sensation ini, aku mungkin akan memilikinya secepat mungkin.


HTC Sensation sangat menakjubkan kerana membuka mataku ke dunia luar.


Terima kasih kepada Digi dan Nuffnang atas pengalaman yang berharga ini.



Monday, June 6, 2011

I like Nippon Paint because It Make My Life Colourful and Wonderful

Hi Korang,

Warna memainkan peranan penting dalam kehidupan seharian kita, betul tak? Kalau tak betul must be something wrong with you. Better go clinic to check lah kan. Bagi aku warna-warna disekeliling aku amat penting dalam membentuk mood aku yang kekadang baik, kekadang rasa cam nak marah kan.



Setelah seharian penat bekerja of course bila pulang ke rumh aku perlukan sesuatu yang menceriakan kan tak kiralah apa pun even tengok dinding yang warnanya lembut dan tenang, boleh membuatkan aku bertenaga semula untuk melakukan kerja-kerja rumah.


Aku telah pun mengecat bilik tidur aku dengan warna yang digemari tetapi hasilnya korang tengoklah sendiri. Memang tidak memuaskan hati aku. Mungkin salah si tukang cat (mr Big yang nak cepat time tu) atau cat kurang sesuai dengan dinding bilik tidur aku.


Kebetulan juga Nuffnang sedang mengadakan contest Fancy A Room Makeover. Ermm nampaknya ada chance aku mencubakan untung dapat make over bilik tidur yang sesangat comel tu kan.


Ini dia bilik tidur aku yang sesangat nyaman di mata dan sangat colourful kan. Meriah sungguh. Lagipun aku suka warna-warna sebegini

Suka betul si tukang cat aku ni

I like Nippon Paint because It Make my Life Colourful and Wonderful. Dengan pelbagai pilihan warna cat yang ditawarkan, aku rasa ianya akan mewarnai dan menyinarkan hidup semua rakyat Malaysia terutamanya sekali aku lah kan.


Korang, better check it out Nippon FB Fanpage coz ada contest yang menarik juga tau.

Friday, February 25, 2011

Hasil Berblogging, Memang Berbaloi.

Hi Korang,

Ingat lagi tak entry aku pasal couple yang naik darah sebab stress sangat keje. La korang tak tengok lagi. Ni click kat sini.

Hehehehhehe jangan marah tau. Untuk entry tu walaupun aku tak menang but still the sponsor sudi memberi saguhati kepada ktorg yang tak menang ni as per Nuffnang said. Wah gembira jugak lah, kiranya berbaloi jugak tak menang.

So hadiahnya ialah

Tiket wayang dari GSC.
Cian jugak aku paksa mrBig pi collect hari tuh kat Nuffnang opis. Aku siap type instruction how to get there by sms je. Nak jumpa sapa, naik lift tingkat berapa, kat mana nak parking ermm memacam lagi lah.

Tapi yang dia perasaan ada set PS3 kat tepi dinding opis diorg ni, siap ada guitar dan drum tuh untuk main Guitar hero punya game. Kagum plak dia kata. Mesti seronok kalau dapat keje kat Nuffnang ni.

Dapatlah beli product mencantik kan diri kan

Selain daripada menang tiket wayang dari Nuffnang, aku jugak ada menang product voucher dari Cres Wellness Spa. Dah pi collect pun hari tuh but tak sure nak guna bila untuk beli product diorg ni. Tengah fakir-fikirlah ni.

Ermm sapa kata berblogging merugikan? Untung apa. Walaupun aku jarang dapat B.E but still aku selalu dapat sponsored post kan.

Hehehehehhe jangan jeles.

p/: Aku dah 2 event utk review, 2 product review. Aduh, kene kuat keje lagi ni.

Thursday, February 17, 2011

I’ve Got the Power with Sucker Punch

Hi Korang,

Team Sucker Punch terbaru.. FlyLily!

Bila dah terperangkap dengan masalah yang tidak sepatutnya timbul, nampaknya aku terpaksa memanggil ahli2 team Sucker Punch aku yang lain. Ermm korang tak kenal lagi, meh sini aku tunjuk kan.

Cantik kan
 
Wah terpegun korang kan, yelah teammate aku semua cantik2 lagi hot dan sexy kan. Ianya itulah dia, mereka yang sanggup berjuang dengan aku. Kami akan bersama-sama berusaha untuk menyelesaikan permasalahan ini biarpun ke titisan darah yang terakhir.



Nak bertumbuk ke, menembak ke, memanah ke semuanya kami akan lakukan dengan semangat 'girl power' yang kami ada. So berwaspadalah kepada sesiapa yang menghalang perjuangan kami ini. Ye hah..

Here.. We Come. Watch Out!!

Sucker Punch

Date: 22 March 2011 (Tuesday)
Time: 9 pm
Venue: GSC 1 Utama

So March akan datang ni nanti, 65 Nuffnangers dan partner tercinta berpeluang untuk menonto Sucker Punch 2 hari sebelum tayangan perdananya di Malaysia. Terima kasih to Warner Bros Entertainment.



Nie ada sket sinopsis:-

Close your eyes. Open your mind. You will be unprepared. “Sucker Punch” is an epic action fantasy that takes us into the vivid imagination of a young girl whose dream world provides the ultimate escape from her darker reality. Unrestrained by the boundaries of time and place, she is free to go where her mind takes her, and her incredible adventures blur the lines between what’s real and what is imaginary.

She has been locked away against her will, but Babydoll (Emily Browning) has not lost her will to survive. Determined to fight for her freedom, she urges four other young girls—the outspoken Rocket (Jena Malone), the street-smart Blondie (Vanessa Hudgens), the fiercely loyal Amber (Jamie Chung) and the reluctant Sweet Pea (Abbie Cornish)—to band together and try to escape their terrible fate at the hands of their captors, Blue (Oscar Isaac), Madam Gorski (Carla Gugino) and the High Roller (Jon Hamm).

Led by Babydoll, the girls engage in fantastical warfare against everything from samurais to serpents, with a virtual arsenal at their disposal. Together, they must decide what they are willing to sacrifice in order to stay alive. But with the help of a Wise Man (Scott Glenn), their unbelievable journey—if they succeed—will set them free.


More info check it out kat Nuffnang website tau.

Credit photos : Google

Wednesday, January 5, 2011

If I Were the Green Hornet

Hi Korang,


Kalau aku jadi one of the Green Hornet team member, aku bantu mereka dari segi IT.

Apsal plak IT ek, apa kena mengena kan?


Macam nie, aku yang akan jadi Technical Analysis. Ala yang buat research or search memana tempat yang memerlukan khidmat bakti diorg nie untuk menentang kejahatan. Keje aku cuma dekat HQ diorg je. Anything yang diorg nak tau or nak cari semua serah kat aku. Aku cuma duduk depan komputer dan hijack info from mana-mana source pasal penjahat2 yang diorg nak banteras nie. Aku boleh identified dari sekecil2 kuman sampai sebesar2 gergasi.

Selain daripada tu, aku juga akan cipta gadget2 terkini yang boleh diorg gunakan untuk memperhebatkan lagi kerja2 diorg. Eh, korang ingat keje2 merekacipta nie senang ke? Haruslah ada ilmu dan teknologi terkini. Selain dari bijak, cantik juga perlu tau. Mana tau kalau aku kena buat kerja undercover plak kan. Hehehe

Ermm kalaulah aku dapat jadi dream team diorg nie kan.... tepuk dahi sket, jangan nak berangan okeh. Buat je keje2 aku sekarang nie. Nak jadi Green Hornet team member plak, perasan kan.

Actually sebab nie lah.

70 lucky Nuffnangers and their guests will get the chance to catch Green Hornet 3 days before its official release courtesy of Sony Pictures Entertainment Malaysia!

Green Hornet


The 70 most creative blog posts will win a pair of invites to the preview screening of Green Hornet on 24 January. Psst… you’ll wanna impress us with your grand plans for fighting crime, because the best written blog post will also win a Sony Walkman worth RM 299!

More info, click link Nuffnang nie


Cepat buat tau!

Tuesday, January 4, 2011

One Step Closer to the Maxis Om Nom Nom Race

Hi Korang,


Sapa suka makan? Aku


Sapa suka tengok Amazing Race ? Aku


So sapa suka makan + join Amazing Race ? Of Courselah aku kan.

Gila korang, sapa yang tak suka makan kan. Tengok je saiz aku confirm2 kaki makan itu belum tengok MrBig yang lagi kuat makan. Betul tak?


La bukan apa Nuffnang ada anjurkan event ala2 Amazing Race tapi version makanan punya. Ermm seharusnya menarik event nie, yelah pasal makan kan. Mesti dapat makan variety makanan yang diorg dah sediakan.

Kat mana? Hah kat sini lah.


Date: 15 January 2011 (Saturday)

Venue: Modesto’s, Ground Floor, Capital Square, 7 Persiaran CapSquare 50100, Kuala Lumpur

Time: 8am-7pm (all participants must register before 9am)


Sebab apa aku nak join event nie?
Aku nak buktikan kat orang ramai bahawa aku nie memang seorang yang kuat makan. Tak kiralah ala jua jenis makan, mesti aku bedal. Lagi yang aku suka lagi banyaklah yang aku boleh bedal. Sebab tu kalau boleh aku nak t'shirt size XXL so bolehlah aku sumbatkan perut aku yang comel nie kan.  hehehhe. Kalau boleh dapat team up dengan Shahrol, Daydeck dan Hamzah Ian pun not bad jugak kan.


Hah, hadiah-hadiahnya sesangat menarik okeh, meh sini baca:

2 HADIAH UTAMA
Tempat Pertama : Melancong ke Hong kong 3 hari 2 malam dihotel 5 bintang ( 4 orang satu pasukan) bernilai RM10,000 dan 1 Smartphone percuma setiap seorang.
Tempat kedua : 4 x Smartphone Percuma - Setiap 1 seorang pemenang dalam kumpulan.
Tak menang pun dapat googie beg dari Maxis.


Tapi yang penting :-

Pertandingan ini juga akan melibatkan kepandaian para peserta menggunakan aplikasi dalam iPhone4 dan juga kepekaan peserta penggunaan FINDER301 dan juga melibatkan penggunaan Broadband Wireless dari Maxis..wei payah nie. Tak pasal2 aku kena start training dari sekarang nie. Korang pinjam IPhone 4 jap ek.

Nak join jugak, check it out kat sini tau.




A Magnolia Sherbet A Day Make My Blood Pressure Away

Hi Korang,

Tension tension nie sebab..


Demi memikirkan dateline kerja yang makin dekat, aku dengan bersungguh-sungguh bawak balik kerja-kerja office nie ke rumah which is tak patutkan. So lepas dinner, aku terus sambung kerja-kerja tuh.

Oh, tidaaakkkkkk geramnya..

Macamana screen boleh blank nie plak ek!

Dengan stress + sakit kepala aku hampir berjaya siapkan kerja-kerja nie. So tengah sibuk nak siapkan few lines yang nak abis tup-tup screen laptop nie terus gelap dan kuar error plak. Aduh sakitnya hati, dengan back-upnya lupa terus je aku jadi bingung. Terdiam seketika tak tau nak buat apa.Rasa-rasa boleh naik darah tinggi aku nie kan bila dah stress2 cam nie.

Aarrgghhhh gerammmnya aku nie!! Amik ko...

Alamak bini aku dah mengamuk plak nie.. Ishkk..

Padan muka ..

Dah geram sangat aku terus amik nerf gun MrBig tu dan terus tembak kat screen laptop aku nie. Memang geram betul lah. Bukan satu pistol malah sekali 2 pistol aku bantai tembak kat screen tuh. Ishk time nie lah dia nak buat hal kan. Sambil menembak tu sambil menjerit okeh.

Meh aku tenangkan Cik Lily Putih nie kejap. Taaa daaa...

Untukmu Sayangku, cubalah..

Tengah duk termenung mengenangkan nasib, tetiba mrBig datang bawak something. Aku tanya apa, terus dia cakap ala rasa dulu. Jangan banyak soal. 

Bila bukak, tengok macam cantik tapi rasa tak tau lagi la kan

Suapan pertama yang masuk ke mulut

Hah engko terbeliak mata kan

Aku rasa.. ermm wow enaknya. Sungguh menyejukkan.Terasa betul (buah manggis) pure mangosteen flavour lah ice-cream nie. Terus hilang stress pasal apa yang jadi tadi. Aku ingin bertanya but Mr Big cakap abiskan dulu then baru tanya.


Once dah rasa tu, baru mr Big cakap yang itu adalah Shorbet Ice-Cream from Magnolia. Totally memang sedaplah. Very cooling very refreshing. So dia citer lagi ada 4 flavour which is lychee, melon, orange, mangosteen yang aku rasa tadi.


Tengoklah betapa suka nya aku kan bila makan ice-cream sherbet mangosteen flavour nie. Mr Big cakap lagi ada banyak lagi kat dalam fridge tu, so bila rasa tension or stress makan je. Confirm2 boleh buat mind kita tenang dan aman je.  

Lepas nie kalau payah sangat nak cari buah manggis, beli je sherbet nie sama je rasanya. Memang very pure manggis lah.

Cantik kan texture dia. Smooth je nampak.


Hah, korang pun boleh cuba jugaklah ice-cream Magnolia Sherbet nie. Boleh di dapati di local supermarket tapi yang nie tadi Mr Big  beli kat kedai runcit bawah umah aku je. Senang kan. Ala murah je RM2.50 satu. Nampak macam kecik kan tapi not bad jugak saiz dia lah.

For more details, korang boleh click kat sini tau.