Showing posts with label nescafe panas. Show all posts
Showing posts with label nescafe panas. Show all posts

Saturday, October 6, 2012

Our Breakfast Weekend Routine


Hi Korang,

Memang kalau weekend ktorg akan cari free time untuk breakfast dating together. Yelah hari lain mana lah sempat, aku cuma bekalkan Mr Big roti sapu peanut butter dengan secawan nescafe je untuk dia breakfast kat opis. Hah mithali tak aku? Khkahkahakha

Seboleh-bolehnya ktorg akan pi makan makanan favourite rakyat Malaysia iaitu roti canai. Yeah!


Sambil tunggu roti canai sampai, kita makan kuih donat India ni dulu ek. Aku tak tau nama dia apalah.


Mr Big cam biasa akan makan roti kosong + roti telur dalam satu pinggan yang sama


Aku haruslah bedal roti tampal. Sedap ooo. Tak caya? Tanye food blogger ni. Dia pun baru je berjinak2 makan roti tampal ni.


Pengikat kasih sayang antara aku dengan mamak ni, milo ais dan nescafe tarik.

Lepas makan tu, lepak-lepak macam suratkhabar ke ushar2 orang makan kat situ ke kan sebelum pi pasar plak.

Korang plak suka breakfast ape, tiap weekend ni. Sama cam aku gak ke? hehhehehe



Sunday, March 6, 2011

Sarapan Pagi Yang Indah

Hi Korang,

Hari-hari cuti haruslah semua orang liat nak bangun kan. Eh, jangan cakap orang, aku pun sama lah. Cutilah katakan nothing to do. Nak buat apa pun malas, even nak kuar pi breakfast pun lagi lah malas. So kenalah masak apa yang ada dalam fridge untuk sarapan kan.

Buka-buka fridge tengok apa yang ada je then trus masak. So ini dia sarapan pagi ktorg untuk hari ahad ni iaitu

Kuay Teow Goreng

Resipi ini aku cilok dari blog K Ina KL iaitu resipi asalnya Penang Char Kuey Teow. Di sebabkan bahan pun nan ado so aku convert jadi kuay teow goreng. Betul kata k ina, kuey teow ni memang sedap kalau di campur dengan air rebusan udang. Sempat jugak lah aku buat stok ni, ala senang je rebus je kepala & kulit udang then aku modified letak sos tiram sket. Sedap wei.Aku letak udang banyak.



Lagi bertambah sedap sarapan pagi ktorg dengan seteko nescafe kaw kan. Terangkat beb. Korang nak tau lagi, sampai licin kuey teow semangkuk tu tau ktorg kerjakan. Nampak cam kuay teow goreng tapi rasa macam Penang char kuey teow okeh.  

Kalau nak resipi char kuey teow, korang click je kat sini. Apa nak resipi buat nescafe? Ishk tak kan korang tak tau kan.. Nak aku ajar? Nantilah..

Anyway, Happy Sunday Korang...