Showing posts with label nak cantik. Show all posts
Showing posts with label nak cantik. Show all posts

Monday, January 9, 2012

Dah Macam Potong Rumput

Hi Korang,

Semalam kan hujung minggu, so selain pi tengok Twisties Grand Finale Konsert kat KL Live dan pi AgroMart Opening kat Serdang tuh ktorg duk melepak kat umah je. Nothing to do selain dari makan, tidur, tengok tv, surfing net, layan movie. 

Tup tup terasa cam nak gunting rambut plak kan. Aku rasa rambut aku ni dah macam albert einstein punya assistant dah. Kembang semacam je. Bila lepas cuci lagilah cam Datin Maimun si ghost buster plak kan. So pi lah aku mencari salon rambut dekat umah aku ni. 

Rupanya memang payah cari salon rambut bila time nak raya cino nie. Majoriti semua salon penuh. Yang nak colour rambut lah, rebonding, perm dan memacam lagi lah. Salon yang selalu aku pi tuh dia punya stylist cakap at least kene tunggu 1 jam. Aduiyai memang give up betul.

Dekat nak 5-6 salon aku terjah then barulah aku terperasan ada satu salon kecik dekat area umah aku ni. Nampak macam tak semengah je, seram gak bila masuk kan. Masuk je amoi tu tengah gunting sorang customer, apalagi terus je aku duk kerusi sebelah kan. Dia pun belek-belek rambut aku, terus dia cakap gurau-gurau 'U punya rambut manyak keras and tebal'. Bila dia potong dia cakap lagi 'Betul-betul macam potong rumput, tebal cuma tak de itu bau rumput lepas potong je'. Nasib baik angin aku baik, kalau tak baik dah kena amoi nie.


Walaupun salon dia nie kira taraf 3 star cam tu but service macam 5 stars. Masa sampoo siap dia urut sekali badan kan. Mana tak bagus, siap iron lagi rambut. Seronok gak dibelai-belai cam tu kan dan untuk service sebegitu aku kena bayo RM30 hengget. Aku tanya apsal mahal, ermm mau raya lah moi kene naik harga sket lah. 

Ermm lain kali janganlah gatal-gatal nak pi gunting rambut time-time kritikal cam ni, confirm harga cekik darah. Itu salon kecik, kalau salon yang selalu aku pi tuh entah berapa lah harganya kan. 

CLP notes : nasib baik cantik kalau tak...amoi nie aku lipat-lipat cam lipat kain nanti kan.


Monday, September 19, 2011

Rezeki Melimpah Ruah Lagi

Hi Korang,

Walaupun jumaat lepas hari tuh cuti Hari Malaysia tapi aku sebagai blogger tegar sempat hadirkan diri ke Maybeline Make-Up Workshop.

Memacam teknik nak cantik di pelajari. Itu nantilah aku citer ek.


Cuma nak bagi korang jeles, tengok nie dari pada satu beg beso nie


Aku dapat nie. Wah bestkan. Setahun tak yah nak beli alat2 solek. Habiskan je semua nie. Foundation ada, concealer ada, eyeshadow 2 pallet, lipstick berbatang2, compact powder lagi dan memacam lagi lah. Actually ada lagi but aku dah bagi kat sista in law aku dan MIL aku. Rezeki diorg lah time raya nie.

Thank you Maybeline dan Nuffnang for this rezeki.

I heart u lah, Chi Wa Wa...