Showing posts with label naik keretapi laju ke Ipoh. Show all posts
Showing posts with label naik keretapi laju ke Ipoh. Show all posts

Tuesday, October 1, 2013

Outing With The Butterfly Beauty Bloggers To Lost World Of Tambun

Hi Korang,

Citer ini sangat panjang walaupun travelnya cuma 2 hari 1 malam. Aku akan pecah-pecahkan entry ni ye. Harap korang tak bosan membacanya.


Aku di antara 29 orang beauty bloggers dari The Butterfly Project ke Lost World Of Tambun last 2 week. Sebenarnya aku dah hampir-hampir kena tinggal dek ETS Train tau. Sadis sungguh ye..

Pagi Ahad tu, Mr Big anto aku ke KTM Bangi dalam kul 6.35am cam tu, sebab aku dah tau yang dalam kul 6.45am nanti mesti ada train ke KL Sentral punyalah dengan kofidennya. Tup-tup abang jual tiket tu cakap kalau weekend train 1 jam sekali.Hah ko nak meraung di buatnya. Sabo lagi Lily ye.

Dalam kul 7.10am baru train sampai.

Masa dalam train tu, tak putus aku berdoa mintak train ni sampai cepat kat KL Sentral. Dalam 7.30 am cam tu Illy dan call tanya aku kat ne. Nak dah nak nangis ni tapi tahan gak. Sampai gak train dalam kul 7.50 am camtu. Turun train, berlari ni. Nasiblah orang-orang yang aku langgar, mintak maaf bebanyak ye.

Sampai depan Mc Donald nampak Illy dengan mamasan Tammy, terus senyum melebar tanda lega. Amik tiket, terus berlari lagi ke ETS Train Station. Nasib baik tingkat atas je. Mizz Ayna ada kat tempat orang check tiket tuh. Ok dah tak lari lagi coz confirm ETS Train tak akan tinggalkan aku.



Naik-naik je, bebudak duk sibuk tanya kenapa aku lambat, yelah selalukan aku ni puntual orangnya. Sembanglah kejap, duduk plak sebelah mahu-mahu. Oh lupa nak cakap, madi ni sorang je lelaki termasuk gan Henry dalam trip ni. Sukalah diorang ni dapat berkepit dengan dak-dak pompuan kan.


Sebelum bergerak, ktorang di berikan brief sket dari orang kuat KTM Malaysia, En.Nordin mengenai ETS Train ni. Aku first time naik ETS Train ni, best ooo. Untuk trip dari KL Sentral ke Ipoh untuk Gold Coach yang ktorang naik cuma RM35 seorang. Sangat selesa tau.


Aku sempat breakfast kat Cafe yang disediakan ni. Sedap gak nasi lemak sambal ikan bilis ni, sambil makan sambil boleh tengok pemandangan kat luar. Cantik.

Ya ampun, dalam ETS Train especially Coach C ni, memang bising. Biasalah borak sana, borak sini, bercamwhore bagai. Sangat seronok, nak tambah keseronokan lagi, ktorang dapat Survival Travel Kit yang di pertama kalinya di keluarkan oleh The Butterfly Project. Eh, rahsialah nanti aku citer kat entry lain ek.

Dapat plak cookies Rilakkuma yang comel dari Mamasan Tammy punye sister, rasa sayang plak nak makan.


Ktorang sampai Stesen Keretapi Ipoh dalam kul 10.30am cam tuh. Staff dari Lost World of Tambun, Syawal dan Firdaus dah menunggu dengan sepanduk yang besau sekali. Ee rasa cam VIP plak kan.




Ktorang bergerak ke Lost World of Tambun dengan bas yang disediakan khas oleh Perak Tourism. Eee best best betul. Trip dalam bas cuma 20 minit je, diorang siap sediakan cold towel lagi untuk refresh ktorang yang ala-ala letih kononnya kan.


Yeah sampai dah kat Lost World of Tambun. Meh bergambar sakan dulu ye.





Sesampai je, terus ke Kepura Cave untuk early lunch. Makan dalam gua, ko mampu? Tak kan, ktorang mampu. Memang sejuk duk dalam gua. Makanan yang di sediakan sangat simple tapi belasah tak ingat, licin semuanya.





Lepas makan ktorang ke Petting Zoo dan Tin Valley. Memacam ktorang buat kat sini. Nantilah aku citer, panjang lebau lah.




Lepak plak kat Dulang Tea House. Hi tea dalam gua lagi. Pendek kata kawasan Lost World of Tambun ni di kelilingi oleh gua batu kapur. Seronok wei. Menu hi tea ktorang, kopi o ipoh, roti bakar, telur setengah masak, biskut lutut. Makan dengan tak ingatnya lagi. yeah, aku bertambah gemuk.

Bayangkan lepas hi -tea ada treasure hunt.


Haruslah melompat-lompat segala apa yang ditelan kan. heheheheh tapi tak kuar pun. Lagi masuk ade lah. Team aku Team 6. Aku dengan Illy, Anis, Jenifer, Kay dan Maple.

Bersungguh-sungguh ke sana kemari mencari info yang di kehendaki. Sampai sesat barat pun hado. Tapi tak per, at least boleh explore theme park ni dengan lebih mendalam kan.


Abis aktiviti, masa untuk check in bilik. Aku satu bilik dengan Mizza Everdeen. Bilik 331, classical room. Ni pun aku citer nanti, coz banyak nau gambo.


Petang tuh, masuk balik dalam theme park. Apa lagi pi main segala jenis game yang hado. Main rollercoaster, ship, swing, dapat main air kejap je coz park almost nak tutup.

Terus sambung ke Hot Springs plak sampai malam.






Sambil mencuba 5 tempat mandi air panas tu, ktorang di hidangkan dengan BBQ dinner. Ada gak treatment dari Crystal Spa iaitu masker dan massage. Jadi abis makan je pi mengurut jap, lepas tu mandi, lepas tu makan, lepas tu mengurut, lepas tu mandi.

Itu jelah rutinnya sampai kul 11 malam.

Balik bilik terus pengsan hahahahahahha, tidur dengan nyenyaknya

Esoknya ktorang breakfast di Garden Terrance.



Makan lagi, pilih je apa yang ada dan bedal tak ingat. Sambil makan tu sempatlah citer-citer pasal semalamnya kan.

Naik bilik, packing jap dan check out. Dah terus naik bas dan balik ke Stesen Keretapi Ipoh.



Ermm  satu pengalaman yang best sangatlah. Lebih-lebih lagi outing dengan pompuan kan. Rasa cam time study je dulu. Citer-citer pasal hal pompuan, make-up syiok lah.

Anyway tanpa mereka-mereka yang kat bawah ni rasanya memang tak sampai lah aku ke Lost World of Tambun.




Perak Tourism

Terima kasih atas jemputan ini ye...