Showing posts with label music. Show all posts
Showing posts with label music. Show all posts

Tuesday, August 27, 2019

Konsert INSPIRASI AFGAN LIVE Di Kuala Lumpur 2019, Jom Dapatkan Segera!!

Hi Korang,

Ok peminat Afgan, mesti tertunggu-tunggu kan bilakah konsert Afgan di Kuala Lumpur untuk tahun ni kan


Jeng jeng jeng

Yesza!!

Oktober nanti tau

Kurang dua bulan dari konsert Inspirasi Afgan Live di Kuala Lumpur 2019, namun sebanyak 75% tiket konsert telah terjual! Itulah penangan penyanyi terkemuka dari Indonesia, Afgan atau nama sebenar Afgansyah Reza yang bakal kembali ke Kuala Lumpur untuk mengadakan konsert Inspirasi Afgan Live di Kuala Lumpur 2019 yang turut menampilkan Dato’ Shiela Majid pada 5 Oktober 2019 (Sabtu), 8.30 malam bertempat di HGH Convention Centre, Kuala Lumpur. 


Selepas kejayaan mengadakan siri Konsert DEKADE di Malaysia tahun lalu dan di Indonesia awal bulan ini, penyanyi kelahiran Jakarta ini menjanjikan kelainan dari konsert yang pernah diadakan sebelum ini. “Konsert ini berkisar mengenai sumber inspirasi dalam kerjaya seni saya selama ini dan diharap ianya dapat menaikkan semangat penonton untuk terus berusaha dalam mencapai apa yang diimpikan dalam hidup. Selain itu, konsert ini cukup istimewa dengan kehadiran idola saya Dato’ Shiela Majid dan ia merupakan satu penghormatan dan impian saya untuk mengadakan persembahan bersama beliau khususnya buat peminat di Malaysia”, kata Afgan. Manakala bagi Dato’ Shiela Majid, “Afgan merupakan antara penyanyi lelaki yang cukup berbakat dan pencapaian beliau sepanjang lebih 11 tahun di industri muzik amat membanggakan”. 

Gabungan dua penyanyi tersohor Indonesia dan Malaysia ini pasti memberi satu energi luar biasa dan kepuasan kepada peminat muzik tanah air. Inspirasi Afgan Live di Kuala Lumpur 2019 merupakan konsert terakhir Afgan sebelum beliau berehat seketika dari industri muzik setelah hampir 11 tahun berkarya tanpa henti dan ini memberi peluang buat beliau untuk menghasilkan karya lebih segar di masa hadapan. 

Keputusan untuk menganjurkan konsert pelantun lagu Terima Kasih Cinta ini dianggap pilihan yang tepat bagi Popcorn Studio Sdn Bhd kerana semenjak tahun 2015 hampir setiap tahun Afgan mengadakan konsert berskala besar di Malaysia. 


“Afgan merupakan nama besar dalam industri muzik di rantau Asia dan ini dapat dilihat menerusi kekuatan populariti dan permintaan tinggi khususnya dari peminat muzik di Malaysia. Ini juga terbukti apabila tiket yang mula dijual pada 25 Jun 2019 kini hampir 75% telah laris dijual. Justeru itu, peminat Afgan jangan ketinggalan mendapatkan tiket ke konsert ini”, kata Erik Ong, Ketua Pegawai Eksekutif Popcorn Studio Sdn Bhd. 


Popcorn Studio Sdn Bhd juga telah menganjurkan tiga peraduan menerusi media sosial buat peminat setia Afgan iaitu “Tag & Win” (2 tiket VIP), Smule “Bintang Inspirasi” (2 tiket Gold dan berpeluang bertemu Afgan) dan “Tag & Share” (2 tiket Silver) dan sambutan yang diterima amat menggalakkan. 

Selain Popcorn Studio Sdn Bhd, konsert ini turut mendapat tajaan dan kerjasama dari HGH Convention Centre, Durian King TTDI, Ganad, Redbox dan Greenbox. 


Peminat Afgan masih belum terlambat untuk mendapatkan tiket konsert dengan melayari https://proticket.com.my/inspirasi2019-afganliveinkualalumpur/ . Tiket dijual pada harga RM299 (Silver), RM399 (Gold), RM599 (VIP) dan RM1200 (Royal Box) dan pembeli tiket Royal Box bakal menerima pas Meet and Greet dan minuman ringan sebelum konsert. 

Konsert Inspirasi Afgan Live di Kuala Lumpur 2019 bakal memberikan satu kepuasan dan kolaborasi beliau bersama Dato’ Shiela Majid amat dinantikan para peminat muzik di Malaysia, Indonesia dan Brunei. 

Dapatkan segera tiket konsert Inspirasi Afgan Live di Kuala Lumpur 2019 untuk menyaksikan sebuah persembahan yang bakal meninggalkan momen manis dan indah buat semua! 



Thursday, July 11, 2019

Konsert INSPIRASI - Afgan Live di Kuala Lumpur 2019

Hi Korang,


Selepas DEKADE, penyanyi dan penulis lagu terkemuka Indonesia, Afgansyah Reza atau lebih dikenali sebagai Afgan bakal kembali ke Kuala Lumpur untuk tahun ketiga berturut-turut menerusi sebuah konsert INSPIRASI - Afgan Live di Kuala Lumpur 2019 pada 5 Oktober 2019 (Sabtu), 8.30 malam bertempat di HGH Convention Centre, Kuala Lumpur. 


Bertemakan ‘Inspirasi’, konsert ini bertujuan untuk menyuntik semangat, memberi ilham dan berkongsi sumber inspirasi pelantun lagu ‘Jodoh Pasti Bertemu’ dalam mengharungi cabaran sepanjang hidup dan pembabitan beliau dalam industri. Konsert ini juga bertambah istimewa kerana bakal menampilkan buat julung kalinya artis jemputan yang merupakan idola Afgan sendiri, Dato’ Sheila Majid. 

Dianjurkan oleh Popcorn Studio Sdn Bhd, konsert ini pastinya amat diimpikan peminat Afgan khususnya untuk melihat kolaborasi unggul di antara dua penyanyi tersohor Malaysia dan Indonesia ini. Ketua Pegawai Eksekutif Popcorn Studio, Erik Ong berkata “Pengaruh muzik Afgan dan kekuatan populariti serta permintaan tinggi dari peminat muzik tanahair antara sebab utama Popcorn Studio memilih untuk menganjurkan konsert ini. Belum pernah ada mana-mana penyanyi lelaki khususnya artis bukan tempatan yang setiap tahun mengadakan konsert berskala besar kecuali Afgan.” Ini sekaligus membuktikan Afgan berada di dalam kelasnya yang tersendiri. 

HGH Convention Centre Kuala Lumpur telah dipilih sebagai lokasi rasmi konsert dan peralatan serta teknologi terkini di sana pasti dapat memberi impak dan pengalaman berbeza buat penonton. “Kita menjangkakan sebuah konsert yang sold-out kerana pastinya tiada siapa mahu ketinggalan untuk menyaksikan sebuah magis duet di antara Afgan dan idola beliau” kata Erik.


Tiket konsert telah dijual bermula 25 Jun 2019 (Selasa) dan boleh didapati pada harga RM299 (Silver), RM399 (Gold), RM599 (VIP) dan RM1200 (Royal Box). Berita baik buat peminat Afgan, pembeli terawal berpeluang menikmati diskaun sebanyak 15% untuk pembelian tiket kategori VIP, Gold dan Silver dan tawaran ini adalah terhad. Manakala pembeli tiket Royal Box bakal menerima pas Meet and Greet dan minuman ringan sebelum konsert. 


Sebarang maklumat lanjut, sila layari https://proticket.com.my/inspirasi2019-afganliveinkualalumpur/

Jangan ketinggalan mendapatkan tiket konsert untuk menyaksikan sebuah persembahan yang bakal meninggalkan momen manis dan indah buat semua!





Wednesday, May 3, 2017

Biru Band - Maaf

Hi Korang,


Biru Band....

Yang popular dengan singlenya..

Kini kembali,
Dengan single yang lebih mantap lagi:
Komposer & Lyricist: Harry 



MUAT TURUN NADA DERING
Maxis CallerRingtones -- Dial *131*563937# tekan Call/Hantar
DiGi CallerTunes -- Dial *233*1330489# tekan Hantar/Call
Celcom CallMeTones -- Dial *323*282685# tekan Call/Hantar
U Mobile ColourTones -- Taip CRM 6371645 dan hantar ke 28383

Lirik penuh:
Sayangku maafkanlah
Aku yang harus sendiri..
Sendiri tinggalkan dirimu
Maafkan bila aku pernah menyakiti hatimu
Pernah melukai jiwamu
Maafku mengalah

*Maafkanlah bila cinta ku tak bisa memaksa
Kerna cintamu bukan untukku

Sayangku maafkanku
Pernah menyakiti hatimu
Pernah melukai jiwamu
Maafku mengalah
Maafkanlah bila cinta ku tak bisa memaksa
Kerna cintamu bukan untukku

**Sungguh aku tak bisa mempertahankan semua
Kerna ini yang terbaik tuk kita

Ulang *
Ulang **
Ulang * & **
Maafkan aku

Meh layan sekejap meh...





Saturday, June 13, 2015

Zahid Mulakan Semula Kerjaya Nyanyian Bersama Wonda

Hi Korang,

Info terkini yang di hujung minggu ek

Peminat kopi semestinya memlilih Kopi Wonda sebagai pilihan terbaik untuk memulakan semula hari mereka, tetapi tidak ramai yang mengetahui bahawa Kopi Wonda juga bakal menghidupkan semula kerjaya nyanyian salah seorang juara Akademi Fantasia.


Sejak memenangi musim kedua rancangan realiti TV berkenaan iaitu pada tahun 2004, dengan lagu popularnya yang berjudul 'Milikku', Ahmad Zahid Baharudin, atau lebih mesra dengan panggilan Zahid AF2, jarang tampil dengan aktiviti nyanyian. Beliau pernah mengeluarkan dua album yang mendapat sambutan baik daripada pendengar serta beberapa single, tetapi beliau memberi lebih tumpuan kepada kerjayanya sebagai penyampai radio di ERA fm sejak 2012, dan juga isteri serta anak.


Minat Zahid dalam bidang nyanyian yang amat mendalam, membuatkan beliau mengambil keputusan untuk meneruskan kerjaya nyanyian yang telah lama ditinggalkan. Bagi mengubati kerinduannya untuk kembali ke pentas muzik, Kopi Wonda tampil sebagai penaja untuk menerbitkan dan mempromosikan single terbarunya berjudul 'Biasa' sebagai sebahagian daripada aktiviti kempen ‘Mulakan Semula' ini.


Kata Zahid, “Saya tidak sabar untuk membuat penampilan semula dan kembali bertakhta di hati peminat saya seperti mana yang pernah saya lakukan pada tahun 2004 yang lalu. Kali ini, saya bakal tampil dengan single terbaru 'Biasa' yang ditulis oleh DJ Fuzz. Saya berbesar hati kerana berpeluang bekerjasama dengan Kopi Wonda untuk menghidupkan semula kerjaya nyanyian saya dan saya berterima kasih kepada mereka kerana sudi bersama saya dalam tempoh yang sangat mengujakan dalam hidup saya ini. Terima kasih juga kepada pihak Astro Radio yang membuka jalan untuk saya menempah kerjaya sebagai seorang penyampai radio”.


Faktor utama Kopi Wonda tampil untuk menaja Zahid adalah disebabkan kesungguhan dan komitmen beliau untuk kembali ke pentas nyanyian selepas empat tahun bertugas sebagai penyampai radio.


Beliau turut menambah, 

“Jenama minuman ini kagum dengan sikap profesionalisme, kesungguhan dan ketekunan Zahid untuk masuk semula ke gelanggang muzik tempatan setelah menyepi hampir sedekad. Kami amat berbangga dapat memainkan peranan dalam meletakkan semula Zahid di pentas nyanyian. Kita juga tahu bahawa Kopi Wonda dan penyanyi yang berbakat ini memiliki kualiti istimewa yang membuatkan peminat sentiasa mahukan lebih lagi daripada kerjasama ini.”

Zahid didorong untuk kembali menyanyi oleh keluarga, teman dekat dan juga peminat, yang turut menggesa beliau untuk mengeluarkan 'single' terbaru. Kini, dengan 'Biasa' yang sudah bersedia untuk mendaki tangga carta, rancangan masa depannya adalah untuk mengeluarkan lebih banyak lagu serta mengadakan siri jelajah ke beberapa lokasi terpilih.

'Single' terbaru Zahid dan video muziknya akan membuat penampilan di stesen radio dan televisyen tidak lama lagi.

Kopi Wonda menawarkan rasa segar kopi seperti baru dibru dengan tiga perasa – Asli dan Mocha yang mengandungi lebih 50% biji kopi Arabica, serta Latte. Kopi Wonda boleh didapati di semua rangkaian runcit utama, pasaraya besar dan kedai serbaneka seluruh negara.

Untuk maklumat lanjut, layari permanis.com.my.