Showing posts with label muka bersih. Show all posts
Showing posts with label muka bersih. Show all posts

Monday, May 13, 2013

Neutrogena Deep Clean Facial Wash untuk Kulit Sihat Dan Cantik


Hi Korang,

Ni ada facial wash terbaru keluaran Neutrogena bagi korang yang sukakan bauan fruity-fruity tau.

Aku petik dari PR media yang sudi share pasal produk ni



Jenama penjagaan kulit No. 1 yang paling disyorkan* oleh ahli dermatologi, Neutrogena®, melancarkan dua siri baharu di bawah rangkaian Deep Clean® – iaitu Neutrogena®Brightening Mulberry dan Neutrogena® Revitalizing Pink Grapefruit.


 Pembersih muka Neutrogena® Deep Clean yang menyeri dan menyegarkan kulit dengan ekstrak mulberi dan limau gedang

“Di Neutrogena®, kami percaya bahawa kulit yang bersih ialah langkah pertama untuk kulit yang sihat dan cantik.  Dengan siri pembersih muka baharu kami yang diperkaya dengan ekstrak mulberi dan limau gedang merah jambu, rangkaian Neutrogena® Deep Clean®  kini membersihkan kulit secara mendalam, serta menyegar dan menyerikan kulit.  Produk ini memberi perbezaan ketara dan menjadikan kulit sihat dan cantik sebagai keutamaan," kata Karen Ong, Pengarah Pemasaran Bersekutu, Johnson & Johnson Sdn Bhd.

Ekstrak mulberi di dalam Neutrogena® Brightening Mulberry membantu menyerlahkan kulit yang jelas cerah dan berseri, manakala sari limau gedang merah jambu menanggalkan sel-sel kulit mati agar kulit nampak lebih muda dan sihat.




Seperti semua pembersih muka yang berasaskan teknologi Neutrogena® Deep Clean®, dua siri baharu ini juga berkesan menanggalkan 99 peratus kekotoran, minyak, bendasing dan sel-sel kulit mati, menjadikan kulit bersih, segar dan sihat.

Kedua-dua siri ini merupakan pembersih muka buih ultra yang membersih jauh ke dalam pori-pori dengan buihnya yang halus dan kaya, yang terbentuk apabila keluar daripada botolnya; dan pembersih skrub yang mempunyai butiran pengelupasan halus untuk menanggalkan sel-sel kulit mati.  Kedua-dua cara ini berkesan untuk menyerlahkan wajah yang lebih berseri dan segar dari dalam.   

“Siri Brightening Mulberry dan Revitalizing Grapefruit ini juga diuji oleh ahli dermatologi bagi ciri bebas minyak, bebas alkohol dan tidak menyumbat pori-pori.  Komitmen kami ialah memberi pelanggan kulit yang sihat dan cantik dengan formulasi yang mesra kulit.  Itulah sebabnya kami merupakan jenama nombor satu yang disyorkan oleh pakar kulit di seluruh dunia,” tegas Ong.

Berikan kulit anda keserian dan kesegaran yang anda idamkan!  Rangkaian Neutrogena®Deep Clean® Brightening Mulberry dan Revitalizing Pink Grapefruit boleh didapati di farmasi-farmasi utama di seluruh negara. 




Untuk maklumat lanjut tentang Neutrogena® dan produknya, sila layari dan “like” Facebook Neutrogena® Malaysia di www.facebook.com/MyNeutrogena.


Korang yang masih lagi tercari-cari apa produk yang sesuai dengan kulit muka korang, why not cuba yang ni. Nanti kalau aku ada dapat produk ni untuk review, aku citer kat korang ek.

Chow…