Showing posts with label muhasabah diri. Show all posts
Showing posts with label muhasabah diri. Show all posts

Friday, July 12, 2013

Dugaan Hari Pertama Puasa

Hi Korang,

Citer ni berlaku kat opis aku on first day puasa.

Biasalah first day puasa, office time pagi tu agak senyap dari biasa. Maybe faktor malas bercakap kot, so hanya boleh dengar bunyi ketukan keyboard je. Bos-bos pun sama, tak bercakap gak macamlah diorg ni puasa kan. Propar sangat tau.

Sunyi dan sepi je

Tup-tup HR Manager aku sampai dari Penang. So aku ingat, dia datang nak uruskan handover job office manager aku dan brief aku some info for my new task. Aku pun tak kisahlah sambung buat kerja cam biasa.

Tengah duk kalut uruskan bos aku punya barang, aku perasan HR Manager tu pi panggil one of the staff, alah ada abang tu dia Senior Engineer kat sini masuk pi meeting room.Oit mesti ada menda baik ni, ermm untunglah abang tu.

Kemudian aku dengar bunyi suara kuat datang dari bilik meeting tuh, macam suara orang bertekak. Makin lama makin kuat, aku pandang budak QS depan aku ni, then dia angkat bahu cam terperanjat gak.

Then abang tu keluar dari bilik tu dalam keadaan marah, siap salam dengan bos-bos aku sambil cakap terima kasih sebab berhentikan dia. Hah, biar betul. Takkan sampai cam tu sekali. Sambil dia kemas barang-barang dia, sambil tu dia membebel yang pasal apa yang jadi tadi.

Lepas dia sign a few letters, terus je dia blah

Aku dengan budak QS tu, tergamam sekejap dibuatnya.

Sampai sekarang ni, aku still tertanya-tanya apa sebab management buat cam tu kat abang tuh. Memang ktorg tengah downsizing the company but untuk staff kat site je maklumlah project banyak dah abis, tapi itu semua contract staff tapi abang ni permanent staff.

Ermm makin pelik dibuatnya.

Apalah nasib abang tu sekarang ni ek, dah lah time puasa nak raya plak lagi kan. Dengan wifenya pregnant, anak 6 orang. Cam ne dia nak settlekan semua ni.


Aku cuma boleh doakan supaya abang tu dapat mengharungi semua ini dengan tabah dan semoga semuanya akan berakhir dengan kegembiraan. Dugaan seperti ini mengajar seseorang untuk jadi lebih lasak dalam menggalas setiap bebanan kehidupan dan bagi aku pasti ada ganjaran menanti bagi yang diuji. Kita mana tau, ini semua kerja Allah.

Bertabahlah

Friday, May 27, 2011

Muhasabah Diri

Salam Jumaat Korang,

Semalam kan aku seorang diri je kat umah. So dalam masa sengsorang tu aku banyak berfikir dari segala benda, segi, aspek pasal diri aku sepanjang 32 tahun aku hidup ni kan. Di antara:-



Rezeki sentiasa datang bergolek
Ermm lately banyak jugak rezeki yang datang kat aku. Walaupun sket but rezeki jugak kan daripada orang yang tak de tu kan.

Partner yang memahami
Kekadang aku geram jugak dengan perangai  si dia tu kan but bila fikir2 balik, mr Big tak pernah nak bising kalau aku nak keluar dengan kengkawan aku walaupun dia ada kat umah time tuh. Dia beri kebebasan yang sewajarnya

Family yang sentiasa sayang kat aku
Walaupun aku dalam susah ke senang ke diaorg nie semua bersusah payah untuk menolong aku tak kiralah apa pun kan.

Sesungguhnya aku memang amat2 bersyukur dengan apa yang di limpahkan kepada aku samada baik ataupun buruk.