Showing posts with label mix grilled. Show all posts
Showing posts with label mix grilled. Show all posts

Thursday, May 21, 2015

Dinner Di EYE’S STEAK Dekat Bazaria Pantai Dalam

Hi Korang,


Ni #BloggerKakiMakan lah ni, ajak aku pi makan sampai ke Pantai Dalam ni.


Kitaorang ke EYE’S Steak di food court Bazaria Pantai Dalam, Ntah aku sendiri pun tak familiar dengan tempat ni, nasib baik tumpang kereta explorasa dengan Madi so sampailah ke mari.

Tempat ni merupakan kawasan food court yang sangat luas dan banyak sungguh kedai makan dan korang boleh cari apa jua jenis makanan tapi malam tu ktorang nak cuba western food la. Sekali sekala makan steak apa salahnya kan hehehehe


Kedai EYE’S Steak baru sahaja dia buka dan di usahakan oleh sepasang suami isteri Puan Nisa dan suaminya Ayie, yang mempunyai pengalaman memasak steak di luar negara (United Kingdom). 

Meh tengok beberapa hidangan yang menjadi favourite di kedai ni

Aglio Olio Prawn Pasta

Mash Potatoes

RIB-EYE Steak (Medium rare)

Chicken Chop

Grilled Chicken With Butter Rice &Tumeric Sauce

Mixed Grilled

Grilled Chicken Breast

Chicken Chop Sizzling

Apmacam? Nampak tempting kan.

Itulah walaupun platingnya sempoi tapi rasanya sedap dan mengikut citarasa selera orang-orang kita. Tak terlalu pedas dan tak terlalu keras dagingnya.


Kalau nak cuba, boleh ke

EYE'S STEAK PANTAI DALAM
Alamat : GM05-09 & GM05-10, 
Bazaria Pantai, Jalan Pantai Permai 2, 
Pantai Dalam, 59200 Kuala Lumpur

No. Tel : 011-1235 3984 / 017-256 3238 ( Puan Nisa)

kemain diorang ni kan

Restoran Eye's Steak ini di buka setiap hari dari hari Isnin hingga Ahad dari jam 6.00 petang hingga 12.00 tengah malam. Nak tahu lebih detail tentang restoran ini korang boleh pergi ke Facebook dan laman web mereka. Jadi nak cari menu western mesti datang sini ok.