Showing posts with label mines shopping centre. Show all posts
Showing posts with label mines shopping centre. Show all posts

Thursday, April 19, 2012

Kat Pizza San Francisco Tapi Bukan Makan Pizza


Hi KoranG,

Lama tak citer pasal makan, now nak citer laH.

Di sebabkan dah tak tau nak makan apa laGI time dinner ni, ktorg pi lah melepak kat THe Mines ni. AlaH sekanGkanG kera je dengan office aku ni. Kat sini bila dah malam tak berape ramai oranG time weekdays ni.



Asalnya nak makan Pizza Hut but malas nak naik atas so merayau2 kat bawah ni. Nampakla kedai Pizza San Francisco ni. Masuk2 tak ramai oranG so piliH tempat yang dekat denGan kitchen coz nak tenGok cara diorG masak kan.



Bile menu sampai terus je bertukar fikiran daripada nak makan pizza boleh plak terpilih yang lain. Memang dasar rambang mata betul.

So ktorg pilih

Bruschetta Mushroom – Apptizer

Chicken Chop Mr Big punya

Grilled Salmon Mrs Big punya lah.

Makan tak pandang kira kanan coz dah lapo sangat time tuh. Bedal je lah. Not bad jugak lah rasanya. Walaupun French Friesnya kecik  dan oily too but chicken dan salmon memang tidak menghampakan tekak.


Yang best tuh, bila dah bedal memacam bilas plak dengan air suam. Jaga kesihatan lah sangat kan. Ishkk

Okla makan kat sini. Banyak pilihan menu western yang sesuai dengan tekak ktorg ni. Cuma harganya agak pricey sket. Camtu yang ktorg makan ni lebih kurang dalam RM60++. Mahal ke murah ek

Malas order bukan nak tengok harga pun yang pi tengok gambo menu tu sape suruh kan. Padam muka. Apa-apa pun janji kenyang ek.

CLP notes : Tolong jangan ikut perangai ktorg yang kuat makan ni ye



Friday, February 24, 2012

Terpaksa Jua

Hi Korang,

Memula plan tak nak keluar kemana-mana pun hari ni eventho consultant ajak jumpa nak bagi surat. Memacam excuse yang aku buat. Keje banyaklah, technician nak datang betulkan lampu lah itu lah ini lah kan.

Tup tup terpaksa gak kuar di sebabkan satu menda which is

CELLOTAPE

Aduiyai, punyalah malas but terpaksa gak kuar demi tuntutan keje. Sebab nak balik opis cepat, haruslah ke Mines Shopping Complex je lah sebab paling dekat dengan office aku ni.

Bila dah masuk ke Mines ni haruslah jejalan dulu kan. Lepas je pi beli tapes yang tak sampai 5 minit tuh, abis 3 tingkat aku round cuci mata kan.


Dah time tengahari haruslah singgah makan jap. So duk lepak kat Old Town coz tak ramai orang.


Sebab aku jarang makan kat sini, so tak tau nak order apa. Then apa yang nampak sedap dalam menu itulah yang aku makan. So ini dia Spicy Chicken Chop Rice. Rasanya ermm bolehlah untuk mengalas perut. But kalau buat food review jawabnya hancus lah kan.


Tapi tak sedap pun, bedal sampai jugak kan.Tinggal bawang je. Teruk betul aku rasa.

Ok dah sambung balik keje nak siapkan tender coz ada submission next week. Ishkk letih dibuatnya lah.

CLP notes : Dah biasa jalan berdua, bila sengsorang rasa pelik la plak kan






Wednesday, October 19, 2011

Sushi RM2 Sepinggan Je

Hi Korang,

Ada berita baik bagi peminat Sushi macam aku yang tegar nie kan.


This week ada promotion untuk member card area KL dan Selangor. Korang leh makan seberapa banyak sushi dalam masa 60 minit dengan hanya RM2 je sepinggan tau. 


Betul lah, aku tak tipu. Tengok lah banner tuh.

Apa lagi ktorg bebudak kat office ni tak lepaskan peluang lah kan. Mentang2 lah safari nie dalam Mines. So sempatlah ktorg terjah hari isnin hari tuh kan. Alah pergi berenam je. Muat satu Alza. Senang. Masa sampai tu tak ramai orang lagi. So ok lah. 


Di sebabkan ktorg meja hujung sekali dekat dengan kicthen, dapatlah makanan yang fresh2. Chef tu siap je buat kat kaunter tuh, ktorg sapu dulu. Ntah berapa pinggan aku bedal udang ni pun aku tak tau dah.


Dalam masa 40 minit je ktorg dah bedal 40 pinggan. Itu pun sebab mengenangkan x cukup masa nak pi shopping plak tuh. So stop kat situ jelah.

Totally memang kenyang betul lah. Masuk je office terus capai mug buat kopi untuk hilangkan ngantuk.

Korang belum pegi? Baik cepat nanti nyesal tak guna kan.

Cepatlah...