Showing posts with label milk a deal. Show all posts
Showing posts with label milk a deal. Show all posts

Saturday, October 1, 2011

Manjakan Diri di Jemari Spa

Hi Korang,

Rasanya dah lama betul aku tak pegi memanjakan diri ke spa, sangat2 lama. Maybe coz sibuk sangat dengan kerja2 yang melambak2 kan.


Then hari rabu hari tuh, aku dapat jemputan untuk ke Jemari Spa. Ermm bila dah dapat jemputan haruslah pegi kan. Jemari Spa ini dekat area Danau Kota je (sebelah Restoran Mamak Subaidah), so senang lah kan. Dah tau tempat.

Tenang je dengar bunyi air mengalir

Lepas buat treatment, abis aku kerjakan

Rawatan yang diberikan ialah volcano stone massage, brightening facial dan manicure. Rasanya dalam masa 2 jam tuh, seronok betul dibelai, dipicit2 dan di urutkan. Di sebabkan Jemari Spa ini khas untuk kaum muslimah je, rasanya korang yang datang tak de nak rasa segan2 or takut2 untuk buat rawatan kan.

Collagen tuh..


Dengan Farah, pengurus Jemari Spa

Para lady masagger pun bagus2 orang. Sambil kita di belai2 sambil tuh diorang ni terangkan apa kebaikan massage kan. Semua di lakukan dengan tertib dan teratur. Diorang buat keje pun aku tengok cam rileks je, tak de pressure langsung. So kita yang duk dibelai2 ni, lagi lah seronok kan.

Aku cam nak try je pakej nie, boleh bayar 2 kali tuh

So korang, boleh lah ke Jemari Spa ini. Pelbagai pakej yang di tawarkan dengan harga berpatutan. Yang best tu, pakej ni bertukar2 setiap bulan. 

Aku bagi 4/5 rating untuk Jemari Spa ni. Tenang dan rileks je

Btw, Milk A Deal pun ada buat promotion untuk Jemari Spa ni. Do check it out coz harganya memang murah betul. 

Tuesday, August 16, 2011

Best jugak Dapat Join Milk A Deal Affiliate Ni


Hi Korang,

Korang perasan tak, aku ada post entry pasal aku dapat jadi MilkWoman weekend lepas? Ermm tak perasan , Nampak nau tak baca blog aku kan. Meh click kat sini.


Aku dapat invitation untuk join seminar mengenai Milk A Deal ni. Memang anjuran diorg yang pertama kat KL ni. Sebelum diorg pernah buat kat Penang dan sambutan agak menggalakkan.


Milk A Deal (MAD) Affiliate ini merupakan program untuk sesiapa yang mahukan pendapatan lebih. Tak kiralah cikgu ke, student ke, surirumah ke sesapa je lah, asal kan mempunyai minat dalam bidang jualan ni. Actually MAD ini bukan menjual barang or services but mereka ini menjual idea untuk para peniaga kecil-kecilan yang ingin besarkan business mereka.


Dalam seminar, ktorg di beri tunjuk ajar mengenai MAD ni secara terperinci. Macamana MAD ditubuhkan, siapa di belakang MAD, macamana MAD ini di jalankan dan memacam lagi kan. Majoriti yang datang semuanya golongan professional yang betul-betul minat mengenai MAD ini. Cuma aku, KancilBiru dan Eyriqazz je datang suka-suka coz nak tau apa sebenarnya MAD ni.


Bukan setakat tau pasal MAD nie je, ktorg diajar cara berdepan dengan customer, public speaking, presentation dan banyak lagi lah. Lepas tu plak ada group discussion on how to approach customer. Tergagap aku dengan KancilBiru nak jawab kan. Nampak sangat aku ni tak pandai cakap, kelentong pandai lah kan. Hakhakhakahaka


Anyway terima kasih Milk A Deal for this opportunity yang best ni. Aku rasa banyak benda aku belajar dari seminar nie. Rugi Afrayuri sebab tak datang tau. Hehehehehe

Nanti kalau aku dah jadi MAD Affiliate ni, korang bagilah sokongan kat aku ek.

P/S : Alamak jap lagi ada exam MAD thru online. Kena buat betul2 nie sebab nak lulus dengan flying colours tau.




Sunday, August 14, 2011

Sunday Post : We Are MilkWoman

Hi Korang,

Inilah wajah-wajah duta terbaru dalam Milk A Deal. Aku dan juga tokey Premium Beautiful nie


Hah, jangan tak caya okeh. Ktorg baru je di terima masuk dalam bisnes Milk A Deal ni. Memacam benda yang aku belajar dalam bisnes nie. Memang sangat cantik, menarik, tertarik ko memang deboom..

Ok, nanti citer lagi..

Wednesday, May 18, 2011

WW - Ruginya

Hi Korang,

Korang tengoklah ni


Camne aku boleh lupa ek? Kan dah rugi. Beli kupon bukan main nak rak bagai kan. Last-lat boleh terlupa plak nak redeem.

Tuesday, May 10, 2011

Di Sebalik Tabir 'Our Family Photoshoot'

Hi Korang,

Sekarang ni musim orang amik2 gambo, betul tak? Tka kiralah dalam studio ke kat luar umah ke semua cam suka kan. Yelah dapat menayang kamera DSLR yang canggih tu kan.


Eh ktorg pun sama gak lah kan, tak nak ketinggalan lah katakan. So baru2 ni my S.I.L beli voucher kat MilkADeal tu which is outdoor photoshoot. Not bad jugak harganya hampir 70% kurang lah dari harga asal. Lepas discuss2, ktorg suggest kat Putrajaya senang sket coz dekat je dengan umah.


So shooting untuk outdoor photography ktorg plan Sabtu lepas. Petang cam tu lah. Before that, ktorg berpesta make-up kat umah dulu. Yang sorang nak pakai bulu mata Rozita Che Wan, yang sorang lagi nak pipi flawless yang sorang lagi nak itu lah ini lah. Macam2 perangai kan janji cantik. Nasib baik my B.I.L tu ada experience dalam solek2 ni kan.

Sampai2 Taman Botani kat Putrajaya ni, ermm memang aku kagum. Maklumlah ni first time sampai kat sini. Ramai jugak orang petang2 berouting kat sini. Ada yang berjogging, berbasikal, jalan2, yang bercamwhore pun ada.


Photoshoot di jalankan dekat satu jambatan besi dalam Taman Botani ni, memang cantik tempat ni sejuk je mata memandang kan coz semuanya hijau. Our photographer is from DFC Channel which is Fitri & Diha. Baik mereka ni sentiasa sabar melayan kerenah ktorg sekeluarga.


So banyak jugak tempat yang ktorg amik dan memacam gaya posing yang timbul lah. Yelah jadi model gitu kan. Aku? mana reti beb, nasib baik bebudak2 ni ajar cam ne nak posing. hehehehehe kelakar betul lah.


Photoshoot selama 1 jam ni berakhir around 7pm cam tu. Bukan tak leh lelama cuma takut pak guard tu halau plak kan.

Anyway totally seronok berouting cam ni. Exercise dapat, gambo pun dapat malah can bring us closer to our family also.


Thank you to Dfchannel Photography as photographer ktorg tak lupa jugak kat En Radz yang sudi menaja make-up yang voggie the buzz ni dan yang paling penting orang yang sponsor photoshoot yang superb ni Cik Siti Radz.

We Love Korang + Mama Tau..

p/s : Once dah siap nanti aku tunjuk kat korang ek.. Tak sabo lah rasa nya..