Showing posts with label menu masakan sihat. Show all posts
Showing posts with label menu masakan sihat. Show all posts

Thursday, May 31, 2018

Resipi Otak-Otak Salmon Yang Mudah Senang Serta Menyihatkan

Hi Korang, 

Kita kalau orang melayu masak mesti heavy-heavy teskturnya kan. 

Yelah berkuah, berlemak, bersantan, berminyak dan memacam lagi lah janji sedap katanya so ditambah-tambah lagi untuk menyedapkan menu tersebut. Lepas tuh penyakit datang kan hauhauhauha then barulah serik tak nak makan yang cam tuh lagi. 

Tapi sebenarnya menu tuh tak salah tapi cara kita memasak tuh kita ambil mudah, nak sedap tanpa memikirkan kesihatan bukan tak boleh masak style sebegitu tapi sekali sekala tuh tak per. Ewah banyak plak kak lily membebel ni ek, padahal nak citer resipi je ni. 


Selalunya kalau kita buat otak-otak ni, kita gunakan santan untuk tambahkan tahap kesedapan kan so why not sekarang ni kita tukarkan kepada sesuatu yang lebih sedap. Kak lily guna Fernleaf Susu Rendah Lemak ni tau. Produk tenusu daripada New Zealand ni memang menjadi kegemaran ramai kerana kualiti dan juga jaminan kesihatannya. 

Kak lily tambahkan sedikit butter dari Anchor Butter dan juga yogurt dari Anlene yogurt untuk sosnya, kemain lagi ek, alah tukar angina sket untuk nak lebih sihat kan. 

So inilah resipi Otak-Otak Salmon ni 

500gm Salmon (dikisar halus dan separuhnya di potong kuib) 

Bahan Kisar: 


3 cm kunyit 
5 nos bawang merah 
3 nos bawang putih 
3cm halia 
Lengkuas 
Serai 
100g Cili merah 

Bahan-bahan lain:-


3 helai daun limau purut – diracik halus 
½ cawan susu segar Fernleaf 
Anchor butter - hanya sedikit 
Daun pisang untuk membungkus 

Bahan Untuk Sos


1 yogurt Anlene – perisa asli 
Bawang putih – sedikit 
Sedikit jus lemon 
Garam secukup rasa 
Sedikit chili flakes

Cara untuk sediakan sos
1. Masukkan kesemua bahan dan kisar hingga halus
2. Tambah garam secukup rasa

3. Taburkan sedikit chili flakes

Cara-cara: 


1. Bersihkan dan potong salmon ke dalam kepingan kecil dan dibahagikan kepada dua bahagian, satu untuk dikisar halus dan satu bahagian lagi untuk di potong dadu 

2. Kisarkan kesemua bahan-bahan yang ditandakan kisar 


3. Setelah dikisar campurkan kedua-dua bahan tadi iaitu bahan kisar dan ikan salmon dan kacau hingga sebati. 


4. Kemudian masukkan susu segar Fernleaf, daun kunyit dan gaulkan 


5. Tambah Anchor butter ke dalam adunan


6. Setelah di biarkan seketika, inilah masanya untuk membalut isi salmon ini ke dalam daun pisang.


7. Panggangkan otak-otak salmon ni selama 10 hingga 15 minit. 

8. Hidangkan sebagai pembuka selera


Mudahkan, semua bahan diblend dan di bungkus dengan daun pisang dan di bakar dan siap!! 

Dah salin lekas resipi ni ek, bolehlah korang cuba nanti. Alah bahan-bahan perasa tuh korang pepandailah adjust bagi sedap hehehe 

Ada berita baik untuk korang pembaca setia blog www.ciklilyputih.com ni. 

Ada online contest di Facebook Fonterra Brands Malaysia ni tau, 

Cara penyertaan mudah saja :
1) Like Facebook page Fonterra Brands Malaysia
2) Like resipi Otak-Otak Salmon Cik Lily Putih ini di page Fonterra Brands Malaysia 
3) Komen nama yang paling kreatif sekali di resepi ini dan tag 3 rakan korang
4) Share resipi ini untuk tingkatkan peluang korang untuk menang

Mudah kan!! 

Korang semua juga berpeluang untuk menangi hadiah istimewa sempena dengan First Feasts Fonterra Brand Malaysia. Hadiah-hadiah menarik seperti Fujifilm Instax mini 8, Tefal Cookware dan produk Fonterra. 

Selamat mencuba