Showing posts with label menu masakan mudah. Show all posts
Showing posts with label menu masakan mudah. Show all posts

Wednesday, April 30, 2014

Beli Pek Masak Ria MAGGI


Hi Korang,

Kuasa membeli barang dapur memang 100% di tangan aku, yelah aku kan juara masak Maggi hehehhehe. Haruslah kena dengar cakap sang juara kan. 

Yesza..

Aku boleh beli apa je yang aku suka dan Mr Big jadi ATM machine aku. Tak kira apa barang pun janji barang memang dia tak kisah. Cuma dia tau, ada je menda nak makan ke nak masak kat dapur bila time lapo.

inilah dia 'Pek Masak Ria MAGGI'

Tengah duk jalan hullu hilir kat rak rempah-rempah dalam Giant ni, aku ternampak ni. Ermm 'Pek Masak Ria MAGGI'. Nampak cam menarik je.

Rupanya ada macam-macam bahan masakan dalam pek ni. 

Ada

maggi ayam sebungkus

dapat tupperware free lagi

ada perencah masakan pelbagai jenis

Best kan. 

booklet menu untuk 7 hari

Yang paling aku suka menu masakan tuh untuk 7 hari. Kira kalau dah tak de idea nak masak, aku boleh refer kat booklet ni. 

Harga dalam RM9.90 kot, ntah aku pun lupa. Tak sampai RM10.00 pun, kira worth it gak la coz semua ada.

Ermm masak briyani lah esok, rempah dah ade. 

Ewah kemain lagi kan..