Showing posts with label menu makanan pasar malam. Show all posts
Showing posts with label menu makanan pasar malam. Show all posts

Monday, January 11, 2016

Misi RM50 Di Pasar Malam Setia Alam

Hi Korang,

Weekend lepas memang ktorang buat keja giler.

Aku ada spa day out dengan bebudak blogger pompuan ni di Healthland Setia Alam, so semua laki-laki tinggal kan lah. Ok itu nanti citerlah


Abis je spa session tuh, bebudak ni kecoh ada pasar malam terpanjang kat belakang je bangunan ni. Apa lagi moh kita serang pasar malam. Alah aku, nannie dengan Ayu je sebab nak pi beli makan malam je pun.

Berbekalkan duit RM50 coz itu je aku budget mehlah kita melangkah kaki berjalan.



Mak oi kemain panjang sungguh pasar malam di Setia Alam ni, kalau korang datang dari bangunan Setia Alam Club ni, majoriti sebelah kiri adalah peniaga cina dan sebelah kanan peniaga melayu. Sebab tak tau so ktorang redah jelah.

Seronok wei korang boleh memacam ada, ktorang punye pandai masuklah ke bahagian peniaga cina dulu, pelbagai jenis makanan oo ada, rambang mata oooo pakkal tak boleh beli kann, kalau tidak haruslah aku borong semuanya.

nasi ambeng RM7.00 kemain beso ek

nannie tengah beli kulit ayam

murah lagi yong tau foo kat sini lah ek

Bila masuk lorong peniaga melayu bertambahlah seronok lagi coz baru boleh membeli belah. Macam-macam makanan ada, yang biasalah macam nasi lemak, makanan goreng-gorengan, air pelbagai warna dan rasa, sayur-sayur, baju-baju dan memacam lah wei.

Ok meh tengok apa yang di borong

Air Hipster = RM20.00

Nasi Lemak = RM10.50

Yong Tau Foo = RM15.00

Tau Foo Fa = RM4.00

Apam Balik = Rm2.50

Total semua sekali adalah RM52.00

Beli air hipster je dah RM20 kan, ishk pengaruh betul. Asal ada menda pelik je mesti aku sibuk nak beli ek. Terlebih budget sket lah, alah tak per jangan terlebih banyak sudah kan.

Cam ni lah cara aku jimat berbelanja, peruntukkan budget certain amount dan belanja within the budget. Kalau kurang untunglah tapi kalau lebih amik ko.. lu fikirlah sendiri..

Sekali sekali pi pasar malam apa lah salahnya hehehehhhe

Balik tu sampai umah terus bukak semua dan hidang, kemain laju lagi Mr Big makan ek maklumlah dah lapo sekian lama menunggu hahahahhaa

so misi kureng BERJAYA  cuba lagi next pasar malam ek