Showing posts with label menu makanan barat. Show all posts
Showing posts with label menu makanan barat. Show all posts

Monday, November 17, 2014

American BBQ Dinner di ARMADA Hotel Petaling Jaya

Hi Korang,


Ermm BBQ siapa yang tak suka kan?

Aku dengan Mr Big ni lagi lah berhantu ooo kalau bab makanan bergrill ni.

So hari tuh, ktorang dapat jemputan dari Armada Hotel PJ ni untuk merasai kenakan menu American BBQ ni di Rasa Utara Cafe. Tapi sayang Mr Big tak dapat ikut coz sibuk ada kerja plak last minit.


Cam biasa geng-geng kaki makan of courselah ada sekali, shakiddo, food blogger tersohor, blogger kaki masak dan tuan manager A****. Hehehhehe. Ktorang sampai awal so sempatlah citer-citer pasal perkembangan terkini dunia blogging tanahair ni kan.

Jom kita lihat menu yang dihidangkan sempena promosi American BBQ ni ek

BBQ SALMON STEAK

Lemony marinated salmon steak grill, Served with avocado tomato salsa, potato & farmer’s vegetables
RM 32.00



CHICAGO BEEF RIBS

Braised spare rib in sweet onion BBQ sauce, Served with mashed potato and vegetables
RM 45.00




HAWAIIAN BARBEQUE MIX

A hearty mix of tasty beef chicken and lamb cutlet, charbroiled & served with pineapple hot pepper sauce.
RM 40.00




FISHERMAN’S TREAT

A grilled combination of seafood, fish, prawns, mussels and squid ,served with garden salad and lemony BBQ sauce
RM 38.00


LATIN AMERICAN CHIPOTLE SPRING CHICKEN

Marinated smoked dried Jalapeno chicken charbroiled, Served with potato and farmer’s vegetables
RM 32.00


TEXAS OSSO BUCCO

Lamb shank with honey BBQ marinated charbroiled to perfection & served with ginger mustard BBQ sauce
RM 43.00

So lets eat ye..

Apa lagi, memang seronok makan malam tuh. Nampak macam sket je portionnya kan tapi bila makan aduiyai senak perut di buatnya. Nasib baik aku tak makan kambing so portion aku di serahkan pada bebudak ni lah.


Promosi ‘American BBQ 2014’ ini berlangsung dari 1hb November 2014 – 1hb Disember 2014. 1 bulan tuh, oklah boleh lah plan untuk ke mari kan.

Jom kite ke :


Rasa Utara Cafe
Armada Hotel Petaling Jaya
Lot 6, lorong Utara C,Section 52
46200 Petaling Jaya Selangor

Tel: 0379546888
Fax: 0379568088

GPS: 3.104347,101.640521


Nak bagitau sekali yang, kawasan Petaling Jaya ni semua jalan sudah di jadikan jalan sehala. So kalau korang salah masuk jalan, memang kena tawaf satu bulatan besar di PJ ni ek. Tapi jangan bimbang, ikut je instruction yang ada disediakan di sepanjang jalan.Aku hari tuh pun, hamper-hampir mau tersalah jalan jugak lah.

So weekend nanti, tak tau nak makan kat mane bolehlah ke mari ek..

Wednesday, October 8, 2014

Promosi ‘Sizzle With Sausages’ Di Armada Hotel Petaling Jaya

Hi Korang,


Lama betul tak ke Utara Coffee House ni, sejak review buffet Ramadhan dulu tuh.

Kali ni, ktorang dapat menikmati hidangan sausage yang di pelbagaikan di dalam beberapa hidangan yang simple tapi unik.


Selalu makan ala buffet je, untuk promosi ni kitaorang dihidangkan dengan hidangan ala-carte plak. Kira makan berhidang tau. Order saje then tunggu sampai makanan datang.

So let’s see,

Foot Long Sausage (RM26)

Sosej yang panjangnya 14 inci dihidangkan bersama mashed potato dan sauerkraut (kobis jeruk)

Cheese Frankfurters (RM24)

Di hidangkan sekali bersama French fries dan garlic mayonnaise sauce

German Bratwurst (RM26)

Sosej ayam bersama beef slices, mashed potato dan sauerkraut (kobis jeruk)

Chicken Jumbo Sausage (RM26)

Di hidangkan bersama potato salad san mix vegetable

Spicy Sauteed Sausage (RM24)

Di hidangkan sekali dengan anchovies (ikan bilis goreng), bawang dan cili

Walaupun nampak macam sket je portionnya tapi bila makan ermm ma kai kenyang sungguh. Di antara 5 hidangan tuh, aku suka Cheese Frankfurters dan German Bratwurst sebab rasa sosej tuh lain sket dan side dishnya sedap tau.

Alah itu tekak aku, kalau korang aku tak tau plak kan hehehhe


Promosi ‘Sizzle With Sausages’ ini berlangsung dari 1hb Oktober 2014 – 31hb Oktober 2014. 1 bulan tuh, oklah boleh lah plan untuk ke mari kan.

Jom kite ke :

Rasa Utara Cafe
Armada Hotel Petaling jaya
Lot 6, lorong Utara c, section 52
46200 Petaling Jaya Selangor
Tel: 0379546888
Fax: 0379568088
GPS: 3.104347,101.640521


alah lapar balik plak bila tengok gegambar ni ek..