Showing posts with label mental. Show all posts
Showing posts with label mental. Show all posts

Saturday, February 26, 2011

Tolong Hentikan Penderaan, Aku Takut!!

Hi Korang,


Baru-baru ini aku dapat invitation untuk ke  100th International Women's Day + sessi teater Life Sdn Bhd : Abuse di The Actor Studio Lot 10 KL.


Jemputan ini merupakan 90 minutes yang pertama dalam meraikan 100th International Women's Day. Kagum jugak aku kerana di jemput ke event2 yang menarik seperti ini.


Penderaan bukan sekadar secara fizikal tetapi penderaan juga boleh datang dalam bentuk mental dan emosi dan yang paling teruk penderaan juga boleh berlaku di persekitaran kita tanpa kita sedari.  Di dalam sessi teater Life Sdn Bhd : Abuse ini, para-para pendukung watak ini berjaya menceritakan semula segala jenis penderaan yang sering berlaku setiap hari tanpa kita ketahui.

Bermula dari anak-anak kecil yang tidak kenal erti kehidupan sehingga ke para isteri, para ibu serta haiwan yang tidak berdosa ini didera mengikut sesuka hati. Ini lah lumrah alam yang kita harus tempuhi. Walaupun mereka ini boleh bersuara tapi mereka ini tidak berdaya untuk melakukannya cuma segelintir sangat yang mampu bebas dari penderitaan ini.


Totally menarik sessi teater ini, aku rasa sangat terhibur dan hiba bila mendengar rintihan2 mereka ini sehingga tak sangka aku hampir menitiskan air mata.


Mesti korang teruja kan, dengan apa yang aku cerita ini tadi. Sessi teater ini akan berlangsung sehingga 27hb Febuari 2011, dan ianya percuma tetapi kenalah buat tempahan tiket di www.kakiseni.com. Pengarah ialah Dato' Faridah Merican.

Sekiranya korang tak berkesempatan korang boleh sama-sama menyumbang kepada Matlamat para pelakon ini iaitu dengan menyokong  dan menyebar link dibawah untuk kesedaran kita semua.





Actually pelbagai cara jugak kita boleh banteras gejala penderaan. Ayuh! lakukan lah sekarang!


As usual, bloggers memang tak boleh tinggal untuk bergambar kan. Walaupun tak ramai yang di undang tapi kemeriahan tetap dirasakan.  So terima kasih Nuffnang di atas jemputan ini.

MANifesto is also a partner to Churp Churp and Nuffnang.