Hi Korang,
Entry pertama di tahun baru 2011. Selamat tahun baru..
Dah masuk tahun baru kan, tahun 2011. Sekejap je dah satu hari. Dan satu hari nie jugaklah aku tak jejak tanah. Satu hari suntuk lepak kat umah. Hari nie betul2 aku penuhkan dengan aktiviti tengok tv, masak dan makan.
Mee Goreng + Telur Mata + Nescafe Panas = Lazat!
So bangun je pepagi, lepak chill tengok FB dulu, kemudian baru masak mee goreng untuk breakfast. Nama je breakfast tapi ktorg bedal dekat pukul 12 tghari cam tu. Itu dah kira brunch dah kan. Sambil makan sambil tengok tv. Kemudian bantai tengok tv sampai petang.
Baked Macaroni and Cheese - Ini yang belum bakar, yang dah bakar dan abis dibedal.
Tup-tup my MIL call nak datang umah. Apalagi terus mengemas apa yang patut kan. Salin air ikan puyu, salin air pokok, cuci lantai balkoni depan, basuh 2 jamban dan masaklah. Ada permintaan nak makan baked makaroni & cheese. Aduh aku ini ingat2 lupa. Trus refresh balik resipi. Nasib baik ada simpan lagi. Nasib baik barang2 nak masak ada. Apa lagi terus lepak kat dapur. Yang best tu sambil masak sambil layan consert lagi kat Astro Fiesta.
Credit :
Sigomok coz pakai Samsung Galaxy Tab dia yang baru beli tuh.
Diorg sampai petang sebab sibuk layan 3 idiots dulu kat Astro Fiesta. Citer tu memang kelakarlah sebenarnya aku sendiri pun 2 kali tengok. So sambil makan sambil borak2 sambil tengok tv. Sempat jugak diorg main Nerf Gun mrBig lah. So komen2 mesti ada pasal masakan aku but ok jugak. At least aku boleh improve lagi kan.
Now tinggal aku sorang je kan umah nie. Diorg dah balik sebab si gomok nak pi melalak. Mr Big plak dah pi main RC car dia kat highway LEKAS tu kan. Lega rasanya everything seems ok untuk hari ni. Yelah orang kata kenyang perut suka hati kan. Aku tengah suka hati lah nie..
So nite2 guys.. Esok aku nak kena bangun awal untuk pujuk korang vote aku lah.. so stay tune..