Showing posts with label media. Show all posts
Showing posts with label media. Show all posts

Wednesday, March 30, 2016

Afternoon Hi Tea Di Sunway Putra Hotel Sempena Easter Day

Hi Korang,


Ahad harituh, lepas korang abis ride ke Lemang Toki terus je berdesup ke Sunway Putra Hotel coz ada Afternoon Hi Tea tengahari tuh.


Ermm makan lagi, memang tak abis citer makan kat blog aku ni kan

Sementara nak tunggu tetamu VIP lain sampai, ktorang dihidangkan dengan hidangan hitea yang marbelessss sebab apa banyak sungguh makanan sampai tak tau nak pilih yang mana untuk makan ni ek. Sedap – sedap belaka wei.

Di antaranya








Hah betul kan apa aku cakap! Memang rambang mata

Sambil makan sambil borak-borak sambil memacam lagi lah. Sampai tak larat nak bangun kan, dek makan banyak benau.

Tengok dessert ni plak











Sangat mengundang perasaan untuk makan-makan dan terus makan sebanyak mungkin hahahaha.

Nampak ni,




Memang tak berhenti makan at all, sedap bebenau ek hehehehe


Kebetulan pulak hari Ahad tu merupakan Easter Day so pihak Sunway Putra Hotel turut mengadakan aktiviti untuk kanak-kanak iaitu Easter Egg Hunt. Aku pun first time tau pasal aktiviti ni. Rupanya aktiviti mencari telur easter. Telur tu di warnakan dan di sembunyikan so anak-anak ni nanti pi carilah.




Pihak Sunway Putra Hotel pun turut menjemput anak-anak dari Yayasan ChowKit ni untuk menyertai Easter Egg Hunt ni, yelah bagilah mereka bergembira jugak kan.



Ok ok anak-anak di bahagikan kepada 2 kategori iaitu anak-anak berumur 6 tahun kebawah dan 7 tahun ke atas.


Dalam masa 7 minit, anak-anak comey ni mesti kumpulkan telur-telur yang di sembunyikan di tempat yang disediakan. Kemainlah memasing kan, lari sana lari sini sampai aku sendiri pun duk sibuk tolong diaorang carikan sekali hehehhee.

Ok majlis penyampaian hadiah

tempat ke lima

tempat keempat

tempat ketiga

tempat kedua

tempat pertama

Seronok anak-anak ni ek, yelah hasil usaha penat lelah mereka kan mencari telur tuh.



Selesai jer acara pemberian hadiah kepada pemenang yang bertuah dalam acara Easter Eggs Hunt tadi, tibalah masa untuk pemberian hadiah dan saguhati kepada anak anak Yayasan Chowkit tadi..Ada yang dapat chocolates dan ada juga yang dapat Cookies..Memang terpancar kegembiraan anak anak ni masa Puan Seri Serena Cheah sampaikan hadiah buat mereka..Puan Seri ni sangat lovely dan friendly..


Aku yang tak main kutip telur ni pun dapat chocolates jugak as door gift. 

Balik rumah sambung makan coklat lagi ek

Ok ok yang sibuk nak tau kat mana Sunway Putra Hotel ni, ni hah alamatnya:

Sunway Putra Hotel
100, Jalan Putra, 
50350 Kuala Lumpur 
[Berdepan PWTC]

No. Telefon: 03-4040 9888





Harga Hi-Tea: RM80 nett per pax


Memang setiap weekend ada hi tea, so dont worry ek. Just buat booking then boleh terus datang makan. Itu ajeee..


Sunday, June 29, 2014

Press Conference Drama ‘SELUDUP’ dan UJIBAKAT Terbuka Kepada Anda

Hi Korang,

Last week sempat aku hadiri majlis sidang media drama aksi terbaru ‘SELUDUP’ terbitan Mastermind Group Sdn Bhd dan Astro Malaysia. 


Drama penuh aksi yang bakal memulakan penggambaran pada pertengahan Julai ini mendalami isu perdagangan haram barangan seludup di negara ini. Siri ini adalah hasil idea seorang ikon serba boleh industri televisyem, Jehan Miskin yang merupakan Penerbit Eksekutif Mastermind Group Sdn Bhd.

Ok serba sedikit synopsis drama SELUDUP ni ek

SELUDUP diilhamkan daripada kesedaran yang semakin meningkat di kalangan masyarakat mengenai perdagangan haram barangan SELUDUP, tiruan dan cetak rompak yang telah menjadi isu sosio-ekonomi di negara ini dan menjejaskan pendapatan, keselamatan dan kualiti hidup masyarakat. Drama ini berlatarbelakangkan situasi ekonomi semasa di mana naratifnya menceritakan tentang kesungguhan seorang lelaki biasa dalam mencegah jenayah daripada mengancam keamanan kampungnya. Skripnya berkisar tentang protagonis iaitu Amran – seorang lelaki muda daripada sebuah perkampungan nelayan kecil dan usahanya menentang sindiket penyeludupan yang menggunakan nelayan di kampung tersebut untuk menyeludup barangan melalui perairannya.


Di antara para pelakon utama bagi drama ini adalah Syafie Naswip, Tiz Zaqyah, Jehan Miskin, Pekin Ibrahim, Namron, Raja Ilya. Semuanya aku minat dan first time jumpa tau, ermm teruja sungguh dibuatnya.


Apa lagi, jangan lepaskan peluang untuk bergambar. Group photo bloggers bersama para pelakon dan Jehan Miskin gak tau. 


Dalam sidang media berkenaan, Jehan Miskin memberitahu media bahawa beliau tertarik untuk menyiapkan Siri TV Aksi dan Cinta Seludup ini kerana berminat untuk menyampaikan mesej tentang masalah sosial dan jenayah akibat dari aktiviti haram penyeludupan rokok dan alkohol yang berlaku di negara kita. 

Di samping masalah sosial tersebut, olahan cerita SELUDUP ini dimasukkan elemen cinta yang akan menguatkan lagi jalan cerita 13 episod ini.

Ok itu pasal press conference, now pasal UJIBAKAT plak ye


Korang yang rasa-rasa berminat nak menjadi pelakon dalam Siri TV Aksi dan Cinta Seludup ini? Kalau YA, jom cuba Ujibakat Online Seludup di Website INI. Korang boleh ikuti arahan yang di berikan dan mana tahu korang mungkin orang yang bertuah memenangi hadiah sejumlah RM15,000. Wowww!!!

Cara untuk join UJIBAKAT

Korang cuma perlu daftar nama anda, ikut skrip yang diberikan, dan kemudianUPLOAD video Ujibakat Online Seludup di ruang yang disediakan. Cepat!!! Korang mungkin ada peluang jadi bintang dalam SELUDUP 


Senang kan, korang practice je seberapa banyak yang korang suka. Bila dah ready baru upload. So tak delah gagap-gagap nampak dalam video. Apa yang penting, confidence mesti ada. Barulah orang akan tertarik.

Jadi apa tunggu lagi, ini peluang terbuka untuk anda semua. Peraduan Ujibakat Online Seludup ini bermula dari 25 Jun 2014 sehingga 3 Ogos 2014. Pemenang akan diumumkan pada 9 Ogos 2014. 

meh seludup Tiz Zaqyah ek

Untuk informasi lanjut tentang Siri TV Aksi dan Cinta ini anda boleh layari :

Video Sidang Media - http://youtu.be/NOd-D66pmNU
Uji Bakat - Bit.ly/Seludup

Friday, June 28, 2013

Laser Muka Dengan L’Oreal New REVITALIFT Laser

Hi Korang,

Orang pompuan nak-nak umur cam aku ni, ishk tak abis-abis dengan takut kulit berkedut kan

Betul tak? Haruslah betul. Ku akuiiiii


Kalau boleh, tak naklah orang bercakap umur muda lagi tapi kulit dah macam orang senja kan. Itu yang paling aku takut ni.


Bila L’Oreal Paris ajak aku ke media briefing pasal penjagaan muka anti-ageing ni memang berdesut aku amik cuti untuk ke Blu Med kat The Garden Mall ni. Yelah ko ada ubat untuk cantikkan kulit mestilah dengan pantas kan.


Best media briefing, diorg arrange into small group. Jadi tak de sesak sangat kan, nak tanya soalan pun takde segan sangat.  So yang ada pada hari tuh cuma aku, jenjupiter dan rane je.



Memang betul L’Oreal ada keluarkan produk anti-ageing ni but now diorang dah enhance kan lagi kebaikkan skincare ni.  Kita tau kan yang REVITALIFT LASER ni di inspirasikan daripada  Intense Pulsed Light (IPL) untuk mencegah bintik hitam dan merangsangkan kolagen untuk kesegaran dan complexion muka yang cantik tapi dengan hanya menggunakan creme skin care. So tak yah nak pi buat laser bagai.


Kandungan PRO-XYLANE tu menguatkan lagi keupayaan kolagen untuk membekal sumber-sumber ini ke seluruh kulit muka kita.  Dengan hanya 3% PRO-XYLANE dalam setiap formula skin care,ianya terbukti berkesan dari segi

-          85% bersetuju pori-pori muka mengecil
-          89% bersetuju kedutan dapat dikurangkan
-          94% bersetuju kulit muka menganjal

Lagi plak, baunya sangat harum cam bau bunga-bunga gitu. Sedap sampai rasa nak makan.


Dalam REVITALIFT LASER X3 range ada 3 menda iaitu:-

Renewing Anti-Aging Serum (RM89.90)

Renewing Anti-Aging Cream (RM69.90)

Anti-Aging Transforming Eye Cream (RM54.90)

Cara pemakaiannya cam biasa lah. Bersihkan muka dengan cleanser, letak toner then baru letak REVITALIFT Serum ni sket. Kemudian biarkan seminit untuk SERUM ni meresap. Masukkan jari korang slowly dalam REVITALIFT Cream dan sapukan ke seluruh muka dan juga leher. Kemudian baru pakai REVITALIFT Eye Cream kat mata.

Senang je kan.


Anyway thanks to L’Oreal Paris team coz sudi menjemput aku. Bertambahlah ilmu aku hari dan korang yang membaca entry aku ni kan. Semoga korang pun cun jugak dengan REVITALIFT Laser X3 ni.

Itulah aku ni baru je start cuba 2 hari dah. Rasanya lama betul nak tunggu 3 bulan as resultnya cam ne kan. Hopefully dapatlah hilangkan tanda-tanda yang tak sepatutnya kat muka ni ek.