Showing posts with label maybeline. Show all posts
Showing posts with label maybeline. Show all posts

Saturday, June 4, 2011

Sepanjang May 2011 - Sangat Penat

Hi Korang,

Macamana aku boleh terlambat update pasal summary keje berblogging aku untuk bulan May ni kan. Yelah keje banyak plak dah hujung2 bulan ni kan.


Ya Allah, memang hectic betul. Memacam benda jadi. Bebanan kerja yang tak berapa busy sangat tapi aktiviti bersosial pun makin hebat. Uishk tak terkata lah. Korang check it out ni.

Event
First time dapat main roller skating kat The Wheels dengan Gplus member. Best sungguh. Then dapat jugak pi Selangorlicious Beach Party jugak kat Sepang Gold Coast. Then dapat invitation pi Maybeline event. Ada lagi dapat pi Closing Ceremony 100 Women jugak.Dapat ikut press conference untuk Tourism Selangor Photo Carnival,  Last but not least dapat HyppTV party gak tau.

Premiere Screening
Bulan ni dapat 3 je tiket wayang free iaitu Priest but tak sempat nak pi tengok. Kemudian dapat citer Paul dari TimeOutKL dan juga dapat lagi tengok 3D screening Pirate of Carribean.

Outing
Dapat join flash mob kat Sunway Lagoon, ada Bloggers Day Out pi tengok Nur Kasih tau. Then ada family photoshoot kat Putrajaya.

Skills
Sibuk mereview2 product yang diorg nie hantar. Ermm memacam jugak aku belajar. Memasak pun kurang sket bulan coz mr Big nak makan yang simple2 je lah.

Kebanyakan event or activities yang aku pegi nie adalah from Nuffnang dan juga personal media invitation. So thank you tau korang. Walaupun aku bukan blogger famous/glamer yang jarang dapat B.E apatah lagi advertorial post tapi dapat pi event2 nie pun dah cukup bernasib baik rasanya. Walaupun letih cam ne pun aku mesti buat jugak sebab keseronokan yang di rasai tu kan..


Ini adalah hasil usaha aku berblogging. Aku bukan mementingkan duit atau traffic tapi pengalaman tu aku rasa lagi bermakna dari segalanya. Apa-apa aku bangga dan bersyukur dengan apa yang aku lalui dalam bulan May ni. Yang penting muhasabah diri okeh.
 
Hopefully bulan June lagi best lah hendaknya ek.. Oklah nak layan Nothing Hill dulu.. Choas...

Wednesday, April 13, 2011

Cantik Betul Maybeline NY Watershine Pure Diamonds Lipstick.

Hi Korang,

Wah bila baca entry pasal lipstick2 ni mesti korang orang2 pompuan suka kan. Yelah cuba cakap siapa yang tak nak cantik kan? Aku yang ala-ala tak berape nak comel ni pun suka sangat nak jadi cantik kan.


So exclusive musim ni, Maybeline New York telah melancarkan satu produk baru bagi lipstick iaitu Maybeline NY Watershine Pure Diamonds.

Hah, cantik kan warna dia.

Apa yang menyebabkan Maybelline NY Watershine Pure Diamonds lain dari yang lain. Ermm check it out kat bawah ni.

1. Air Semulajadi
Tak macam lipstick yang melambak2 kat pasaran luar tuh, Maybelline NY Watershine Pure Diamonds terdiri daripada air semulajadi yang memberikan gambaran sejernih kristal. Hal ini juga menjelaskan lagi warnanya sekaligus menghasilkan bibir berkilauan yang lebih terang.

2. Teknologi Partikel
Dikatakan lebih kecil dan halus daripada gincu glossy yang lain. So kalau pasang gincu ini, bibir korang nampak lebih berkilat seperti berlian. Haha.. cuba dulu baru tahu. Best je pakai rasa licin dan tak melekit lah

3. Kaya dengan Vitamin E
Selain mencantikkan bibir, lipstick ini juga merawat bibir aku yang ternyata ada masalah kekeringan sebelum ini.


Ermm apa tunggu lagi, cepat2 dapatkan kat pasaran. Ala kat farmasi, supermarket, hypermarket ermm memana je lah. Senang je nak cari asal ada kaunter Maybeline adalah lipstick ni. Lagipun murah je RM24.90. Murah kan.

Kalau nak cantik, kenalah kuar duit sket kan. Barulah ada omph!

Post ini di bawakan oleh Maybeline New York

Monday, January 24, 2011

Kisah Liyana Jasmay & Blogger 1 Juta

Hi Korang,

Selamat hari Isnin. Aku tau ramai yang dah kene sindrom Monday Blues nie kan. So baik korang layan gegambar kat bawah nie untuk jeleskan korang hiburkan hati korang.



Akhirnya dapat jugak ambik gambo dengan Liyana Jasmay. Comel lah dia nie. Dahla comel cantik plak tu kan. Of courselah sangat peramah.



Ladies blogger dengan Blogger 1Juta RedMummy. Bukan main menyinga dia bila aku cakap dia Blogger 1 Juta. Murah rezeki ko K Red.

Citer lain, jap lagi aku update lah. Nie tengah buat editing nie.