Showing posts with label masakan berasaskan kentang. Show all posts
Showing posts with label masakan berasaskan kentang. Show all posts

Friday, May 29, 2015

US Potatoes Culinary Festival 2015

Hi Korang,


Sangat seronok bila dapat ajakan daripada food blogger termasyur Dr Sidney Kan ke majlis yang special ni iaitu festival "US Potatoes Culinary Festival 2015" yang telah pun berlangsung buat kali keduanya di Malaysia.


Pesta kulinari berasaskan kentang US Potatoes dianjurkan oleh US Potato Board akan berlangsung bermula dari 1 sehingga 30 Jun 2015. Sebanyak 13 restoran berprestij di sekitar Lembah Klang menyertainya dan masing-masing akan menampilkan pelbagai keenakan hidangan unik ala-ala hidangan fusion tanpa mengenepikan khasiat pemakanan dan rasa unggul dari kentang US yang berkualiti.


Restoran berprestij dan hotel yang mengambil bahagian tahun ini antaranya seperti:-

Best Western Hotel, Petaling Jaya

Big Hug Burger

Burger Factory

Jibby & Co.

La Bo Ca Latino

La Risata

Maria’s Steakcafe

Naughty Nuri’s

Rendezvous Steak Garden Restauran

Secret Of Lousinan

Sheraton Imperial Hotel, Kuala Lumpur

The Daily Grind

The Roulette Bar

Ucapan aluan dari pihak penganjur festival.

Satu majlis memperkenalkan hidangan yang disediakan oleh chef-chef dari restoran berperstij yang terlibat telah diadakan di Hotel Sheraton Imperial Kuala Lumpur dan of courselah aku rasa amat bertuah kerana menjadi sebahagian media yang dijemput untuk melihat dan merasai sendiri hidangan hebat yang disediakan berasaskan US Potato.


14 antara chef-chef terbaik di Malaysia yang berjaya menghasilkan hidangan fusion yang istimewa berasaskan kentang US yang punyai khasiat dan rasa unggulnya tersendiri.

By the way, nak sket info lagi ek

Tujuan US Potato Board menganjurkan festival ini adalah untuk mempamerkan dan memperlihatkan bagaimana kentang US boleh digunakan sebagai bahan utama dalam pelbagai resipi dari hidangan pembuka selera sehinggalah kepada pencuci mulut. Ini secara tidak langsung akan menarik minat orang ramai untuk mencuba hidangan berasaskan kentang US dengan cara baru, menarik dan sihat.

Pakar pemakanan Malaysia Puan Indra Balaratham menyentuh tentang khasiat pemakanan yang boleh diperolehi daripada kentang US.

Walaupun kebanyakan rakyat Malaysia mungkin telah menjadi tradisi menikmati kentang dalam bentuk seperti goreng, lecek atau dibakar, kentang yang dimakan bersama salad dan sebagainya. Namun apabila diberi pendedahan tentang hidangan berasaskan kentang dengan cara menarik, secara tidak langsung membuka dimensi baru untuk masyarakat Malaysia sendiri untuk lari daripada memasak hidangan kentang mereka dengan cara biasa.

Satu sederhana (5.3 auns) kulit-ke US kentang hanya mengandungi 110 kalori setiap hidangan, mempunyai kalium lebih (620g) daripada pisang, menyediakan hampir separuh nilai harian vitamin C (45 peratus) dan tidak mengandungi lemak, natrium atau kolesterol.

Penerangan ringkas dari pihak US Potato Board

Apatah lagi kita tahu tentang khasiat kentang itu sendiri yang tidak mengandungi lemak, sodium atau kolesterol. Oleh jangan risau kalau kita mengambil banyak kentang berkualiti dalam setiap hidangan ini kerana ianya boleh dijadikan antara diet sihat.

Jomlah kita tengok di antara sajian menarik berasaskan kentang daripada hidangan utama sehinggalah pencuci mulut. 







































Semuanya menarik, sedap dan paling penting berkhasiat..

So sekarang ni tak perlu lagi lah korang rasa was-was bila makan kentang, ermm takut gemuklah itu lah inilah kan. Sebenarnya kentang sangat bagus dalam masakan kita wokeh