Showing posts with label masakan barat. Show all posts
Showing posts with label masakan barat. Show all posts

Monday, February 13, 2012

Kedai Makan...Berubahlah Sebelum Pelanggan Lari

Hi Korang,

Semalam aku pi makan kat satu kedai kat area Wangsa Maju ni. Memang tak plan pun suddenly je ada family gathering plak.


Lokasi kedainya tak lah tersorok sangat kan, dekat jugak lah dengan Wangsa Walk tuh. Memang turun bukit tu dah nampak lah sebelah kiri jalan kan. Kedai ni menyediakan masakan fusion dan western. 

Masuk-masuk je ramai orang so first impression aku haruslah sedap kan. Ambiance pun ala-ala Cosy gituh. English deco lagi. Memang cantik lah kalah Fullhouse punya restaurant. Kitchen plak open concept so nampak lah apa yang diorg masak kan.

Ktorg duduk lah, a few minutes pas tu baru lah waiter datang bawak menu. Gambo makanan dalan menu tu very impressive. So order lah apa yang nak makan 3 soup + extra garlic bread dan 7 main course dan 7 plain water je. Hanya 2-3 orang je yang boleh amik order coz waiter yang lain tak tahu nak amik order kan.

Boleh tahan gaklah menunggu dan finally main course datang dulu boleh? pelik gak aku rasa. Takkan masak mushroom soup lagi lama dari masak lamb chop, fish and chip dan mix grill kan. Lepas 2 baked salmon baru lah mushroom soup sampai dan waiter mintak maaf coz lama anto dengan alasan ramai sangat orang order mushroom soup ni. 

Mr Big order Beef rib dan makanan dia paling last sekali sampai dan dia yang dulu abis sebab bahagian rib yang diorg kasi tuh hampir 70% lemak dan selebihnya barulah nampak daging. Hah ko cam tu sekali, tak kan dia nak bedal lemak2 tu kan. Yang extra garlic bread tu langsung diorg tak anto coz tak sempat nak buat. Pelik kan, diorg ni uli tepung buat roti ke yang sampai tak sempat nak buat kan.

Bila time bayar plak, nasib baik gemuk suruh siti check bill yang diorg kasi tuh. Hah, diorg boleh include plak minuman yang ktorg tak order, nasib baik kan. Dahlah ice lemon tea tuh secawan 10 hinggit kan. 

Memang lah waiternya semua ada budi bahasa mintak maaf, check makanan ada ke tak but takkan diorg ni culture shock coz ramai orang datang kedai ni kan, mentang-mentang lah masuk paper semalam ada review mengenai kedai ni.

Kalau tak caya boleh tanya dia ni coz dia pun ada makan sekali time aku makan kat sini. Nak memain dengan anak baru dia tu tidur plak kan. Comel betul lah geram aku dibuatnya.

Dengan ini,
Kepada tuan punya kedai tu di harapkan dapat amik iktibar dengan apa yang aku komen ni. Aku tak nak malukan tuan punya kedai ni sebab tu aku tak tulis pun nama kedai dan amik gambo pasal kedai ni

Semoga kedai ni lebih maju dan ramai pelanggan lagi kan. Amin

CLP notes : Mr Big cakap belum tentu lagi dia nak datang lagi ke kedai ni lah.



Sunday, October 9, 2011

Gelora Dalam Kalbu @Astro Blogger MasterChef

Hi Korang,

Dengan semangat yang terberapa nak waja coz malam jumaat tu tidur lambat layan rugby, aku di temani dengan bodygurard aku yang terkenal melangkah kaki ke The Cooking House, Desa Sri Hartamas untuk pertandingan Astro Blogger MasterChef.

Oit MasterChef tuh, bukan calang-calang kan. 


Walaupun x pandai masak sangat aku ni, but still nak jugak cuba rasa masak depan public dan under pressure. Nasib baik Geng Tali Barut ado, Kak Ina dan Jejai kan. Lega sket.. Di tambah dengan Kak Jem yang buat lawak lagi. Kira ok gak lah


Dan paling seram sekali bila berdiri depan judge coz diorg ni yang merasa apa yang aku masak. Gile ko tak seram, semua rasa ada. Panik, berdebar dan nak terberak pun ado tau.


Ok, ini baru entry pertama. Lepas nie akan menyusul lagi entry pasal Astro Blogger MasterChef ni dengan gegambo sekali kan. Moga-moga jangan lah korang muntah dan loya ek.


Ok sedikit info pasal #MasterChef Malaysia. Baca tau..



Rancangan MasterChef Malaysia bakal mengegar dan akan mencipta fenomena. Jangan tak tengok dan follow maklumat dibawah nie..


Program title – MasterChef Malaysia

  • MasterChef Program Information - MasterChef TX will be starting from 22nd October 2011, every Saturday – Wednesday, 9.00pm. Master Class will be on every Friday, 9.00pm.
  • Program Channel – Astro Ria (Channel 104)

    ** Sila heboh-hebohkan ek..