Hi Korang,
Bulan puasa pun dapat invitation jugak pi event.
Kali ni aku ke Mandarin Oriental Hotel alah yang sebelah KLCC tuh ada Guardian Customers Choice Awards.
This time rasa exclusive sungguh coz buat kat hotel, cam tahun lepas diorang buat kat tempat biasa je.
So tahun ini, pelbagai jenama bersaing sama sendiri untuk mendapat tempat di hati pengguna macam kita-kita ni. Dari jenama penjagaan diri hingga ke barangan bayi semuanya masuk bertanding.
So kat bawah ni aku sertakan sebahagian daripada jenama yang memenangi Guardian Customers’ Choice Awards pada tahun ini.
Hebat kan, semua brand yang kita gunakan selalu dalam kehidupan seharian kita kan.
Dan jenama yang Berjaya merangkul Top Voted Brand ialah L’Oreal Paris Malaysia. Ermm hebatla diorang ni, tahun lepas menang dan tahun ni menang lagi.
Tapi yang aku paling excited sekali je pemenang untuk kereta Honda CR-Z Hybrid 1.5L tuh, di menangi oleh Ms Amy Chew. Ermm bestnya, balik bawak kereta baru yop!.
Abis event, terus buka puasa. Not bad jugak makanan kat sini ek. Walaupun simple tapi sedap-sedap belaka.
Anyway thanks to Guardian sebab sudi jemput aku ke event exclusive ni, dapat gak aku bertukar-tukar namecard dengan brand-brand hebat ni. Rasanya tak lama lagi adalah project aku dengan diorang ni kan.
Insyallah ye...