Showing posts with label make-up. Show all posts
Showing posts with label make-up. Show all posts

Friday, March 14, 2014

Bag Of Love - New Year, New You


Hi Korang, 

Lama plak tak review pasal beauty box ‘Bag Of Love’ ni. 


Kali ni untuk tahun baru, rasa ada perubahan sket. Yelah New Year, New You kan. Mana taknya begnya dah jadi berkali ganda besar. Dulu size comel je, now dah macam tote bag. Cantik plak tuh, boleh bawak jejalan kemana-mana.

Mehlah tengok apa ada dalam beg comel ni ek


1) Etude House Wonder Pore After Sun Special Set (full size products range from RM 69.90 – RM 79.90)

Ada

a. Deep Cleanse Wonder Pore Clay Clear 7 in 1 total pore solution (10g)

b. Refine Wonder Pore Freshner 7 in 1 total pore solution (25ml)

c.Soothe & Hydrate Moistful Aloe Soothing Gel (10ml)

Sangat sesuai untuk kulit bermasalah seperti aku yang comel ni. Ia boleh mengimbangkan tahap kesihatan kulit muka, membersihkan secara mendalam, kecilkan pori-pori muka dan melembutkan kulit ye.

2. Wella Profesional Product

2) Wella Professional Enrich Moisturizing Shampoo (50ml) – RM55.00
3) Wella Professional Enrich Moisturizing Treatment (25ml) – RM58.00

Cam biasa, sapu kan rambut dan rinse kan. Treatment punya pun cam tu gak. Rasa sangat menyegarkan lepas mandi tau. 

3. Alqvimia Body Range

Ada

a. Alqvimia Body Sculptor Oil, RM370 for 150ml

b. Anti Cellulite Body Oil, RM290 for 150ml

c. Shape Reducer Body Oil, RM290 for 150ml

Lepas mandi je, sapu terus kat tempat yang korang nak kuruskan ye. Hehehehhe


4. King of Mask All-In-One Collagen Mask, RM5.90 per price

Letak kat muka 30 minit dan kemudian tanggalkan. Tak yah nak basuh biarkan ia kering sendiri ye

5. Uber Men Whitening Hydra Gel Cleanser and Toner Effect RM11.90 (full size)

Memang produk untuk orang lelaki la takkan aku nak cuba gak. So pass baton kat Mr Big. So dialah yang kena cuba. Sedap gak katanya, selesa je lepas guna pencuci muka ni.



Ada dapat gak voucher dari MrLens (RM20 x 2 pcs) dan 1x Strip Ministry of Waxing (RM30). So dapatlah beli contact lens baru dengan harga murah sket.


Ermm itu jelah yang aku dapat citer. Korang kena cuba sendiri benda-benda yang sesuai dengan kita ni, barulah serasi bersama.

Nak subscribe? Meh ikut instruction kat bawah ni

Subscribe for a month at RM39.90 each, 

or RM119.70 for 3 months dapat hadiah misteri 

or RM478.80 for 12 months dan bulan ke-13 dapat PERCUMA!


Meh check it out kat 


Ermm memang berbaloi-baloi sungguh !

Korang cuba la ek!

Thursday, May 16, 2013

Bag Of Love ‘Earth Month’ April Edition


Hi Korang,

Ingat tak aku pernah citer pasal aku received Bag of Love last month. Ermm mestilah ingatkan coz bagnya yang sangat comel kan. So this month aku dapat lagi, yeah. I love it!

So ini dia,



Bag Of Love, Earth Month April Edition


Tau tak yang beg di diperbuat daripada sehelai canvas yang telah pun dicuci dan di letakkan sekali tag comel. Walaupun nampak cam tak berapa nak lawa but beg ni heavy duty woi, banyak barang berat yang di isi tau.

Meh kita tengok apa yang ada dalam beg comel ni




1. Decleor Hydra Floral Moisturising Cream (RM271 for 50ml)

Ni tube 15ml je. Cara pakai sapu je siang dan malam selepas muka dibersihkan.




2. Nuxe Brightening BB Cream SPF30/PA+++ (RM120 for 30ml)

Titikkan kat dahi, hidung, dagu dan pipi. Sapu dan ratakan seluruh muka.Macam pakai krim muka yang lelain gak.




3. The Body Shop Quiet Night Dreamy Pillow & Body Mist (RM59 for 100ml)

Ini best, memang senang nak buat korang tidur. Spray kat badan ke, bantal sebelum tidur. Memang nyaman je rasanya. Selesa



4. Burt's Bees Richly Replenishing Cocoa & Cupuacu Butters Body Lotion (RM62.80 for 170ml)

Sapu kat memana yang korang suka tapi aku sapu kat badan lah. Wangi macam bau rasberries, macam nak makan pun ada.


5. Phytojoba Intense Hydrating Shampoo (RM88 for 200ml)

Nama sample tapi saiznya besar. Haruslah suka kan. Kalau bawa pi travel best ni, confirm tak tumpah kan.




6. Definite Contour Brush (RM88)

Masa previous bag, dapat Definite Face Blending Brush kali ni plak dapat Contour brush. Ianya lembut dan blend je bila pakai kat muka. Tak de lah nampak comot kan



Bagi aku:-

Banyak brand yang aku tak pernah dengar ada dalam bag yang penuh kasih sayang ni. Barang-barang yang ada dalam bag sangat variety tak tertumpu pada satu jenis produk je.Aku paling suka Pillow Mist tu coz aku ni payah sket nak lelap mata but once dah cuba spray kat bantal ermm terus lena dibuai mimpi yang indah beb!. Amat berbaloi dengan harga lah orang kata.

Syiok kan.

Itulah memang worth it kalau korang subscribe  Bag of Love ni. Memacam produk kecantikan berjenama yang korang boleh dapat.


Nak subscribe? Meh ikut instruction kat bawah ni

Subscribe for a month at RM39.90 each, 
or RM119.70 for 3 months dapat hadiah misteri 
or RM478.80 for 12 months dan bulan ke-13 dapat PERCUMA!

Meh check it out kat www.bag-of-love.com


 Facebook: fb.com/Bag-Of-Love




Ermm memang berbaloi-baloi sungguh !

Korang cuba la ek!


Monday, April 1, 2013

Browlash Lash Sculpture Mascara Melentik Bulu Mata Dibuatnya


Hi Korang,

Kalau bab-bab makeup, skincare ni memang jadi minat aku.

Seronok wei


Ni ada satu lagi produk mascara yang baru je aku cuba last week. Of courselah untuk melentikkan bulu mata. Apa lagi kan.


Produk BCL ni dari Japan. Yelah walaupun kat packagingnya tulisan Jepun but still aku paham. Sebab apa? sebab ada gambarajah cara menggunakan, fungsi berus mascara tuh.

Meh kita tengok berusnya



Lain daripada yang lain kan.

Nampak macam berusnya keras tapi lembut je bila kena kat bulu mata kita. Lepas tu ianya cam melengkung 40 degree supaya lebih dekat dengan mata kita dan mudah untuk di sapu sampai ke bawah mata.


Yang best part tuh, berus tu kalau korang perasan macam sikat. So sikat macam kita sikat rambut gakla but sikat bulu mata. Hehehhehe comel je bunyi. Selain dari sikat bulu mata, kalau cara sapuan mata korang tu betul, bulu mata korang akan nampak lagi melentik dan bulu mata tu tersisir dengan rapinya. So tak delah melekat tu each other.

Cuba tengok hasilnya

Hah ko.. cer tengok tuh

ok ok tutup mata plak

bukak mata balik...blink!blink!


Fantastic bebeh ! Ini adalah percubaan pertama aku pakai pakai BCL Long Separate Mascara nie. So cam serabai dan a bit messy gituh. Gambar ni aku langsung tak pakai curler mata tu tau. 

Melentik dengan sendirinya

Alah aku tau, ramai yang tak berapa minat sangat guna produk luar ni kan so why not cuba dulu dan baru tau kesedapannya.


Browlash EX Lash Sculpture LS Mascara (Black) ni, korang boleh dapati di SASA outlet kat memana shopping mall dengan harga RM69.90. Kalau nak beli online pun boleh je. Senang

So kalau nak tau more pasal BCL produk ni korang boleh check it out kat 



Hehehehe mesti korang jeles kan!


Bulu mata aku cantik yeah! Bulu mata aku cantik yeah! Bulu mata aku cantik yeah!