Showing posts with label makanan korea halal. Show all posts
Showing posts with label makanan korea halal. Show all posts

Tuesday, February 27, 2018

OISO Korean Restaurant, Berjaya Times Square. Ermm Korea Korea Korea…

Hi Korang, 

Annyeong-haseyo.... 

Ewah ewah ewah kemain lagi ek 

Baru pi kedai makan Korea authentic dah poyo kan hahahahha. 

Itulah hari tuh, petang-petang lepas kerja tuh dah bosan nak masak dan tak tau nak makan apa so akak lily ajak je Mr Big pi makan kat luar. Kitaorang pilih Berjaya Times Square sebab Mr Big nak pi cari kereta Hotwheels untuk tambahkan koleksinya. 

Sementara nak tunggu dia sampai, akak lily pusing-pusinglah dalam mall ni. Banyak jugak barang-barang yang boleh di cuci mata kan cuma je ngak ada dongg… 

Ternampak pulak kedai makan korea authentic ni, OISO


La pendek benau nama kedai makannya ek, ntah sedap ke idok ni kan. Ala masuk jelah belum cuba belum tau kan. Tapi sebelum sempat tanya adik yang kat pintu depan tuh, HALAL ke terus dia cakap ek HALAL la kan.. Ok terus je akak lily masuk. 

Ermm apa nak order ni ek?


Garu kepala kejap bila tengok menu-menunya. Memang kak lily biasa makan makanan Korea tapi nama-nama tuh yang tak berapa nak ingat. So panggil bebudak waiter tuh suruh diaorang explain. 

Orite settle order makan, Mr Big pun sampai dengan koleksi kereta Hotwheelnya ermm tambah lagi ek jawabnya makin penuh bilik tengah tuh nanti. 

Kalau korang nak tau OISO ni bermaksud 'Selamat Datang' tapi dialet disebelah selatan Korea. GItuh ek !! Mereka menghidangkan Korean home-cooked food yang setiap hari orang Korea makan di rumah, alah cam kita lah masak sambal, asam pedas, kari dan memacam lagi. 

Lebih kurang sama tapi tak serupa. 

Yang bagusnya dengan makanan Korean ni adalah ianya seimbang dengan nutrisi seperti karbohidrat, protien, tinggi dengan fiber dan kurang minyak. Bahan asasnya adalah Kimchi, Deonjang (Bean paste), Ganjang (soy sauce), Gochujang (chili paste) yang semuanya di perap bagi menghasilkan rasa yang lebih enak dan bagus untuk kesihatan. 

Kemain lagi ko kan lily citer panjang lebar, ntah tau ke buat-buat tau tuh ?? 

Jangan lah korang terperanjat ek dengan apa yang kitaorang order, inilah perangai kami memang makan akan lebih dari 2 pinggan tak kiralah apa pun, mesti nak banyak sebab nak rasa kan 

Ini minuman yang kitaorang order : 


Honey Citron Tea RM6.90 
Specialnya buah citron ni didatangkan dari Korea tau, rasa limau tapi lain sket. Sedap segar je 
Honey Jujube Tea RM6.90 
Yang ni pulak rasa ala-ala jus kurma, menyejukkan tekak wei. Kedua-dua teh ni dihidangkan di dalam teko pot yang comel bebenau ni ek


Pomegranate Juice RM6.90 
Yang ni rasa tajam sket sebab di campurkan dengan cuka sedikit tapi tak delah masam sangat sampai tak boleh minum 


Pear Juice RM6.90 
Buah pear di buat jus haruslah manis, enak je masuk ke tekak. I like !!. Mr Big siap tambah segelas lagi lah. 

Rasanya macam orang mabuk air betul, minum bergelas-bergelas. Dengan minum air panas lagi, air sejuk lagi peninggg… 

Baik makanan plak ye… 

Mushroom and Tofu Stew Set RM 17.90 

Sup simple je, kuahnya menggunakan sos gochujang, alah tak pedas pun tapi mesti kena makan panas-panas so baru terangkat ooo. Ininya pun kemain banyak. Pedas ke, ermm memang taklah mild-mild je


Chicken BBQ RM23.90 

Ko rasa cam ne? haruslah sebab kan. Ayam yang di BBQ dan kemudianya diletakkan cheese kat atas. 

Bibimbap Vegetable mix rice RM21.90 

Kak lily makan ni sorang wei sebab mintak lauk sotong, kemain besar sotongnya. Boleh pilih nak ayam, daging ataupun seafood. Kira macam nasi campur kitalah, kena gaul kesemuanya dulu then baru di makan barulah awesome kan


Stir fried saba fish with kimchi RM23.90 

Rasa cam asam pedas, ada masam-masam sket then pedas-pedas sket. Ikan pulak kemain besar lagi portionnya. 

Stir fried beef RM25.90 

Nampak macam meehoon goreng tapi tidaknye, inilah dia beef bulgogi. Dagingnya di perap dalam soy sauce sebelum di masak secara stir fry. Lazatttt

menu side dish

Yang best tuh semua set menu ni akan di hidangkan dengan ‘Bachan’ alah side dish orang kita katalah. Dia ada kimchi, ikan bilis goreng dengan kacang dan sayur-sayur sket. Ini FREE refill mintak lah berapa kali pun diaorang akan bagi je tau.

berangan nak jadi influencer plak, sibuk lepas amik gambar terus update huahau

Itu lah awesome tuh, menambah selera lagi tapi kalau ada ikan masin dan lari konsep plak hahahaha


Bagi kak lily in terms of harga takdelah mahal mana macam orang-orang kat luar selalu cakap yang makanan Korea ni mahal bebenau. Tapi kalau kira makan western dish lagi mahal, anyway terpulanglah pada poket korang lah. 

Lagipun bukan setiap hari ni kita makan makanan Korea kan, sekali sekala je pun apa lah salahnya. 

Ini lokasinya tau:


OISO Korean Restaurant 
Level 3, 
Berjaya Times Square 
Kuala Lumpur 

Landmark : near to GSC and Plaza Barbeque Restaurant 

Nak check it out, social media diaorang ni ek 

Facebook: 















Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com

Thursday, November 10, 2016

Rakyat Malaysia Menggemari Hidangan Korea, Menurut 11Street

Annyeonghaseyo


Ewah Korea sesangat eh!! hehehhehe

Semenjak drama Korea pertama disiarkan di rangkaian televisyen tempatan, budaya masyarakat Korea semakin mendapat perhatian ramai rakyat Malaysia. Menurut penemuan trend pencarian 11street yang diadakan baru-baru ini, daripada drama-K ke muzik pop sehingga ke kuisin, minat terhadap segenap perkara berkaitan Korea, khususnya makanan, terus berkembang pesat.


Bagi memastikan selera terhadap makanan Korea dalam kalangan rakyat Malaysia sentiasa dipenuhi, 11street mengukuhkan kerjasamanya dengan K Market, sebuah subsidiari KMT Trading Sdn. Bhd. yang merupakan pengimport dan pengedar pelbagai produk Korea di Malaysia, untuk menawarkan bukan sahaja item-item dari negara berkenaan tetapi juga produk-produk halal yang khusus untuk pelanggan beragama Islam.


Bruce Lim, Naib Presiden Pembarangan 11street berkata: “Malah, 'kepedasan' merupakan satu persamaan di antara makanan tempatan dan Korea, menyebabkan kami di 11street mempertingkatan penawaran makanan Korea yang pedas di platform kami bagi membolehkan para pelanggan menemui item yang mereka gemari. Menerusi usaha sama dengan K Market, kami juga menambah usaha yang dilaksanakan dengan memperkenalkan produk-produk halal di platform kami agar pelanggan Muslim 11street dapat membeli-belah dengan rasa mudah dan tenang.” 


Pendapat tersebut turut dipersetujui Matthew Lee, Pengarah Urusan Kumpulan KMT Trading Sdn. Bhd.: “Apabila kami memutuskan untuk membuka sebuah pasar raya Korea di Kuala Lumpur dua tahun lalu, kami terdorong melihatkan pertambahan masyarakat Korea di kawasan berkenaan. Pada asasnya kami mahu menyediakan sebahagian daripada tanah air mereka kepada komuniti ini tetapi kami pastinya tidak menjangkakan pelanggan yang terdiri daripada rakyat Malaysia yang sentiasa mengunjungi kedai kami. Sehingga kini kami amat berbesar hati kerana dapat terus membekalkan makanan Korea yang mereka gemari menerusi platform 11street serta memperkenalkan produk-produk makanan baharu yang laris dari Korea.

Kepelbagaian makanan Korea Dae-bak 


Menurut 11street, jualan barangan makanan Korea di platformnya telah meningkat dua kali ganda sejak ia ditubuhkan pada April 2015, dengan pelanggan yang tergolong dalam kumpulan usia 26 hingga 35 tahun menyumbang sebanyak purata 40% terhadap jualan makanan Korea secara keseluruhan pada tahun 2016.

Antara lima item utama yang dibeli daripada platformnya adalah Pepero, biskut jejari yang bersalut coklat; ramyun atau juga dikenali sebagai mi segera; kimchi, hidangan sampingan Korea yang diperbuat menerusi penapaian sayuran; toppoki, sejenis kek beras lembut dan milkis, minuman berkarbonat popular di Korea Selatan. 

banana milk

Toppoki char kuay teow

nasi goreng kimchi

Item-item popular Korea lain yang mendapat permintaan yang tinggi oleh pelanggan 11street adalah susu pisang, serbuk lada merah untuk penyediaan kimchi dan minuman bercuka yang menyihatkan. 

“Rakyat Malaysia sentiasa mencari tawaran terbaik dan harga yang menarik, oleh itu, 11street amat berbesar hati kerana dapat menyediakan penawaran tersebut. Hasrat kami ialah untuk merapatkan jurang antara permintaan dan pembekalan, dengan membawakan trend makanan terkini Korea bagi kenikmatan para pelanggan kami,” kata Lim mengakhiri bicara. 

Bermula 3 November 2016, produk-produk khusus Korea terpilih seperti pes kacang soya dalam pelbagai pilihan rasa, kimchi, toppoki, campuran pancake, tepung goreng dan garam rendah kandungan sodium kini ditawarkan pada harga diskaun sehingga 15%. Bersempena Hari Pepero iaitu hari di mana rakyat Korea bertukar-tukar Pepero sebagai tanda ucapan selamat mereka kepada insan tersayang, 11street kini menawarkan diskaun sehingga 30% terhadap pelbagai pilihan Pepero. 

sempat main masak-masak hari tuh tau

Seafood pajeon, lempeng seafood. Hasil air tangan kitaorang sedapp bak hangg


Untuk maklumat dan mengetahui lebih lanjut berkenaan item-item makanan Korea yang disediakan, sila layari kedai K Market di 11street pada pautan http://www.11street.my/store/kmarket.